Pages

Monday, August 31, 2009

Merdeka

Selamat hari merdeka yang ke 52!

Sambutan hari merdeka kali ini tak semeriah seperti tahun sebelum ini sempena menghormati bulan ramadhan yang mulia ini. Pada asalnya aku kena mengikuti perarakan merdeka (aku dipaksa ok) tapi last minit aku dapat tau yang opis aku tak perlu hantar wakil. Yeaah!

Sambutan hari merdeka kali ni dibuat di Dataran Parlimen. Sebelum ni konon nak buat kat Stadim Putra, Bukit Jalil. Lagipun dengan kes H1N1 yang berleluasa rasanya tak sesuai kalau nak buat tempat yang ramai orang. Sure lagi senang nak berjangkit H1N1 ni. Tak nak lah aku.

Kebetulan aku baru je habis exam MBA tadi. Komen aku? Hmmm aku jawab sebaik mungkin tapi antara 2 sabjek iaitu International Business dengan Leadership in Organization, aku lebih yakin jawab sabjek Leadership in Organization. Harap-harap aku dapat score!

Aku dapat tau yang classmate aku yang lain (bukan semua lah) main tiru. Eeiiiiii sabar je lah. Siap Mr. X pun main pass jawapan lagi tu. How dare you! Aku yang dok depan dok terkial-kial cari jawapan. Dia orang sedap sesuka hati bawa toyol! Tak aci!!!

Aku rasa mana yang ambil exam sure ada kes tiru-tiru ni. Bodohlah orang tu kalau kena cekup dek pengawas exam. Nak tiru pun, pandai-pandai lah kan?

Still aku tak puas hati...aku susah payah bersengkang mata dan stay up semata-mata dok ulangkaji. Sedangkan dia orang senang hati main tiru. Hasilnya masa dapat result exam, dia orang yang tiru selalu dapat markah tinggi. Aku ni?? Cuma dapat cukup makan je.

Biarlah...apa yang dapat aku simpulkan kat sini, berkat ke tak apa yang dia orang buat tu. 1 hari mereka akan dapat balasannya. Hmm.. pujuk hati sendiri sebenarnya. All the best kepada classmate aku. Sama-samalah kita tunggu result exam nanti.


p/s: tak boleh caya kat Mr. X ni..nak tiru pun share la sekali. hahahaha..

Friday, August 28, 2009

Langkawi trip day 3

Aku hampir-hampir lupa nak update trip aku ke Langkawi hari tu. Maaf ya. Tak ada masa nak upload gambar yang diambil. Biar lambat daripada tak ada langsung.

Cable Car

Sebelum sampai ke cable car, singgah kejap kat Marina. Memang banyak boat yang ada kat situ.


Nampak tak bayang cable car ada kat atas tu. Jauhnya nak naik sana. Sayup mata memandang.

Kat sini ada kedai The Loaf milik Tun Mahathir. Tak pergi pun..

Sara dan Hadi sempat posing lagi tu...Sara pakai baju watak kegemaran Sesame Street..Elmo!

Depan pintu masuk cable car. Nasib baik tak tergeliat pinggang Sara


Dalam cable car. Rilek je Sara dan Hadi

Cuak seh...senyum pun control je

Air terjun telaga tujuh


First station cable car

Jambatan di cable car. Kena turun naik anak tangga yang sangat banyak. Aku pancit!!!


Dataran Lang
Mercu tanda pulau Langkawi


Hari yang paling penat. Balik hotel, lepas je mandi terus tidur. Dah tak ingat apa-apa.

Kalau ada peluang, cubalah ke Langkawi ya. Memang seronok sangat ke sana.

Ada gaya jadi duta pelancongan Langkawi??? Hehehe..

p/s: gayat naik cable care

Final exam

Esok dan lusa aku ada final exam. Baru baca sikit je ni. Banyak lagi nak cover. Bak kata kawan aku dalam emel baru-baru ni:

I can visualize that most of us are cracking our head for the exams. Not too late to start. It's now or never. Well, just do it. Most of us are really "karat" when we need to sit down to read. Otak ada beku sikit. Lagi nak puasa pulak.....

Ya aku faham situasi kawan aku tu. Dah lama sangat kerja bila masuk belajar balik, otak lambat sikit (ulang balik lambat sikit bukannya lambat) nak pick up.

Rasa-rasa boleh ke aku nak jawab exam nanti? Dalam MBA ni nak kena maintain 3.00. Masa aku belajar dulu mana lah pandai sangat. Rasa ada kot sekali dua aku dapat result 3.00 yang lain..hampeh!! Padan muka aku, dulu masa belajar main-main. Dah tua ni barulah nak belajar betul-betul.

Aku dah tak sabar nak habiskan exam kali ni. Lagi cepat, lagi bagus. Tak sanggup aku menanggung derita. Banyak sangat dugaan kena lalui..aku ni pulak tak tahan digoda. Iman tak cukup kuat.

Anyway, selagi ada Mr. X aku..aku akan cuba sebaik mungkin. Yeaah!!!


p/s: wish me all the best

Wednesday, August 26, 2009

Boss b**i

Aku nak cari beg jenama ni. Ada sesiapa tau?? Kalau ada, sila beritahu aku. Aku nak bagi kat boss aku.

Harap maklum..

p/s: amik kau!

Tuesday, August 25, 2009

Rezeki

Semalam aku dapat maklumat mengenai carry marks untuk sabjek Leadership in Organization. Keputusannya? Boleh lah tahan...aku cuma dapat 46/60. Baki 40 markah untuk final exam pada 30 Ogos.

Perasaan aku? Aku sebenarnya mengharapkan lebih daripada itu tapi aku mengaku aku ada miss 2 kelas gara-gara aku ke Langkawi pada bulan Jun hari tu. Nak buat macamana, aku pun tak sangka boleh clash dengan kelas aku. Lagipun aku dah lama booking tiket ke Langkawi. Takkan lah aku nak burn macam tu je?? Sayanglah...

29 Ogos ada paper untuk International Business. 1 benda tak baca lagi. Rasa-rasa sempat lagi ke? Memang lecturer ada bagi tajuk apa yang nak keluar nanti. Antara 2 sabjek ni, aku rasa sabjek International Business kena tumpukan lebih perhatian sikit. Banyak perkara yang nak baca. Dahlah aku tak berapa familiar dengan topiknya. Kalau Leadership in Organization tu, rasa boleh goreng. Hati-hati, kalau nak goreng pun jangan bagi sampai hangus.

Result carry mark Mr. X? Dia lagi hebat!! Dia dapat 52/60. Tere kan??? Aku tak hairanlah sebab tu memang berkat kerja keras dia. Aku pernah copy assignment dia. Selamba kan? Anyway good job!!

Sepanjang aku ambil kelas MBA ni aku dapat rasakan 1 perbezaan yang sangat ketara kalau nak dibandingkan masa study degree dulu. Aku rasa bezanya macam langit dan bumi! Masa kelas MBA ni, lebih banyak discussion. Tak rasa sangat macam dalam kuliah sebab banyak 2 way communication antara lecturer dengan student. (penting tu...ada markah dalam participation) Nak tak nak, aku kena cakaplah walaupun aku sebenarnya seorang pemalu. Auuuw!

Kalau ada orang tanya kenapa aku ambil MBA? It's for my own satisfaction. Aku rasa banyak perkara yang perlu aku explore. At the same time, kalau ada rezeki insya-Allah dapat peluang kerja lebih baik.

Tak cukup rasanya kalau ada degree sahaja. Persaingan peluang pekerjaaan sekarang sangat kuat. Kalau dulu, ada degree dah boleh jaminkan tempat untuk kerja. Sekarang?? I don't think so. Masih ramai orang yang menganggur walaupun ada degree. Sayang kan? Dengan keadaan ekonomi yang tak berapa memberangsangkan, ada yang sanggup terima kerja walaupun dapat gaji sedikit. Terima konsep: biarkan dapat gaji sedikit daripada tak ada langsung! Betul tu!

Alhamdulillah..rezeki aku masih ada lagi di sini walaupun kadang-kadang ter"miss" lebih-lebih lagi masa tengah bulan. Hehehe...hajat hati nak buat bisnes tapi tak taulah bila. Setakat suka-suka jual kek carrot tu ada tapi taklah selalu. Kalau ada permintaan nak buat, aku buatlah. Hasil jualan tu boleh lah cover duit minyak kereta aku. Kira oklah kan??? Aku pun memang tak ambil untung banyak.

Rezeki ada di mana-mana. Pandailah kita nak cari kat mana. Tuhan sentiasa membuka jalan untuk mencari rezeki.

p/s: nak study untuk final exam

Sunday, August 23, 2009

Bulan Ramadhan

Alhamdulillah. Hari ni masuk hari kedua kita berpuasa. Setakat ni aku masih boleh bertahan lagi. Esok dah mula kerja selepas 4 hari bercuti. Sure liatlah nak masuk kerja balik nanti. Lebih-labih lagi nak menghadap muka boss aku. Eeeeiii tak sukanya. Sepanjang cuti ni bukannya ada buat apa-apa. Dok rumah je lah jawabnya.

Untuk bulan Ramadhan, aku masuk kerja pukul 7.30am sampai 4.30pm. Nama je balik awal tapi aku tak pasti lah dapat balik awal ke tak. Kalau dibuatnya boss nak meeting dan bebel berjam-jam, apa lagi aku boleh buat? Layan je lah.

Selalunya untuk juadah buka puasa, masak yang simple-simple je. Nak beli kat bazar ramadhan, nampak je makan yang sedap rasa nak beli je semua. Bila tiba buka puasa, banyak yang tak habis sebab tak larat nak habiskan. Akhirnya makanan tu terus dimasukkan dalam tong sampah. Sayang kan? Kawal nafsu tu dik oooooii!!

Semalam adik aku bawa bubur lambuk Kampung Baru yang sangat famous tu. Bila aku makan, taklah sedap mana. Rasanya kalau aku yang buat, sure lagi sedap. Cewaah! Agaknya tak kena dengan selera aku kot?

Bagi aku bila tiba bulan Ramadhan, kenalah berjimat cermat. Kalau nak beli juadah buka puasa, jangan nak beli semua je. Ikut kemampuan diri sendiri. Aku taulah masa tu tengah lapar, semua nampak sedap..semua nak beli.

Anyway, semoga bulan Ramadhan kali ini akan mendapat keberkatan.

p/s: bersederhana selalu..

Saturday, August 22, 2009

I declare

Aku nak umumkan yang aku dah buat link kat Facebook aku pasal blog aku. I think it is about time to tell everyone that I have blog.

Happy reading! Aku tau blog aku ni taklah sehebat mana tapi ini adalah 1 cara aku express my feelings and opinion.

Feel free to leave your comments.

p/s: welcome!

Selamat berpuasa

Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam. Semoga amalan kita di bulan Ramadhan akan diberkati.

Semalam dah mula solat terawih. Semangat betul, hari pertama buat solat terawih sampai habis. Longgar juga lutut aku ni. Lama dah tak buat. Kalau nak diikutkan sebelum ni, buat setakat sampai 8 rakaat je.

Alhamdulillah berkat bulan Ramadhan, aku jumpa balik kawan lama, sama-sama belajar kat ITM. Kali terakhir jumpa pada tahun 1995. Kiranya dah 14 tahun tak jumpa. Masa jumpa kawan aku tu, Che Mah dia betul-betul duduk sebelah aku je. Datang dengan anak sulung dia. What a small world.

Tanya punya tanya, rupanya dia dok kat Bangi lama dah. Laaa...apasal la aku tak jumpa dia sebelum ni? Buat malu aku je, nama je dok Bangi. Hahaha..

Sempena bulan yang mulia ini, maafkan segala kesalahan aku. Nak tulis blog kali ni, kena control sikit ayat tu. Tak boleh nak menyumpah je.


p/s: jangan puasa yang yuk..pagi-pagi buka periuk

Friday, August 21, 2009

Aku dan dirimu



Sekarang ni aku dok layan lagu ni. Aku baru je discover lagu ni dan terus aku jatuh hati. It's really sweet song and simple. Video klip pun comel je. Muka Bunga C. Lestari cute je macam Amy Mastura zaman muda-muda dulu.

So layan lah lagu ni sambil menikmati minum petang.

Kalau nak nyanyi sekali, kat sini aku sekalikan liriknya. Enjoy!

Tiba saatnya kita,

saling bicara tentang perasaan yang, kian menyiksa

tentang rindu yang menggebu

tentang cinta yang tak terungkap

Sudah terlalu lama, kita berdiam

tenggelam dalam gelisah, yang tak teredam

memenuhi, mimpi-mimpi, malam kita

Duhai cinta ku, sayang ku, lepaskanlah

perasaan mu, rindu mu, seluuruh cinta mu

dan kini hanya, ada aku, dan diri mu

sesaat, di keabadian

Jika sang waktu bisa, kita hentikan

oh, dan segala mimpi-mimpi jadi kenyataan

meleburkan semua batas

antara kau dan aku

kita

Duhai cinta ku, sayang ku, lepaskanlah

perasaan mu, rindu mu, seluruh cinta mu

p/s: esok dah mula puasa. selamat berpuasa!!!

Wednesday, August 19, 2009

Teater Muzikal Tun Abdul Razak

Semalam aku tak sempat nak update entry aku. Letih sangat balik dari Istana Budaya tengok teater muzikal Tun Abdul Razak. First time aku ke Istana Budaya. Rasa kagum kejap dibuatnya. Selalu lalu situ tapi tak pernah masuk.

Tak plan pun nak tengok tapi kawan aku yang bagi tiket tu suruh aku pergi malam semalam. Memang ada plan nak tengok tapi nak pergi hari Khamis. Bersungguh-sungguh dia suruh aku pergi..untuk tidak menghampakan harapan kawan aku tu aku mengalah..aku pun terimalah.

Balik kepada teater muzikal semalam, ada 2 sebab aku nak sangat tengok.

1. Aku memang suka tengok teater

2. Aku nak tengok Fauziah Latiff dengan Rashidi Ishak

Sinopsis teater muzikal:

Teater ini bertemakan Nasionalisme yang mengisahkan perjuangan, pengorbanan dan kasih sayang Allahyarham Tun Abdul Razak kepada agama, bangsa dan Negara. Sepanjang riwayatnya, beliau melalui detik jatuh bangun yang membawa kepada pembinaan sebuah negara yang dihormati di peringkat Tun Abdul Razak antarabangsa. Tiga persoalan utama yang diungkap di dalam persembahan teater ini, iaitu:

-Perjuangan

-Perpaduan
-Kekeluargaan

Overall cerita aku boleh bagi 3 bintang daripada 5 bintang. Extra point to Fauziah Latiff sebab suara dia memang best. Rashidi?? Hmm tak lah sedap mana...ada gak suara sumbang mambang dia tu. Jalan cerita biasa je tapi aku rasa ada certain part tak perlu ditonjolkan. Props memang cantik! Baju yang Fauziah Latiff pakai memang cantik sangat. Hehehe sempat lagi tengok baju dia.


Patung Fauziah Latiff dengan Rashidi

Barang-barang kepunyaan Tun Abdul Razak

Baju yang pernah dipakai oleh Tun Abdul Razak

Suasana dalam Istana Budaya

Tebalnya bedak


I saw Rashidi...hehehe

Say cheese!!!

Tunggu giliran..kecik je Fauziah Latiff ni

Ambil gambar sama-sama Fauziah Latiff

Kalau ada peluang lagi, aku nak pergi. Kenalah rajin baik-baik dengan staff CCD. Sure banyak tiket dapat tu nanti.

p/s: sama-sama memartabatkan seni budaya bangsa

After 10 years

Entah kenapa aku cuba nak cari kawan aku yang seorang ni. Nama dia Izra Ryanti. Asal kenal Izra masa jumpa dia kat Muzium Negara tahun 1989. Kebetulan aku ada rombongan sekolah sempena exam SRP dah habis.

Jumpa kejap je tapi sempatlah kita orang berkenalan dan tukar alamat. Walaupun tak jumpa lagi lepas tu, kita orang masih keep in touch melalui surat.

Tahun 1999, jumpa balik sebab Izra ajak aku ke kenduri kahwin dia. Bayangkan 10 tahun tak jumpa tiba-tiba jumpa balik. Asalnya aku macam keberatan nak pergi tapi Izra bersungguh-sungguh ajak aku. So terpaksalah aku terima jemputan dia tu.

Bila jumpa balik, apa lagi macam-macamlah cerita yang keluar. Tak sangka pertemuan yang singkat kat Muzium boleh jadi kawan rapat.

Pagi tadi aku cuba google nama Izra. Aku bernasib baik..aku jumpa nama dia. Siap ada nombor telefon lagi tu. Aku sms dia "Salam, ni Izra ke? Saya ******* dari bangi. Ingat lagi tak dengan saya? Ok take care. Rajin-rajinlah contact ya." Aku main gamble je. Kalau betul, oklah. Kalau salah, nak buat camna. Say sorrylah kan.

Memang puas aku cari dia. Alamat rumah dan nombor telefon dia dah lama hilang. Alhamdulillah, tak lama lepas tu, Izra terus call aku. Yeaaah!!!! Gembira tak terkata aku dibuatnya. At last dapat juga aku cari dia.

Kebetulan pulak...selepas 10 tahun aku jumpa dia. Macam dirancang pulak.

Mari kita mengimbas kembali:

1989
- jumpa di muzium

1999
- jumpa masa kenduri kahwin

2009
- dapat contact balik

Next????!!!
Aku tak pasti lagi. Tunggu je lah kan. Hope we still keep in touch. Siapa sangka, boleh kekal sampai sekarang.


p/s: ICT banyak bantu aku...aku jumpa seorang lagi kawan lama...

Tuesday, August 18, 2009

Monday blues

It's Monday..

Hari yang sungguh tak produktif langsung. That's why is called Monday Blues. Dah cuti 2 hari memang liatlah nak masuk kerja balik.

Kat opis bukannya aku buat kerja..dok surfing internet baca blog orang. Lepas tu tengok tempat menarik kat Jakarta. Aku kan ada plan nak ke sana tahun depan. Aku tau lambat lagi tapi untuk persiapan. Kenalah tau jugak!

Kawan aku, Zam study kat Pakistan dah confirm sampai Malaysia hari Khamis ni (sambil check kalender, 20 Ogos). At last balik juga mamat ni for good. Kebetulan pulak aku dah apply cuti, dah approve pun. Yeaah! Aku ambil cuti semata-mata nak sambut Ramadhan tak sangka pulak Zam nak balik. Plan tak tau lagi macamana hari Khamis nanti. Nak jemput dia kat KLIA atau tak. Just tunggu je lah. Aku pun tak kisah sebenarnya. Kalau tak jemput dia, aku dok rumah je lah. Hehehe..

Ramadhan tak lama lagi ni. Aku nak ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa. Moga amalan di bulan Ramadhan diberkati.

p/s: dah habis ganti puasa???

Sunday, August 16, 2009

Presentation assignment 2

Alhamdulillah

Presentation tadi berjalan lancar. It's really short and simple. Sampaikan dia orang cakap presentation aku yang paling cepat. Yang penting just sampaikan isi penting. Mana yang tak penting tak perlulah nak present.

Aku pun tak sangka presentation tadi memang ambil masa yang singkat. Rasa ada kot dalam 5-10 minit. Bajet sorang nak present dalam 15-20 minit. Dahlah masa aku present tadi, dah petang so classmate aku semua dah gelisah sebab nak balik cepat. Bayangkan presentation start pukul 10am terus sampai pukul 4. Direct woo kalau break pun kejap je. Siapa yang dapat present awal tu oklah sebab azab dah habis cepat. Yang nak present lambat dok tunggu bila lagi giliran.

Mr. X?
Dia ok as usual. Aku rasa dia memang dah biasa bab presentation ni. Tengok dia selamba je. Aku ni je yang lemah sikit aaa. Aku cuba tak nak gementar tapi bila aku present tadi aku dapat dengar suara aku macam takut-takut je. Eiii tak suka laaaa...Kena prektis lagi ni.

Tak sangka assignment aku kali ni dapat siap dalam masa 1 minggu (siapkan report, slides presentation dan presentation). 1 usaha yang sangat membanggakan!! Anyway..tak sepatutnya aku buat macam ni selalu. Buat kerja last minit. Dahlah buat kerja copy paste aje. Hmm tak ada kualiti langsung!! Malu aku..cewaahh!!

Aku suka classmate aku especially group assignment aku (include Mr. X lah..hehehe). Bab kerjasama dan sharing maklumat memang bagus. Kalau ada sesiapa yang dah siap assignment dulu, selamba je dok copy. Nak hiduplah katakan. Biasalah tu.

Hujung bulan ni ada final exam. Sempat lagi aku nak study apa yang patut. Doakan aku dapat jawab dengan baik.

p/s: cepatnya masa berlalu...dah nak habis semester ni..

Friday, August 14, 2009

I want to break free



Lagu lama ni bagus gak kalau nak layan. Memang sesuai dengan keadaan aku..I want to break free. Berapa lama pula aku kena kerja macam ni? Dapat boss pun...dok meghoyan je kejanya.

To Boss..

Aku memang tak paham dengan perangai kau. Tak tau masa bila kau ok ke tak. Yang penting jangan kacau hidup aku. Hahaha macam nak peras ugut je.

p/s: Glad today it is Friday. 2 hari ni..tak perlu lah aku nak mengadap muka kau

Thursday, August 13, 2009

Projek Bercuti 2010 - part 2

Tadi aku dapat sms drp kawan aku yang sama-sama ikut projek 2010, dia bagitau adik ipar dia nak join sekali.

Alamak!!!!
(respon yang tak menunjukkan sebarang tindakan sama ada nak setuju atau tak)

Oklah semua..so sekarang ahli untuk projek 2010 dah jadi 3 orang. Aku rasa cukuplah banyak tu. Ramai sangat orang pun tak best.

Senarai ahli:

1. Mazuriah

2. Lilly

3. Adik ipar Lilly


Moga semua berjalan dengan lancar. Aku akan update segala maklumat terkini. Jangan risau ya.

Yeaaaaahh projek 2010!!!

p/s: tengah fikir mana nak cekau duit

Wednesday, August 12, 2009

Projek bercuti 2010 bermula

Aku nak maklumkan projek bercuti untuk tahun 2010 bermula..

Aku dan kawan aku akan ke Jakarta dan Bandung pada 10 Jun 2010 sampai 15 Jun 2010. Doakan semua akan berjalan dengan lancar.

Pagi tadi aku dah book tiket flight Air Asia. Alhamdulillah aku berpuas hati dengan harga tiket. (sampaikan aku tak sempat nak buat kerja opis..hahahaha)

10 Jun 2010 KL - Bandung (tolak 6.55pm sampai 8.00pm)

15 Jun 2010 Jakarta - KL (tolak 12.30pm sampai 3.25pm)

Harga tiket pergi balik untuk 2 orang termasuk beg dan cukai adalah
RM228. So kalau untuk seorang dalam RM114.

Next step..nak kena survey hotel, transportation dan nak ke mana.


p/s: renew pasport dulu

Vacation plan

Sambung balik kepada promosi Airasia yang baru ni..aku dapat tau hari ni dah mula buka untuk penerbangan antarabangsa. Itulah...cepat sangat melatah. Aku ingat untuk domestik sahaja. Awal-awal lagi dah tarik muka masam bila tengok website promosi Airasia hari tu. Lain kali baca betul-betul. Mata kasi buka besar sikit.

Plan nak ke Jakarta & Bandung. Ini adalah plan yang sangat lama antara aku dengan kawan aku . Kita orang nak pergi berdua untuk SHOPPING!!!!!! Harga tiket aku tengok kat Airasia boleh dapat kurang daripada RM100 seorang KL-Jakarta-KL. Kalau tiket return KL-Bandung dalam RM113. Murahlah tu. Hal hotel dan transport, aku boleh uruskan. Cewaah macam travel agency pulak aku ni.

Plan kedua, kalau tak dapat ke sana mungkin aku nak ke Bali. Kenapa?? Aku dah terpengaruh dengan cerita kawan aku yang dah pernah ke sana. Tengok gambar dia kat sana, memang cantik.

Shopping tu tak sangat tapi kalau nak beli pun just nak beli cenderahati sahaja. Kalau nak shopping, kat mana-mana pun boleh even kat KL pun boleh kan? Untuk menikmati keindahan semulajadi bukannya selalu jumpa dan bukan semua tempat ada.

Aku dah check harga tiket return Bali dalam RM113++ sahaja. Murah kan?? Lepas tu Tune Hotel bakal dibuka kat Bali. Kebetulan ada promosi so kalau stay sana untuk 3 malam boleh dapat dalam RM30++ untuk katil single dan untuk katil queen dalam RM150++. Jumlah semua dalam RM200++ seorang. Tambah lagi dengan belanja makan, transport dan lain-lain..berapa la sangat.

Bukan selalu dapat peluang bercuti macam ni. Aku tak suka sangat kalau pergi bercuti dengan orang ramai. Banyak sangat kepala, banyaklah peelnya. At last apa yang kita nak tak dapat. Balik rumah...rasa tak puas hati je. Kita nak bercuti, nak happy..kasi tenangkan fikiran. Betul tak?

p/s: kedudukan kewangan ok tak??

Sunday, August 9, 2009

Kejam ke aku??

Pernah tak mengalami keadaan apabila kita cakap sesuatu tu bukan maksud sebenar. Contoh ayat selalu terjadi kat aku.

Aku: aku nak jalan-jalan ke kuching. kau nak ikut? (janganlah cakap nak ikut) 

Kawan: ok gak tu. aku tak pernah sampai sana lagi. ok ke? 

Aku: ok lah..lagi ramai lagi bagus (oh no..aku dah ada 3 orang tambah sorang lagi? hmm..)

Kawan: eh tak apa lah..aku ada plan lain 

Aku: betul ni? kalau macam tu, lain kali ok? (peerrgghh lega. nasib baik dia tak ikut) 

Am I being so mean? Bukan itu sebenarnya maksud aku. I want to say something nice to her.

Yup I know. At the first place don't say anything to her. It's just that I want to say I'm going for vacation and I don't want her to feel sad. Bak kata orang, ajak-ajak ayam. Ajak orang tapi tak ikhlas.

In the end, I feel guilty. I think i should shut up and keep quiet, ok?

Maybe this video will tell you how I really feel.



p/s: I try to be nice ok

Air Asia Promotion

Inilah peluang yang selalu aku tunggu. Last year aku berjaya book ke Kuching. Dapat harga RM60/seorang return tiket tu. Murah gila!!! Trip ke Kuching bulan 10 after raya.

Punyalah lama book. Asalnya nak ke Bangkok tapi keadaan politik kat sana tak begitu bagus tu pasal tukar ke Kuching. 1 lagi alasan, pasport aku dah expired masa tu (ada je alasan aku ni...).

Kali ni nak ke mana?? Let me think first. Yang ada dalam fikiran aku ni:

1. Bali

2. Jakarta

3. Bandung

4. Perth

Kali ni aku nak bercuti luar Malaysia. Untuk tahun 2009, bajet tak cukup so dapat bercuti dalam Malaysia je.

p/s: jom bercuti!!!

Laporan terkini (10 /8/09)

Tawaran ni cuma untuk penerbangan tertentu sahaja. Bukannya untuk semua. Harap maklum.

Saturday, August 8, 2009

Alasan

Aku selalu dapat panggilan daripada seseorang yang akan jual sesuatu atau menyuruh aku untuk masuk kelab. Aku pun tak tau mana dia orang dapat dapat nombor aku. Suka-suka je nak call aku lepas tu merayu aku untuk ambil barang yang dia orang promosi tu.
Selalunya apa yang selalu aku buat:

"Sorry lah ye..orang yang awak cari tu tengah meeting. Ada apa-apa pesanan nak bagi?"

"Saya tengah meeting ni. Boleh call saya kejap lagi?"

"Saya tengah drive. Call kejap lagi"

"Awak salah orang ni. Saya bukan *******"


Banyak betul alasan aku tu. Nak buat macamana aku memang tak suka nak layan dia orang ni. Aku cukup pantang, kalau dia orang start cakap macam ni.."This the only chance in your life time. Susah nak dapat peluang ni lagi" Dah aku memang tak nak dan tak suka...apa lagi yang dia orang tak paham?? Nak aku cakap bahasa apa lagi??

Aku tak salahkan dia orang. Dah tu memang kerja dia orang kan? Cuma cara dia orang tu, kadang-kadang boleh sakitkan hati. Marketing tu marketing lah...but don't too pushy. Aku tau, dia orang kena achieve target. Kalau tak, dia orang tak dapat gaji lah.

Aku dulu pernah buat kerja marketing ni. Aku akui memang susah dapat customer kalau tak kena caranya. Ayat kena cantiiiikkkkk. Bak kata orang, sekali dengar tu boleh cair beb! Tapi aku tak lah sampai nak guna-guna orang. Bahaya tu. I guess marketing it's not my forte.

Anyway, aku taulah kalau orang tu baru join hal-hal marketing ni. Cakap kat customer macam ayat dah siap skrip lah. Cakap skema semacam je. Hahaha..

1 lagi perkara yang aku cukup pantang. Kalau orang suruh beli sesuatu disebabkan oleh bentuk fizikal badan aku. What the ****??!! Insiden ni selalu berlaku kat shopping complex. Contoh ayat: "Adik belilah teh ni..boleh bagi kurus badan adik. Boleh buang lemak-lemak badan" Eiii...menyampah betul! Asalnya aku nak beli terus tak jadi nak beli. Padan muka. Kurang sales kau tu!

Kot ya pun nak buat marketing, tengoklah orang dulu. Jangan cakap sebarang je. Maybe it's nothing to you but it's something to me.

p/s: buat kajian dulu sebelum marketing

Sunday, August 2, 2009

Presentation assignment

Lega!

Pagi tadi selamat 1 presentation untuk paper International Business. Bayangkan lecturer bagi tempoh 2 bulan untuk siapkan assignment tapi group aku start buat dalam 2 minggu lepas. Hebat tak??

So far, aku tak puas hati dengan presentation aku sebab masa aku nak cakap, aku boleh blank. Kalau dengar suara aku, orang boleh tau aku memang nervous gila.

Terus terang, aku tak suka nak wat presentation. Skrip dah siap, data dah ada tapi bila aku tengok muka classmate, aku boleh jadi kaku. Nasib baiklah ketua group aku cover baik. Goreng pun memang cukup rasa. Jeles aku bila tengok dia orang present.

As for Mr. X, dia lagi sempoi siap cekak pinggang lagi tu masa cakap. Ya Allah selamba gila mamat ni.

Overall presentation semua group ok. Siap lecturer aku cakap, ada yang goreng elok dan ada yang tak cukup goreng. Hmm aku lah tu. :(

So sekarang just get ready untuk final exam pada 29 Ogos. Takut aaa!! Aku dah lama tak ambil exam ni.

Ada lagi 1 assignment nak kena present. Hmm yang ni lagi lah..aku tak start apa-apa lagi. Sempat lagi ke aku nak siapkan semua ni? Wish all the best ok!

p/s: untuk jawab exam..rebus buku lepas tu minum.

Saturday, August 1, 2009

Konspirasi Mr. X

Reject!!!!!!


Aku dapat tau Mr. X dah kahwin siap ada anak lagi tu. Hmm sabar je la. Nak wat camna kan..biarlah aku jadikan dia sebagai sumber inspirasi aku kat kelas. Tak dapat dia pun tak apalah..dapat tengok muka pun jadi.


p/s: intai dari jauh...