Friday, March 26, 2010

Kerja ooo kerja


Aku rasa minggu ini aku tak produktif langsung. Bukannya tak ada kerja tapi aku tak ada mood nak buat. Dahlah masuk lambat tapi balik nak awal. Sharp pukul 5 dah punch out. Macamana nak jadi pekerja contoh ni? Kalau tau dek Chairman..habis aku. 

Tak larat nak tengok muka boss lagi. Nasib baik ada susunan buku banyak dan tinggi yang boleh menghalang penglihatan aku ke tempat dia. Tak kuasa akak nak tengok muka dia! Oh please...

Nak tau apa impian aku? Of course nak cuti lama-lama tanpa gangguan daripada sesiapa terutamanya daripada boss! Hahaha. Nasib baik dia tak ada nombor handphone aku. Fuuh what a relief. Kalau dia nak pun, aku akan bagi tapi aku akan bagi nombor salah. Nasib lah kalau dia cuba nak call aku. 

p/s: kalau boss handsome macam Johnny Depp, sanggup buat apa sahaja

2 comments:

  1. cehhh nak bos ensem jek... kot johny depp gak tapi mcm muka lam alice in wonderland tu camno?? hehehehe

    ReplyDelete
  2. no problem..asalkan johnny depp. hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails