Tuesday, August 18, 2015

Taiwan House, Cyberjaya

Aku rasa ini adalah kali pertama ulasan makanan yang tak sempat nak makan. Taiwan House ni baru sahaja buka beberapa hari dan ia terletak di Shaftbury Cyberjaya. 

Punyalah teruja aku nak mencuba makanan mereka tapi akhirnya aku kecewa. Tunggu punyalah lama mahu dekat setengah jam tapi makanan tak sampai-sampai juga. Nak kata ramai orang masa tu, taklah ramai sangat. Staff dah ramai. Apa yang membuatkan masa terlalu lama, aku sendiri tak tahu. 

Walau apa pun, aku sempatlah ambil gambar konon nak bagi ulasan berkenaan kedai ini. Oklah, cuma 1 je yang positif. Masa aku sampai, mereka ada menghidangkan air teh percuma. Kiranya sambil tunggu makanan, bolehlah minum teh. 

Menu makanan. 


Suasana dalam kedai. 

Teh percuma. 

Pensel comel untuk tulis order makanan. 

Sebenarnya aku cuba untuk tunggu tapi aku tak boleh bertahan lebih lama. Lapar ok. Apa lagi, aku terus keluar. Aku dapat rasakan semua orang pandang aku bila aku keluar. Pedulilah apa orang nak kata. Ditambah pula staff yang tak faham cakap Bahasa Malaysia dan English. Aduh haru betul!!! 

Nak datang lagi? Aku rasa tak. I'm looking forward siapa yang dah cuba makanan di sini. Jangan lupa beritahu aku ya. 

p/s: kan dah rugi tak dapat pelanggan.

4 comments:

  1. 30 min x dapat makanan lagi...masak di Taiwan agak hihihih....ishhh...kalau nk maju perlu improve lagi servis tu...kalau JM mcm nak letak komen je di kedai tu...komen x puas hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya dia masak dr taiwan. Sebab itulah amik masa lalama sgt. Setakat 5-10 min boleh tunggu lagi. Tapi kalau 1/2 jam, mana boleh tahan.

      Delete
  2. huurm memang lambat benar tu.. kalo ye pun lambat.. patutnya mai la cakap.. awat lambat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. patutnya bagitau la
      ni tak. buat kita org dok tunggu2 je

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails