Pages

Tuesday, October 20, 2015

Bangkok - Day 3

Pada hari ketiga di Bangkok diteruskan ke Damnoen Saduak Floating Market. Urusan booking aku dah buat awal-awal dan bayaran dikenakan adalah sebanyak THB800 seorang. Perjalanan ke sana mengambil masa dalam 2 jam. Macam biasa, bila aku dah masuk kereta, mata terus mengantuk dan apa lagi tidurlah jawabnya. Sedar-sedar sahaja dah sampai. Bertuah betul aku ni. 

Bila dah sampai, jangan lupa untuk mencuba menaiki sampan yang akan mengelilingi seluruh floating market. Takut juga sebenarnya, manalah tahu tiba-tiba sampan terbalik. Dahlah aku ni tak pandai berenang. Fuuh..nasib baik semuanya ok. 

Sini pun sesak juga. Alamak. 

Tour guide aku tengah makan. Hehehe..

Mari pilih topi yang mana suka.  

Durian pun ada.

Sepanjang berada di sana, tiada bau yang kurang menyenangkan. Kagum betul aku dibuatnya. Pendek kata, memang elok terjaga tempatnya. Cuma yang tak bestnya, barang-barang yang dijual sini agak mahal. Aku cuma beli gula-gula kelapa sebagai cenderamata untuk dibawa pulang. 

Memang ada beberapa floating market di Bangkok tapi di Damnoen Saduak adalah yang paling besar. Lagi satu, floating market ini buka sampai tengahari sahaja. Jadi dinasihatkan untuk datang pagi. 

Lebih kurang beberapa jam jalan-jalan sekitar Damnoen Saduak Floating Market, terus kami dibawa ke satu kawasan temple. Aku boleh lupa pula nama dia. Nampak sangat aku dah tua kan? 

Ikutkan plan asal, kami akan dibawa ke Maeklong Train Market tapi masa sampai, tempat tu sedang dalam proses ubahsuai. Sayang betul. Istimewa pasar ini ialah kawasan pasar yang terletak di atas landasan keretapi. Bila keretapi lalu, pasar akan ditutup sekejap. Bila keretapi dah melepasi, cepat je pasar dibuka semula dan aktiviti diteruskan seperti biasa. 

Maeklong Train Market - ehsan google. 

Aku pun bawa hati yang sedikit kecewa dan jalan-jalan sekitar kawasan sambil-sambil tu tengok temple dan patung-patung yang ada di situ. Katanya di situ ada tempat belajar tomoi dan sebab itulah ada banyak patung tomoi. 

Amik kau!

Patung tomoi. 

Seterusnya balik ke hotel tapi aku, adik dan kawan aku berhajat untuk shopping lagi. Apa lagi, terus ke Platinum Mall jawabnya. Sempat lagi keluarkan duit lagi di ATM CIMB Bank. Takut tak cukup duit nak belanja. 

Aku rasa kalau kita keluarkan duit di ATM, boleh dapat Baht lebih lagi berbanding kalau kita tukar Baht di Malaysia. Bayangkan masa aku tukar Baht di Malaysia, aku dapat THB100=RM12.10 tapi bila aku keluar duit di ATM Bangkok, aku boleh dapat THB100=RM11.97. Beza kan?

Sebelah malam, ke MBK untuk makan malam. Kiranya pada malam terakhir di Bangkok nak merasa makan sedap sikit. Kebetulan pula kawan aku tu nak jumpa kawan dia yang bekerja di Bangkok. Mana lagi kalau bukan di Restoran Yana. Aku tak akan lupa tomyam yang dihidangkan di situ. Sampai hari ini, aku masih terasa-rasa kesedapannya. Perrggh!! 

Selepas makan, terus balik ke hotel. Sebelum tidur, kemas beg dulu sebab esok pagi-pagi check out dan balik ke Malaysia. Flight balik pukul 8.40 pagi dan sampai ke KLIA 2 pukul 12.00 tengahari. 

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Kerisauan yang melanda gara-gara bom meletus di Bangkok tidak berlaku lagi sepanjang kami ada di sana. Oh ya, Air Asia ada promosi tiket murah sekarang. Ada sesiapa dah cuba membeli? Aku belum lagi tapi hajat hati ada nak cuba. Hahaha...tangan dah gatal ni. 

p/s: simpan plan untuk tahun depan pula. 

12 comments:

  1. boleh lupa diri kalau dapat menyopping....terapi diri tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul!
      shopping tu terapi diri
      kalau selalu sangat boleh seksa diri
      hehehe

      Delete
  2. Maz!!! kiranya entri Bangkok dah habis? ehh 3 hari 2 mlm je? mcm x cukup je..JM pegi 6 hari 5 mlm mmg habislah ukur jalan hiksss...tapi syg x sempat ke Damnoen floating market tu...huhuh...pastu sesat semasa nk ke Maeklong train market...tu pun belum up lagi entri...Maz nye entri dah selesai huhuuh..

    SETUJU....tom yam di yana restoran terbaik...sepanjang di sana ulang alik mkn kat restoran tu...WIFI FREE,,,tom yam sedap meletop2!....

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah dah habis cerita entri Bangkok
      kejap je ke sana
      next time boleh la pergi Damnoen floating market tu. kena cuba walaupun sekali. hehehe
      tom yam sana beza rasanya banding kat sini. tom yam kat restoran yana mmg terbaiklah! aduuh meleleh air liur dibuatnya.

      Delete
    2. entry Akak JM tu entah bilalah nak abes hewhew..

      Delete
    3. kita sama-sama tunggulah CT
      bila nak habis tu
      hehehe

      Delete
  3. part ni best hehehe.. makan2 jalan2 yang blend in dengan orang tempatan hehe.. best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. be a traveler not a tourist
      blend dgn org tempatan baru feel

      Delete
  4. salam :) boleh tahu mcmana nak book untuk ke damoen saduak floating market tu? sebelum ni..entry awak ke sana tahun 2013, rm40 kan? yg ni rm80 kan.. boleh tahu book dari mana? tQ:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh contact Tiger (+66807878338) untuk book floating market tour
      kalau nak jalan tempat lain, boleh je berurusan dgn dia
      betul harga tour berbeza masa tu.
      anyway cuba la tanya dulu.

      Delete
    2. THANK YOUUU :)
      means kene contact dekat sana ke? or boleh whatsapp dari malaysia?

      Delete
    3. Boleh je contact dr malaysia. WA kan ada. Cuba la

      Delete