Thursday, October 10, 2013

Salah guna kepakaran

Aku tahu masih terlalu awal untuk aku bercerita pasal percutian ke Bali. Memandangkan aku dah biasa buat kerja market research, aku sempatlah juga cari maklumat hotel dan tempat menarik di sana. 

Aku rasa aku dah salah guna kepakaran aku ni. Alangkah bagusnya kalau aku pakai kepakaran market research untuk kerja. Ini tak. Bab nak jalan atau bercuti cepat je aku cari maklumat. Cuba cari untuk buat report atau publication, punyalah liat nak buat. Hahaha

Kalau 1 hari aku kerja, ada agaknya 10-20% aku buat untuk kerja yang baki tu untuk buat benda lain. Hmm..mana nak berkat duit gaji aku ni. Padan muka. Eh aku tak buat macam tu hari-harilah. Ini pun kalau ada masa terluang atau masa tak banyak ada projek nak buat. Masa sibuk tu, sampai nak ke tandas pun tak sempat. Gila tak? 

Kita kena seimbangkan masa kerja dan senggang. Kita tak boleh juga nak serius sepanjang masa. Kalau tak, macamana nak gembira. Jangan tak tahu, itu adalah sebahagian rahsia awet muda aku. Cewaah! 

Cerita pasal awet muda, ramai tak percaya bila aku sebut umur aku sebenar sebab ramai yang teka umur aku dalam lingkungan 20an. Alamak mudanya aku. (jangan ada yang muntah pula) 

Lupa pula aku nak cerita. Pagi tadi aku jumpa lagi kawan sekolah menengah namanya Yati masa nak isi minyak kereta. Lama kita tak jumpa kan? Kalau Yati baca blog aku ni, jangan malu beri komen ya. Jumpa lagi. 

p/s: mari kita bergembira dan senyum selalu

4 comments:

  1. salam .ekekke..happy to see u again after long time not see..
    keep & touch alwayz..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeaah selamat datang yati! ada jumpa kawan lain tak?

      Delete
  2. Jgn kata Mazu, JM pun sama..kalau bab buat reearch nk jln2 ni sanggup habiskan masa depan PC berjam2 pun tak..minat nyer pasal :-)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails