Pages

Sunday, June 21, 2015

Ho Chi Minh - part 3

Selamat pagi semua. Hari ini masuk hari keempat kita berpuasa tapi aku baru hari ini nak mula puasa. Nak buat macamana dah nampak anak bulan raya awal. Hehehe...

Mari kita sambung balik cerita trip aku ke Ho Chi Minh. Pada hari ketiga, aku dan kawan aku bercadang untuk meneroka dan jalan-jalan sekitar bandar Ho Chi Minh. Selepas makan pagi di hotel, tempat pertama yang dituju adalah ke Muzium Revolusi yang banyak memaparkan sejarah revolusi yang berlaku di Vietnam. Untuk pengetahuan semua, bayaran masuk sebanyak USD1 untuk seorang dikenakan. 

Pintu masuk muzium. 

Kereta antik.

Motor antik. 

Pameran zaman revolusi Vietnam. 

Lebih kurang dalam 1 jam kami berada di muzium tersebut. Tak ada apa yang menarik sangat di sini tapi kalau nak singgah boleh sahaja. Masa nak keluar dari muzium, tiba-tiba kami ditegur oleh pakcik yang membawa beca. Pakcik tu siap tawarkan diri untuk bawa kami naik beca ke Muzium Perang dan Chinatown. Pakcik tu siap tunjuk buku testimoni pelanggan beca yang berpuas hati dengan perkhidmatan pakcik ni. Macam menarik ditambah pula tawaran harga yang dikenakan adalah berpatutan iaitu sebanyak VND50,000 untuk trip tersebut. Kami pun seuju untuk naik beca. Jadinya untuk pergi ke destinasi seterusnya, kami ambil 2 beca. 

Destinasi pertama adalah Muzium Perang Vietnam. Muzium Perang Vietnam ini lebih menarik dari Muzium Revolusi sebab ada dipamerkan banyak kereta kebal, kapal terbang dan pelbagai kenderaan peninggalan US semasa Perang Vietnam dahulu. Ditambah pula ada pameran dan gambar-gambar yang menyayat hati mangsa-mangsa perang Vietnam. Bayaran masuk sebanyak USD1 juga dikenakan. 

Kereta kebal. 

Muzium Perang Vietnam. 

Kapal Terbang. 

Kereta Kebal lagi. 

Peluru. 

Gambar menunjukkan penduduk Vietnam diseksa. 

Lebih kurang pukul 12 lebih kami pun keluar dan kebetulan masa tu muzium tersebut ditutup sebentar untuk waktu makan tengahari. Ia akan dibuka kembali pada pukul 2 petang. 

Destinasi seterusnya ke Chinatown. Dalam perjalanan ke Chinatown, agak menakutkan juga. Bayangkan aku naik beca dan sekeliling aku penuh dengan motor. Rasa macam tak selamat je aku ni. Aku ingat nak ambil gambar suasana masa tu, tapi pakcik beca pesan jangan ambil gambar, bahaya. Betul juga pakcik ni. Silap-silap ada yang curi kamera aku nanti. Menangis tak berlagu aku dibuatnya. Sambil pakcik beca tu bawa aku, sempatlah kami berborak dan cerita serba sedikit kehidupan masing-masing. Dalam umur 60 tahun, masih kuat lagi nak bawa beca terutamanya kalau dapat penumpang yang berat macam aku ni. 

Sampai di Chinatown, bagi aku tak ada apa yang menarik di situ. Lebih kurang macam Kenanga Wholesale City yang banyak menjual pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak. Tak beli apa-apa pun sebab tak ada saiz baju aku, semuanya saiz kecil-kecil sahaja. 

Aku perasan setiap kali kami keluar, pakcik beca tu tak nak beritahu berapa jumlah yang dikenakan nanti. Tiap kali tanya berapa nak bayar, pakcik beca tu akan beritahu nanti..nanti. Aku dah syak lain macam je ni tapi aku tak beritahu kawan aku lagi. 

Keluar sahaja dari Chinatown, pakcik beca bawa kami ke kedai kopi dan sambil-sambil tu boleh bincang berapa nak bayar dan menikmati minum kopi. Sebelum nak bayar, pakcik beca tu minta kami tulis sedikit dalam buku mereka dan beritahu yang kami berpuas hati dengan perkhidmatan beca mereka. Jadi kami pun tulislah yang kami berpuas hati dengan perkhidmatan mereka dan beritahu pakcik beca ni peramah dan banyak membantu. Lebih kurang testimoni yang positif belaka. Bukan main mereka suka bila aku tulis yang best-best. 

Lepas tu....barulah drama celaka nak mampus bermula. Memang aku tak puas hati apa yang berlaku masa tu. Sampai sekarang aku masih ingat lagi peristiwa itu. Nak tahu? 

Rupa-rupanya bayaran yang dikenakan sebenarnya adalah VND50,000 setiap jam untuk seorang! Gila tak???? Bayangkan kami berdua naik beca untuk 4 jam. Berapa tu nak bayar? VND2 juta seorang. Bayangkan berapa banyak kain aku boleh beli di Ben Thanh Market nanti? 

Masa mula-mula pakcik beca sikit tak cakap yang bayaran dikenakan ikut jam. Dia cuma cakap untuk pergi 2 tempat cuma bayar VND50,000 untuk 2 orang. Itu boleh lagi nak minta bayaran lebih kalau nak hantar balik ke hotel. 

Nampak tak, mereka sengaja nak putar belit. Geram betul aku. Masa ini, kawan aku dah naik angin dan mula naik suara sebab tak puas hati. Aku dah takut manalah tahu kalau dibuatnya pakcik beca ni serang kami dengan pisau atau panggil kawan-kawan lain untuk serang kami. Gila kau! Ini bukan tempat aku, manalah aku berani. 

Lama juga sesi bertekak tak puas hati. Kawan aku siap beritahu tak nak bayar VND2 juta. Ini dah melampau betul. Suka hati nak kenakan orang dengan bayaran yang tak munasabah. Akhirnya kami bayar juga sebanyak VND1 juta seorang dan bagi aku itu adalah melampau! Dapat je duit, pakcik beca tu tinggalkan kami di kedai kopi. 

Kami terus termangu tak tahu nak buat apa-apa. Bengang weh. Seumur hidup aku, aku tak pernah mengalami pengalaman buruk macam ni. 

Aku cuba tengok balik kamera aku manalah tahu aku sempat ambil gambar pakcik beca tu. Sayang tak ada pula. Kalau ada, memang aku nak sebarkan kepada semua apa yang pakcik beca dah buat kepada kami. 

Kami ambil keputusan untuk jalan kaki balik ke hotel. Bila tengok balik di Google Map, ada lagi 3km untuk sampai ke hotel. Aku tengok kawan aku, kawan aku pandang aku. Hmm..tak apa kita jalan perlahan-perlahan. Insya-Allah kita akan sampai nanti. 

Lebih kurang 1km berjalan, tiba-tiba nampak ada teksi berhenti tepi jalan. Kawan aku tanya, berapa tambang untuk sampai ke Ben Thanh Market? Pemandu teksi beritahu cuma VND3,000 sahaja. Tengok betapa bezanya bayaran naik beca dengan naik teksi. 

Sampai di hotel, aku post status di FB pasal aku kena tipu naik beca. Rupa-rupanya ada kawan aku yang dah pernah kena tipu macam aku. Memang tak berkat betul duit yang mereka dapat. Jadi, aku nak pesan kalau sampai di Ho Chi Minh, tak payahlah nak naik beca. Kebanyakan memang kerja mereka nak tipu orang. Berhati-hati ya. 

Sampai di hotel, kami tak terus balik bilik. Singgah kedai makan sebab lapar, bengang, penat dan banyak lagi. Lepas tu masuk bilik, tidur sampailah ke petang. Sebelah malam, singgah pasar malam tapi tak dapat nak beli apa-apa sangat dah duit tinggal sedikit. 

Ok, tinggal sikit je lagi cerita di Ho Chi Minh. Kita sambung dulu ya. 

p/s: tak semuanya indah-indah belaka. 

2 comments:

  1. Mazu!!!!!! ya Allah...naik beca bayar 1 juta dorang seorang...Mazu tak tahu ke...JGN SEKALI KALI naik BECA di HCM tu...JM pernah dgr...sebelum JM ke HCM lagi ramai dah pesan JGN Naik BECA di sana kerana semua PENIPU mkn duit orang....ishh...JM pulak hangin satu badan dgr cite ni..dah le di tinggalkan korang balik jln kaki 3 km..ishh....ampun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang saya pernah baca pasal beca ni tapi tak sangka betul2 kena kat saya. 1 pengajaran yg tak boleh lupa sampai bila2. Ayah saya tak tau kisah ni. Kalau dia tau, mesti dia risau.

      Delete