Siapa ingat lagi cerita pasal aku salah isi borang cukai pendapatan? Kalau tak ingat boleh klik kat sini untuk mengimbas kembali cerita.
Dipendekkan cerita, baru-baru ini aku terima surat daripada LHDN yang mengatakan aku kena bayar sebanyak RM1,460.80 dan dikenakan potongan gaji bermula bulan Ogos 2011 sampai bulan Januari 2012 sebanyak RM243. Banyak tu! Dalam hati rasa pelik juga sebenarnya sebab takkanlah tak ada apa-apa perubahan. Takkanlah tak ada sebarang tindakan lepas aku buat laporan pindaan hari tu.
Aku ingatkan lepas semakan semula cukai pendapatan, tak perlu nak bayar tapi rupa-rupanya kena bayar juga. Bukan apa, kalau aku nak bandingkan dengan kawan-kawan opis aku, dia orang tak perlu bayar apa-apa. Hanya kerana aku salah klik kat pekerja yang berpengetahuan, terus kena bayar. Tak boleh jadi ini.
Jadi aku emel terus kepada Pengarah LHDN Cawangan Cheras dan beritahu perkara sebenar. Tak sangka pula, pada hari esoknya aku dapat maklumbalas daripada beliau dan tak lama lepas tu pegawai in charge terus ambil tindakan dengan emel aku. Waaah! Cepat.
Bila dah buat semakan semula, rupa-rupanya aku tak perlu bayar apa-apa lagi malah aku dapat duit rebate sebanyak RM443.73 dan akan dimasukkan terus akaun dalam beberapa hari lagi. Alhamdulillah..Itu rezeki namanya. Bolehlah nak pakai untuk belanja raya nanti. Hehehe..
Terima kasih atas kerjasama dan tindakan pantas LHDN yang telah menyelesaikan masalah aku. Tak lupa juga kepada kawan-kawan dan adik aku yang banyak membantu. Cewaah! Apa nak claim duit kat aku?? KFC boleh? Hehehe..
Oh ya! Pagi tadi aku cek akaun aku, eh duit rebate dah masuklah. Patutlah aku perasan tiba-tiba tengok baki akaun ada duit lebih. Alhamdulillah.
p/s: rezeki nak sambut ramadhan.
efisyen apa menda nya. aku punya masa isi aritu dikabarkan ada lebih 1k plus tapi sampai skrg pun takda kabar brita. surat kata aku perlu byr or mmg terlebih byr pun takda. kata suruh email, sampai skrg pun takda answer! nak minta duit baru diorang cepat, minta rebet hampeh!!!
ReplyDeleteapa kata kau cuba emel kat pengarah LHDN & bgtau masalah kau. kalau kau nak aku tolong, aku boleh tolong. anyway, sabar ya makcik.
ReplyDeletex nak KFC, nak sake sushi heheh
ReplyDelete-omak sara & hadi-
yey yey dah dpt sakae sushi..
ReplyDeletetq awong :)