Pages

Saturday, October 17, 2015

Bangkok - Day 2

Untuk trip ke Bangkok kali ini, aku telah memilih untuk mencuba naik Malindo Air. Pertama kali aku naik Malindo Air, aku rasa seat dia lebih selesa dan yang best tu boleh layan movie sepanjang berada dalam flight. Bukan itu sahaja disediakan snek dan minuman serta diberi sekali luggage 20kg setiap seorang secara percuma. Aku cerita macam nak promote Malindo Air pula kan? Bukan apa..kalau ada diberi peluang naik Malindo Air, tak salah untuk mencuba. Betul tak?

Pada hari kedua di Bangkok yang kebetulan hari itu adalah hari Ahad, aku mengambil kesempatan untuk ke Chatuchak Market yang hanya dibuka pada hari Sabtu dan Ahad. Alang-alang dah sampai, rugilah kalau tak singgah. Dari hotel ke Chatuchak Market, kami mengambil teksi sahaja.

Masa sampai di Chatuchak Market, kedai baru nak buka. Aku jalan-jalan dulu sekitar Chatuchak Market sebelum membuat keputusan untuk membeli. Sebut apa sahaja, pasti ada di Chatuchak Market. Nak cari makanan halal? Tak jadi masalah. Aku tengok dah semakin banyak kedai makanan halal dibuka berbanding kali terakhir aku ke sana dulu. 

Waktu panas memang best bila dapat minum air kelapa yang nyaman. 

Lebih kurang 2 jam berada di Chatuchak Market, terus balik ke hotel. Sempat lagi aku bungkus makanan untuk makanan tengahari siap-siap. Tak banyak tempat yang aku teroka memandangkan keadaan pada masa itu sangat panas dan ditambah pula dengan orang yang semakin ramai. Fuuhh!! Menitik peluh 1 badan dibuatnya, mana boleh tahan woo. Apa lagi, tahan teksi terus balik ke hotel. 

Sebelah petang pula, jalan-jalan sekitar Platinum Mall dan lokasinya tak jauh pun dari hotel. Memandangkan masa nak ke Platinum Mall macam nak hujan, tahan tuk tuk dulu. Saja nak cuba nak naik tuk tuk di Bangkok. 

Platinum Mall ini lebih kurang macam Kenanga Wholesale City tapi lagi besar. Barang murah terutamanya kalau kita beli dengan kuantiti yang banyak. Masa aku ke sana memang aku nak cari baju baby, perrghh aku boleh jadi gila. Rasa nak borong semuanya tapi nak buat macamana bajet tak cukup. Hehehe.. 

Lebih kurang pukul 8 lebih, balik ke hotel. Boleh tahan juga aku berbelanja untuk 1 hari. Adakah cukup aku berbelanja untuk kali ini? Mungkin tidak, mungkin ya. Apa kata, kita sambung dulu ya. 

p/s: shop till you drop!

7 comments:

  1. kan kan !! Malindo best kan ? ehehe CT pun jatuh cinta dah..
    kadang tu harga lagi murah ehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best tapi susah nak dapat harga murah. Suka sebab seat selesa.

      Delete
  2. Berbaloi2 dapat 20kilo ...percuma,,belum pernah naik Malindo lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang berbaloi sangat2.
      cubalah naik malindo nanti.

      Delete
  3. malindo air!!! x pernah try lagi...ada gak riki2 tempat ngan malindo ni tapi harga x berapa best...ikut nasib kan

    chatuchak! ada gak pusing2 tapi cari souviner je..mmg besar sgt sampai lost heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang susah nak dpt harga best kalau naik malindo air
      chatuchak memang luas. 1 hari rasa macam tak cukup nak explore.

      Delete