Assalamualaikum semua. (first time aku bagi salam dalam blog) Mari kawan-kawan, aku nak bercerita apa yang berlaku hari ini. Macam-macam yang berlaku dari pagi sampai ke malam. Hari yang penuh dengan pelbagai aktiviti dan kisah yang aku rasa patut dikongsi bersama-sama. Layan je lah ya..kali ini banyak pula aku cerita.
Kisah pertama:
Hari ini aku sengaja amik EL sebab aku tak sempat nak apply cuti. Kebetulan aku ada hal nak uruskan kat kat KL sempena reunion party nak yang akan diadakan pada 28 Mac. Sayang..reunion party kali ini terpaksa ditangguhkan sebab ramai yang tak dapat datang. Hmm..nak buat macamana kan? Tak ada rezeki nak jumpa balik kawan lama. Insya-Allah bila ada masa kita akan jumpa.
Sedih juga sebenarnya sebab plan dah lama. Untuk ubatkan hati yang sedih (sedih ke?), aku singgah Semua House sekejap. Nak tau apa aku buat? Aku beli kasut!! Hamik kau..aku terus beli 2 pasang kasut. Sebenarnya nak beli lagi tapi nasib baik kasut aku nak tu tak ada saiz. Memang aku beli kasut kat situ sahaja sampaikan adik yang jaga kedai tu dah kenal aku. Dah kaki aku ala ala princess dan tak semua kedai yang ada saiz kasut 12 macam aku ni. Hahaha!!!
Kisah kedua:
Dari KL aku terus ke Alamanda, Putrajaya. Aku tak larat nak stay lama-lama kat KL. Panas sangat. Lagipun aku dah tak tau nak buat apa lagi. Kalau masa muda dulu, rajin juga lepak kat KL ni tapi sekarang dah tak berapa sangat. Mungkin sebab tak ada kawan nak hang out. Dah dia orang pun ada komitmen sendiri. Itu pasal susah nak jumpa.
Tengok kat GSC ada cerita Alice in Wonderland. Layan je lah ceritanya lagipun kalau balik rumah bukannya ada orang. Masa aku nak beli tiket, tiket dah tinggal sikit. Seat yang ada pun cuma barisan depan. Nasib baik aku tengok seorang, senang nak sikit nak menyelit mana-mana.
Watak-watak utama dalam Alice in Wonderland.
Aku nak tengok Johnny Depp sebenarnya. Hehehe..
Komen aku? Jalan cerita biasa sahaja. Kalau nak bagi bintang, bolehlah aku bagi 2.5 daripada 5 bintang. Part yang best cuma digital effect yang canggih.
Ini bukan cerita masa Alice mula-mula jatuh lubang dan terus ke Wonderland. Ini cerita sambungan daripada itu. Bagi aku, cerita ini tak berapa sesuai untuk tontonan kanak-kanak tapi masa aku tengok tadi, ramai kanak-kanak yang tengok. Kebetulan pula sekarang dah musim cuti sekolah.
Aku tak nak bagi komen lebih-lebih nanti tak surprise. Aku tahu ramai lagi yang belum tengok cerita ini. Betul tak??
Kisah ketiga:
Aku ajak adik dan adik ipar aku makan kat Restoran Saba', Cyberjaya. Lama dah aku tak makan sana. Makanan kat sini memang best. My favourite is Chicken Khabsah dan lemon juice. Kalau nak order, tak perlu lagi nak tengok menu. Terus order sahaja. Yang lain pun sedap juga. Bukan sahaja makanannya sedap, portion dia sangat besar. Kalau nak makan, biar betul-betul lapar baru dapat habis makan sepinggan. Harga bolehlah tahan. Kalau aku makan Chicken Khabsah dengan lemon juice, cuma RM11. Makan tengahari boleh kenyang sampai ke malam.
Ok..sebenarnya bukan cerita pasal makanan yang aku nak kongsi ini. Masa aku tengah makan tadi, rupa-rupanya orang Imigresen datang buat serbuan. Kedai Saba' ini dimiliki oleh orang Arab tapi bawah nama isteri, warga Malaysia. Nak buat bisnes kalau letak bawah nama orang Arab, lecehlah.
Orang Imigresen dapat laporan yang pekerja kat kedai Saba' ni ramai warga asing tapi aku tak tahulah yang dia orang ni layak kerja atau tak. Habis pekerja warga asing kena tangkap dan digari, dari tukang masak, pelayan dan penghantar makanan. Nasib baik masa kita orang sampai, sempat makan.
Aku sempat tanya kat pekerja tempatan dan dia beritahu bahawa tuan punya kedai baru pergi umrah semalam selama sebulan dan segala maklumat dan visa pekerja ada dalam simpanan tuan punya kedai.
Kebetulan pula kan?? Masa tuan punya kedai pergi umrah ada pula orang Imigresen datang. Hmm...macam ada orang nak buat jahat je. Sebenarnya restoran Saba' ni kecil je masa mula-mula buka. Makin lama, makin ramai yang datang sampaikan terpaksa sambung kat kedai sebelah. Nak tau? Kedai sebelah tu sebenarnya kedai mamak. Pernah tak tengok kedai mamak bankrap? Jarang sangat berlaku kan? Hebat betul penangan Restoran Saba' ini.
Aku tak taulah angkara siapa tapi dah rezeki mereka. Take it as a challenge. Tak perlu nak dengki sebenarnya. Lagipun apa yang kita dapat? Tambah dosa tu adalah.
p/s: sekali sekala buat EL ok juga kan?
tingin gak nak tgk alice in wonderland tapi x leh layan wayang dah... mau terjerit2 mamat2 3 org tuh kalo angkut seme...hehehe...layan dvd jek la nanti...
ReplyDeleterestoran saba' tu actually tu la dugaan utk toke dia yg sedang kerjakan umrah... so, dia kene la terima seadanya dan mungkin Allah nak beri balasan ke ape ke...atau mungkin ada hikmah disebaliknya...kita tak tau kan?...Wallahualam.
bukannya rajin tengok wayang. selalunya main download lepas tu layan kat rumah. betul juga tu..mungkin ada hikmah di sebaliknya tapi pelik juga kenapa buat serbuan masa sekarang?
ReplyDeleteaku suka bab EL. Hehehee!! aku pun ngah leave cuma bkn EL tp mcm previous leave aku ambik 2 hari EL lepas leave sb msh tringin bgn pgi lambat!!!!
ReplyDeletetak boleh buat selalu EL ni. cewaaah pandai je aku cakap kan. sekali sekala ok la. hehehe
ReplyDelete