Pages

Saturday, March 31, 2012

Jalan-jalan 2013

Oh ya. Aku ada projek jalan-jalan untuk tahun 2013. Ke mana tempatnya, biar aku rahsia dulu. Klu pun tak boleh bagi lagi sekarang. Rasanya siapa yang baca blog aku sebelum ini, aku ada beritahu lokasinya. Hehehe...

Semangat betul aku ni. Lebih kurang ada 10 bulan lagi nak ke sana. Tiket dah beli dan tinggal lagi nak tempah bilik. Aku ada buat sikit-sikit plan perjalanan dan mengambil kira perbelanjaan sepanjang berada di sana.

Terus terang, aku tak pernah pergi lokasi ini dan kalau nak lagi mencabar, main redah je. Sambil-sambil tu, tambahkan maklumat yang patut aku tahu supaya sepanjang berada di sana, berjalan dengan lancar.

p/s: macam tak percaya nak ke sana

Friday, March 30, 2012

Makcik kaya

Alhamdulillah.

Minggu lepas duit lebihan cukai daripada LHDN dah masuk akaun bank. Mula-mula aku perasan, kenapa masih ada baki duit dalam akaun selepas aku membayar hutang dan bil. Biasalah, hari pertama aku dapat gaji terus bayar hutang dan bil. Selalunya bila dah bayar semua hutang, adalah tinggal sedikit buat aku belanja nanti. 

Tiba-tiba rasa tak sedap hati pula. Tak boleh jadi ni. Apa lagi, aku check balik transaksi bank. Eh! Duit daripada LHDN dah masuk rupanya. Cepat betul! Dalam 1 minggu dah dapat duit. Siapa yang belum hantar cukai pendapatan, sila hantar sekarang. Selagi masih belum sesak, proses pembayaran balik memang mengambil masa yang singkat. Bolehlah buat belanja ke Langkawi nanti. Yeaah! 

Pagi tadi masa aku sampai opis, kawan-kawan aku sibuk tanya, "akak dah check ke?" Aku keliru sekejap. Kalau ya pun, berilah aku simpan beg dan duduk dulu. Check apa pula ni? "Bonus dah masuklah kak." Ooohhh bonus rupanya. Kehadiran bonus memang membuatkan aku ternanti-nanti dari dulu lagi dan akhirnya kau datang juga. Akak suka! Yeaah lagi! 

Sebelum aku plan nak buat apa-apa dengan duit bonus, kena asingkan dulu masuk dalam akaun Tabung Haji sebab susah sikit nak keluarkan duit, kena pakai buka akaun Kalau masih tersimpan dalam akaun bank sekarang, rasanya cepat je habis nanti. Betul tak? 

Apa yang mula-mula terlintas, tukar tayar kereta cepat-cepat. Ya aku tahu, aku dok tangguh sahaja dari dulu lagi. Bahaya bawa kereta dengan tayar yang tak ada bunga lagi terutamanya masa musim hujan.


p/s: Alhamdulillah...rezeki

Friday, March 23, 2012

Paparazzi tak berbayar

Bengang! Geram! Marah! 

Itu sahaja yang dapat aku katakan. Kenapa mesti ada orang yang sibuk nak tahu pasal orang lain. Aku tak sibuk pun nak tahu pasal kau. Yang paling aku tak suka, menjadi orang tengah untuk mendapat maklumat. Kenapa kau tak boleh nak tanya sendiri? Nak takut apa? Bukannya ada orang nak makan kau. Sebab kau tak ada hidung? Sebab kau tak cantik? Eeiiiii!! 

Ceritanya tadi aku call minah ni nak dapatkan maklumat. Tiba-tiba sahaja minah tu tanya pasal kawan aku. 

Minah: eh..xxxx dah mengandung?

Aku: (terkejut sekejap. rasa nak melompat dari kerusi pun ada) eh kenapa kau tanya kat aku? kalau kau nak tahu, kau tanyalah sendiri. aku tak sukalah jadi orang tengah. 

Minah: janganlah marah. 

Aku: bukannya marah tapi kalau orang tanya pasal kau mengandung ke tak, kau marah tak?

Minah: tak kisah. 

Aku: kau memang tak kisah tapi ada orang lain kisah. 

Minah: oklah tak jadilah nak tanya. 

Lepas tu aku dah tak ingat aku bebel lagi tapi rasanya panjang juga aku bebel. End up aku rasa menyesal pula aku call minah ni. 

Aku memang dah lama kenal minah ni tapi tu perangai dia yang penyibuk buatkan aku tak nak jumpa dia. Kalau boleh, aku cuba elak dan cakap dengan dia. 

Masa mula-mula bila aku dapat tahu department aku kena pindah, akulah orang yang paling gembira. Rasa dunia ini aku yang punya! 

Baru-baru ini, aku dapat berita department minah ni pun nak kena pindah 1 bangunan dengan aku. Damn! Aku baru nak hidup aman damai semenjak kena pindah tahun lepas. 

Nasib baiklah tak dapat 1 tingkat dengan aku. Kalau tak, aku tak tahu nak buat apa lagi. Kawan-kawan opis aku siap sindir aku, "lepas ni bolehlah keluar sama-sama dengan kawan baik akak tu ya." Kurang ajar punya ayat korang! Siaplah nanti. 

Mana-mana mesti ada orang penyibuk bak kata adik aku, paparazzi tak berbayar. Sibuk nak tahu pasal orang lain. Apa yang korang dapat kalau tahu pasal orang lain ni? Kalau dibuatnya salah maklumat, boleh jadi fitnah. Berdosa tau. 

p/s: sebelum nak sibuk pasal orang, tengok empunya diri dulu.

Sunday, March 18, 2012

Dah bayar cukai pendapatan?

Dah bayar cukai pendapatan? Sebagai warga Malaysia yang bertanggungjawab,   jangan lupa untuk laksanakan membayar cukai pendapatan. Masih ada masa lagi sebab tarikh akhir untuk membuat pembayaran cukai pendapatan adalah pada 30 April 2012. Jangan lupa tau! Siap promosi lagi tu. Rasa-rasa dapat jadi duta LHDN tak nanti? Hehehe..

Alhamdulillah aku baru je hantar e-filing. Rasa hilang segala bebanan yang aku rasai selama ini. Fuuh!!! Siapa yang pernah ikut pengalaman aku hantar borang cukai pendapatan pada tahun lepas, mesti tak akan lupa insiden Pekerja yang berpengetahuan.

Aku belajar daripada kesilapan yang lalu dan bersyukur kali ini berjalan dengan lancar. The best part, aku dapat rebate sebab terbayar lebih cukai. Yeaaah! Nanti boleh buat belanja trip bulan April. Cepat-cepat! Kalau hantar sekarang, proses pembayaran balik akan mengambil yang singkat sahaja. Jangan pula tunggu saat-saat akhir ya. 

p/s: bayar cukai untuk kesejahteraan orang ramai. 

Bandar yang pernah kunjungi



Masih banyak tempat lagi bandar yang belum aku terokai. Yang banyak pun kat area Asia. 

Ada sekali aku tengok TV (program TLC rasanya) ada ditunjukkan tempat menarik di Morocco, aku terus jatuh cinta. Suka juga sebenarnya seperti Paris, London dan bandar-bandar besar yang lain tapi aku lebih suka tengok kawasan yang ala-ala esotik yang ada unsur-unsur mediterranean. 

Banyak juga belanja nak ke sana dan insyaAllah bila ada rezeki, aku akan ke sana. Bila? Hmmm..tak pasti lagi. 

Cerita pasal jalan-jalan ni, aku baru plan sama ada ke Bangkok atau Bali pada tahun depan. Dah buat homework sikit-sikit tempat menarik untuk kunjungi nanti. Sambil-sambil tu, aku ada tengok-tengok Airasiago.com yang sediakan pakej menarik (flight & hotel). Setakat yang aku pernah tengok untuk perjalanan 4hari 3malam, jumlah perbelanjaan untuk seorang dalam lingkungan RM500++. Aku rasa harganya berpatutan. Ada siapa nak ikut? Sila angkat keyboard! Hehehe...

p/s: nak cari teman berjalan

Tuesday, March 13, 2012

Projek bulan April - update

Aku dah dapat pemenang yang cuba teka Projek bulan April. Sebelum aku umumkan pemenangnya, nak tahu aku ke mana? InsyaAllah pada bulan April aku akan ke Langkawi dan Singapura

Sebenarnya plan ke Singapura adalah urusan kerja dan ada training. Alang-alang sampai sana, rugilah kalau tak jalan-jalan kan? Lagipun kali terakhir aku ke Singapura, tak silap aku ialah pada tahun 1982 (30 tahun yang lalu), pasti banyak yang berubah. Masa tu belum ada lagi MRT. Boleh lagi pakai duit Malaysia untuk shopping sebab nilai matawang adalah sama. Hmm..nampak sangat aku ni dah tua kan? Hahaha... 


Manakala plan ke Langkawi pula sebab adik bongsu aku nak sangat naik cable car jadi aku temankanlah dia. 


Puas hati dengan jawapan aku? 

Haa...nak tahu siapa pemenang kali ini? Siapa lagi kalau bukan Shazwani Aziz. Yeah! Rajin betul dia masuk contest aku. Tahniah. Hadiah istimewa tu kena tunggu lepas aku balik dari trip. Boleh kan? 


Setakat ini, persiapan ke Langkawi dan Singapura berjalan dengan lancar. Aku ada buat homework nak pergi mana bersesuaian dengan bajet yang ada. Jangan risau, aku akan kemaskini maklumat perjalanan nanti. Doakan semuanya ok. 


p/s: nak sangat cuba makan murtabak singapura yang masyhur tu. sedap tak?

Sunday, March 11, 2012

The making of Red Velvet

Aku sebenarnya dah lama nak buat kek red velvet (baldu merah??) tapi asyik bertangguh sahaja. Lagipun semenjak akhir-akhir ni kek red velvet ni memang menjadi sebutan sebab keenakannya. Aku tengok cerita DC Cupcakes kat TV, ramai yang beli kek red velvet ni. Sedap sangat ke? Aku tak pernah rasa jadi aku tak dapat nak bayangkan. 

Kebetulan hari ini aku tak tahu nak buat apa. Apa lagi, mari kita buat percubaan kek red velvet! Bahan-bahan untuk buat semua dah ada dan caranya pun memang mudah. Tanpa buang masa, aku pun cubalah. 


Inilah rupanya kek velvet yang baru masak. 

Kek red velvet sebelum letak frosting cream cheese.

Kek red velvet selepas letak frosting cream cheese. 

Apa keputusannya? Teksturnya lembut dan gebu. Ada sedikit rasa masam, manis dan sekali rasa macam kuih apam pun ada. Nak cuba? Marilah ke rumah aku. Apa-apa pun, aku lebih suka kek carrot lagi. Itu pendapat aku. Tak tahulah apa kata orang lain. 

Kalau sesiapa cuba nak buat kek red velvet ni, boleh pergi ke link ini. 

p/s: suka tengok warna merah dalam kek red velvet. 

Projek bulan April

Aku ada 2 projek lawatan dalam bulan April. Sebenarnya aku tak rancang nak pergi 2 tempat sekali gus tapi dah dapat, aku terima je. Aku dah buat plan perjalanan untuk 2 tempat ni dan harapnya semua berjalan dengan lancar. 

Nak tahu aku ke mana? Yang itu kena tunggu dulu. Bila dah dekat nak pergi, baru aku beritahu. Apa yang aku boleh beritahu, 1 di utara dan 1 lagi di selatan.  Rasa-rasa boleh agak tak? 

Tempat yang aku nak pergi ni, memang tak asing bagi aku sebab aku pernah pergi dulu. Cumanya, aku tak tahu bagaimana keadaannya sekarang. Ada beza tak dengan dulu? 

Apa kata kalau aku buat tawaran lebih menarik? Siapa yang berjaya meneka ke mana aku pergi, dia akan terima hadiah istimewa daripada aku. Kepada yang tahu (adik-adik aku, kawan opis dan sesiapa yang berkenaan), tak boleh join ok. 

Macam biasa, sila emel jawapan kepada mazuriah@gmail.com dengan tajuk emel: Projek bulan April. Jangan lupa berikan nama dan alamat sekali ya. 

Tawaran ini terbuka sehingga ada yang berjaya berikan jawapan yang betul. Apa lagi, cepatlah teka!

p/s: cukup ke belanja ke sana nanti? hehehe..

Wednesday, March 7, 2012

Koleksi gambar makanan

Ini adalah stok gambar makanan yang ada dalam telefon aku. Gambar diambil kebanyakannya masa makan tengahari di sekitar Cyberjaya, Kajang dan Bandar Baru Bangi. 

Selalu waktu makan tengahari, aku dah tak tahu nak pergi mana. Balik-balik tempat sama sahaja. Itulah masalah yang sering melanda aku. Sampaikan orang kedai dah kenal dan tahu apa aku nak makan. Hehehe...

Tanpa buang masa, marilah sama-sama kita menikmati makanan yang terhidang!


Fish & chips di Ice Room, Bandar Baru Bangi.

Pizza Hut, Cyberjaya.

Waffle di Petronas Cyberjaya. 

Kuew teow kantonis di Penang House Street Mall, Cyberjaya.

Nasi beriani di Restoran Al Sinni, Bandar Baru Bangi. 

Chicken ticka masala rice di The Indian Kitchen, Street Mall, Cyberjaya. 

Tutti Fruiti Cyberjaya.

Nasi ayam di Hailam Kopitiam, Cyberjaya. 

Nasi kerabu di Restoran Yati Ayam Percik, Kajang.

Ada banyak lagi gambar sebenarnya tapi biasalah kalau dah lapar, tak sempat nak ambil gambar. Selalunya masa ada duit bolehlah makan luar tapi kalau dah sampai tengah bulan (tengah kering), jawabnya bawa bekal lah. Dahlah opis aku tak ada kafe. Yang ada dekat opis kedai makan ala-ala kopitiam yang harga boleh tahan mahalnya. 

p/s: hari-hari makan roti. 

Friday, March 2, 2012

Cleverbot

Siapa yang tak ada kerja nak buat atau tak ada kawan nak sembang, bolehlah singgah ke website cleverbot. Aku dah cuba tadi. Seronok juga layan website ni tapi awas kadang-kadang jawapan yang diberi boleh buat kita marah. Jangan pula ada yang naik angin.   


Senang je langkahnya. Nampak tak ada kotak kat tengah tu? Cuba taip apa sahaja dalam kotak tu dan tunggu dalam beberapa saat untuk mendapat jawapan. Cuba tengok apa yang aku taip dan apa yang dia balas. Yang aku taip warna hitam dan jawapan yang aku dapat dalam warna biru. Hahaha..jawapan yang tak diduga langsung. Cuma 1 je nasihat aku, tak boleh buat selalu nanti jadi ketagih. 

p/s: selamat mencuba.