Pages

Saturday, June 20, 2015

Viet-Thai Canteen, Cyberjaya

Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua. Lamanya aku tak update blog. Hehehe..lepas ini, aku akan cuba rajinkan diri untuk update. Jangan marah ya. 

Hari ini aku nak bawa 1 tempat yang menghidangkan makanan asli Vietnam dan Thai. Selalu kita nampak kedai menghidangkan masakan Thai tapi untuk masakan Vietnam dan Thai dalam 1 tempat, memang jarang kan? Itulah keistimewaan yang dihidangkan di Viet-Thai Canteen yang terletak di Cyberjaya, tak jauh dari opis aku. Kalau nak tau lokasinya, ia terletak di belakang Bank Rakyat. 

Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan kepada Viet-Thai Canteen yang telah menjemput aku untuk mencuba makanan mereka. Kebetulan masa aku pergi, aku berpuasa dan rezeki aku hari itu dapat pula jemputan makan. 

Ok, jangan buang masa, mari aku tunjukkan serba sedikit suasana Viet-Thai Canteen ini. 

Kaunter order dan bayar. 


Suasana dalam kedai. 


Pekerja yang peramah dan mesra. 

Menu yang dihidangkan ada diletakkan di setiap meja. Senang nak order nanti. 

Sebelum makanan dihidangkan, minuman Iced Lemongrass Pandan Tea diberi terlebih dahulu. Ini adalah kali pertama aku mencuba dan bagi aku minuman ini memang menyegarkan. Selamba je aku minta tambah air lagi. Sekali minum, kita boleh rasa serai dan daun pandan. Cubalah, memang sedap. 

Iced Lemongrass Pandan Tea (RM 2.50) 

Seterusnya dihidangkan pula dengan Vietnam Rice Paper Roll. Aku diberi bahan-bahan nak buat dan selepas itu bolehlah gulung sendiri. Aku tak sempat nak ambil gambar Vietnam Rice Paper Roll sebab rupanya sangat hodoh. Apa taknya, aku sumbat banyak sangat sampai pecah dibuatnya. Buat malu je. 

Lepas ini aku tunjuk gambar makanan yang dihidangkan. Untuk pengetahuan semua, makanan yang dihidangkan adalah separuh hidangan daripada yang sebenarnya. Apa-apa pun, korang layan dulu ya. 

Kita mulakan dulu dengan appetiser.  

Thai Green Papaya Salad (RM6.50)

Pandan Chicken (RM7.50)
Thai Fish Cake (RM7.00)
Hatyai Fried Chicken Wing (RM4.50/sepasang)
Chicken wing memang terbaiklah. Aku siap order untuk bawa balik. 

Vietnam Hot Coffee Milk (RM 4.00)
 Bila aku minum air kopi ni, memang terus aku teringat air kopi aku minum di Ho Chi Minh. Perrgh pekat. Balik rumah, mata aku masih cerah lagi. Penangan minum air kopi ni. 

Kemudian 3 jenis mee yang berkuah. 

Vietnam Beef Noodle Soup (RM10.00)

Vietnam Chicken Noodle Soup (RM9.50)

Siamese Laksa (RM8.50)

Thai Iced Milk Tea (RM4.00)

Akhir sekali baru dihidangkan hidangan nasi. Masa ini aku dah kenyang tapi aku sempatlah merasa sedikit. Sayang pula tak habis, aku siap minta bungkuskan.

Antara semua makanan yang dihidangkan, aku paling suka hidangan nasi (ayam dan kambing). Dagingnya lembut dan boleh rasa serai, manis dan masin. Cewaah bukan main aku puji. Apa taknya lepas tu aku datang balik order makan nasi ini. 

Vietnam Grilled Lemongrass Lamb Chop (RM12.00)

Vietnam Grilled Lemongrass Chicken Leg (RM11.00)

Untuk bulan Ramadhan, ada disediakan hidangan set untuk juadah berbuka puasa. Siapa nak cuba, bolehlah datang ke Viet-Thai Canteen ini. Sesiapa inginkan diskaun RM10 untuk set hidangan juadah berbuka puasa, boleh beritahu aku ya. Aku ada beberapa keping kad diskaun RM10. Siapa cepat, dia dapat! 

Maklumat lanjut:
Viet-Thai Canteen
No. 6, Block E, Jalan GC 4 Glomac Cyberjaya, Cyber 12, 63200 Cyberjaya
No Telefon: 03-83226986

p/s: meleleh air liur aku tengok balik hidangan ini. sabar..sabar. 

2 comments:

  1. woww...dapat jemputan utk review mknan kat sini...ada kwn blog JM pun dapat jemputan gak...dia pun ckp sedap...ishh...dah le puasa..ishh...sabar je lah wahai tekak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar JM. ada masa nanti kita boleh makan sana nak?

      Delete