Pages

Friday, June 5, 2015

Ho Chi Minh - part 2

Pada hari kedua di Ho Chi Minh, bercadang untuk ambil pakej setengah hari ke  Cu Chi Tunnel. Untuk pengetahuan semua, tempahan pakej telah dibuat sehari sebelumnya dengan pihak hotel sebanyak VND250,000. Lebih kurang pukul 9.00 pagi ada tour guide akan datang ambil kami di hotel. Seperti biasa tour tersebut akan singgah beberapa tempat sebelum meneruskan perjalanan ke Cu Chi Tunnel. 

Perjalanan ke Cu Chi Tunnel mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah untuk sampai. Sebelum sampai ke Cu Chi Tunnel, berhenti sebentar di Pusat Kraftangan. Nak buat macamana dah ini adalah sebahagian daripada perjalanan mereka. Sampai di Pusat Kraftangan, ditunjukkan cara-cara pembuatan kraftangan dari mula sehingga siapnya produk kraftangan. Yang istimewanya di tempat ini adalah orang yang menyediakan produk kraftangan adalah terdiri daripada golongan OKU. 



Pembuatan produk kraftangan. 

Bila sampai ke galeri produk kraftangan, harga yang dijual adalah sangat mahal. Aku hanya mampu melihat sahaja. Nak beli nanti takut lari bajet! Hehehe..Apa yang aku beli hanyalah buah kelapa untuk hilangkan dahaga. 

Air kelapa yang nyaman.

Lokasi seterusnya adalah ke Cu Chi Tunnel. Sebelum memasuki ke kawasan Cu Chi Tunnel, bayaran masuk dikenakan sebanyak VND110,000. Acara pertama adalah menonton tayangan video berkenaan sejarah Ci Chi Tunnel ini. 

Tayangan video lebih kurang 10-15 minit. Serba sedikit sejarah Perang Vietnam. 

Selepas menyaksikan tayangan video, barulah meneroka kawasan Cu Chi Tunnel. Memang luas kawasan tersebut. Apa pun aku memang kagum dengan rakyat Vietnam. Mereka berjaya mengalahkan askar Amerika Syarikat dengan kebijaksanaan membuat terowong dan perangkap-perangkap. 

Lubang terowong. 

Kecil sahaja lubang terowong. Aku memang tak muat nak masuk. 


Ini adalah di antara perangkap-perangkap yang digunakan. 

Kereta kebal. 

Acara kemuncak adalah merasai pengalaman sendiri untuk memasuki terowong yang ada di situ. Aku tak masuk sebab aku takut tapi kawan aku masuk. Itu pun dia hanya mencuba untuk sepanjang 20 meter. Sesiapa nak meneruskan pejalanan terowong bolehlah mencuba sehingga ke penghujung 120 meter. 

Pada akhir tour di Cu Chi Tunnel, dihidangkan dengan ubi rebus dicicah dengan kacang tumbuk dan air teh. Aku dah biasa makan ubi rebus tapi bagi orang asing terutamanya yang bukan dari Asia agak pelik untuk makan ubi rebus. Dalam kumpulan tour tersebut cuma kami berdua adalah orang Asia dan kamilah yang menerangkan hidangan ubi rebus kepada ahli tour yang lain. 

Ubi rebus yang dicicah dengan kacang tumbuk. 

Selesai tour Cu Chi Tunnel, kembali semula ke hotel masing-masing. Kami tak terus masuk hotel sebab masing-masing dah lapar. Singgah makan di kedai makan di hadapan hotel. Dah makan, masuk bilik dan berehat. 

Sebelah malam, singgah lagi ke pasar malam di hadapan Ben Thanh Market. Beli sedikit barang untuk dibawa pulang. Apa yang aku suka tengok di pasar malam adalah buah-buahan tempatan yang besar saiznya seperti ciku, jambu merah dan lain-lain. Geramnya aku tengok. 

Habis membeli-belah, balik ke bilik dan tidur. Nanti aku sambung cerita pasal kena tipu. Bila ingat kembali memang nak marah je. 

p/s: drama bermula 

5 comments:

  1. Replies
    1. sedap juga makan ubi kayu cicah kacang tumbuk. selalu makan ubi dengan sambal tumis.

      Delete
    2. Aduh pose-pose ni boleh menggugat iman.

      Alar tak sempat nak ke sini. 2 malam je kat HCM :'(

      Delete
    3. sabar ya. ubi rebus je.
      boleh je kalau nak pergi trip ni
      tapi nampak rushing

      Delete