Pages

Sunday, October 31, 2010

Apo kono eh jang?

Nampaknya Piala Malaysia tahun ini bukan lagi milik Negeri Sembilan. Tahniah kepada kumpulan Kelantan. Ini adalah kali pertama Kelantan menang Piala Malaysia.

Aku ada jumpa lagu penyokong kumpulan Negeri Sembilan. Sekali dengar kat radio, seronok pula rasanya. Penuh dengan kata-kata semangat. Kepada kumpulan Negeri Sembilan, jangan bersedih. Tahun depan boleh cuba lagi.

Mari kita sama-sama dengar lagu Hobin Jang Hobin. Selamat mendengar.


Hobin Jang Hobin
Hobin Jang Hobin...3x 

Daghi sawah tughun padang 

Kini kau dah pandai nondang 
Kali ini mesti monang 
Bukan susah cukup sonang

Hobin jang hobin...3x 

Sumbek gol banyak-banyak 
Bia sampai jaghing kuyak 
Main bia hati-hati 
Jangan masok gol sendighi

Hobin jang hobin...x3 

Duo satu kocik bona 
Ompek satu sonyum lebar 
Kalu buleh tujuh kosong 
Bia dio balik molopong 
Molopong.. molopong. molopong.. 
Hobing jang hobin...3x 

Hobin jang hobin...3x 

Yam Tuan sokong kito 

Montoghi Bosar sokong kito 
Undang Luak sokong kito 
Jangan buek malu muko 

Hobin jang hobin...3x 

Kali ini kalau kalah 

Balik kampong potong gotah 
Kito jangan monggollabah 
Pialo kito punggah 
Punggah.. punggah... 

Hobin jang hobin...3x 

Bukan main bola lisut 

Bukan main bola tampar 
Biar orang terkojut 
Kito menang piala Malaysia

Hobin Jang Hobin...3x 

Hobin bin bin bin hobin jang hobin.....
Hobin... hobin... hobin jang hobinnnnn
Hobin jang hobin....


Maksud hobin jang hobin tu kalau tak salah aku maksudnya lawan sampai menang. Kalau sesiapa nak tahu lebih lanjut maksud lirik lagu ini, boleh tanya kat aku. Aku cubalah jawab nanti. 

p/s: cuba lagi tahun depan. gambatte! 

Saturday, October 30, 2010

My carrot cupcakes

Baru-baru ini ada kawan opis tempah cupcakes daripada aku untuk jamuan hari jadi anak dia. Aku buat cupcakes saja suka-suka tapi tak sangka pula ada yang berminat nak tempah. 

Sempatlah kawan aku ambil gambar cupcakes aku masa jamuan hari itu. Minta maaf banyak-banyak kepada kawan aku sebab aku tak dapat nak join jamuan harijadi. Kagum pula aku tengok gambar cupcakes aku. 

Ok..mari kita lihat sama-sama hasil kerja cupcakes aku buat tempoh hari. Happy viewing. 

Birthday cake..ada gambar princess lagi tu.


Ada cupcakes yang lain. 

Ini hasil kerja cupcakes aku. Ok tak? 

Aku tak berapa pandai nak hias cupcakes. Aku cuma tahu sapu icing sahaja. Yang penting rasanya sedap. Betul tak? 

p/s: ada sesiapa nak cuba rasa cupcakes aku?

Monday, October 25, 2010

36 already


25 Oktober 2010 adalah hari lahir aku yang ke 36. Yeaaah I know the number keep increasing each year. Tahun depan 37 pula kan? Jadi tak ada apa-apa bezanya. Umur itu cuma nombor yang penting kita happy dan semua happy. Aku rasa itu dah cukup baik. 

Alhamdulillah..Allah masih panjangkan umurku, sihat tubuh badan dan rezeki aku sentiasa ada (kadang-kadang bila sampai hujung bulan kering juga). 

Aku bersyukur sebab aku dikelilingi orang yang aku sayang yang sentiasa menyokong aku. Terima kasih semua. Pagi tadi masa aku buka Facebook, ramai betul yang wish birthday aku. Terima kasih sekali lagi. Antara ramai yang wish birthday aku, aku tak sangka Rohaizi ada wish birthday kat aku. Aku sangat suka!!

Ucapan hari lahir daripada Rohaizi buatkan aku senyum sampai ke telinga. Hehehe..

Ada satu lagi yang buat aku sangat happy bila aku dapat call daripada boss yang dia MC hari ini. Indahnya dunia aku rasakan..tanpa gangguan daripada dia. Aku dapat rasakan dunia aku aman sangat! Dahlah esok dan lusa aku tak masuk opis sebab ada seminar kat Hotel Sunway and Spa. Yes! 

Walaupun tak ada sambutan hebat pada hari lahir aku yang ke 36, aku masih gembira dan bersyukur atas apa yang ada pada diriku. Kenangan ini adalah kenangan tak mungkin dapat aku lupakan sampai bila-bila. 

Terima kasih sekali lagi. Sesungguhnya aku sayang kamu! 

p/s: muaaaaaaacchss!!!!

Sunday, October 24, 2010

Aku malaslah nak layan kau

Pernah tak korang mengalami masalah macam ni? Ada kawan jumpa kau dan tegur kau tapi korang malas nak layan dia. Macamana korang nak beritahu kawan tu yang kau malas nak layan tapi dengan cara berhemah dan tanpa melukakan perasaan dia? 

Ceritanya macam ni..petang tadi aku ke pasar malam. Tiba-tiba sahaja kawan aku ni tegur aku. Aku memang selalu jumpa dia kat pasar malam tapi kalau boleh aku cuba elak nak jumpa dia. Dahlah tadi masa dia tegur aku, aku tengah syok beli yong tau foo (my favourite food), keluar pula ayat yang tak best daripada dia, "cukup ke yong tau foo tu?" Aku tahu dia nak beramah mesra dengan aku tapi cara dia tegur aku tak kena gaya betul. Aku nak je sound dia balik, "kalau tak cukup, kau nak bayarkan ke?" tapi biasalah aku tak kesampaian nak ucapkan. 

Jangan ganggu aku lagi ok..

Rasa geram pun ada sebenarnya kat kawan aku ni. Selalu aku boleh elak nak tembung dia tapi kali ini aku tak berjaya. Adik aku siap cakap, kalau jumpa kawan tu, sound balik kat dia, "lain kali kalau jumpa, kau jangan tegur aku. aku malas nak layan kau." Ok tak ayat tu? 

Ada berani? Aku nak buat sebenarnya. Sure best kan? Nak buat macamana, aku takut nak buat. Takut tak tercakap je. Oh ya..aku baru je delete dia daripada senarai kawan Facebook aku. Sorry beb..you're no longer my friend anymore. 

p/s: talk to the hands. 

Thursday, October 21, 2010

Musim demam


Aku rasa sekarang musim demam sebab ramai yang demam termasuklah kawan aku yang seorang tu, Makcik Senah. Makcik kau demam ya? Kasihan kau. Aku pun kena demam juga. Nasib baik dapat MC. Siap doktor tanya, "nak MC tak?" Of courselah aku nak. Kalau masuk kerja, macamlah aku boleh buat. Nanti berjangkit, siapa yang susah? Lebih-lebih lagi kat opis aku tu ada yang nak kahwin tak lama lagi. Kalau dibuatnya demam, kasihan dia. 

Aku ini demam pelik sikit. Bukan apa, kalau siang, aku sihat. Bila masuk malam dan pagi, mulalah badan rasa sejuk panas. Ini tengah rasa sejuk panas lah ni. Bila sentuh badan, rasa panas tapi dalam rasa sejuk. Kepala pula dah mula rasa pening-pening. Ubat dah makan tadi. Sesiapa boleh tolong aku. Kenapa aku demam macam ni?

Esok nak masuk kerja, tak tahulah aku dah ok ke tak. Opis aku tu sangatlah sejuk. Kalau tak pakai shawl atau blazer, memang sejuk beb. Nampak gaya kalau nak pergi tempat sejuk-sejuk, tak dapat lah. Hehehe...

Cuaca  pula asyik panas sahaja. 2-3 hari lepas baru hujan lebat. Agaknya kena hujan hari tu terus demam. Padan muka..main hujan lagi. 

p/s: kuatkan semangat untuk masuk kerja esok. gambatte!  

Aku kena tag!



Alamak..aku sudah kena tag oleh kawan aku, Emmy. Untuk tidak menghampakan harapan dia, aku cuba jawab ok. Banyak juga soalan nak kena jawab ni mengalahkan soalan nak ambil exam MBA. Oklah Emmy, inilah jawapan daripada aku. Sudi-sudikan baca ya. 

1. Apakah benda dalam hidup paling penting dalam hidup anda?
Sudah pasti kehidupan dan kerjaya aku. 

2. Benda yang terakhir anda beli menggunakan duit anda sendiri.
Beli nasi ayam dan air lai ci kang untuk makan tengahari. 

3. Di manakah tempat anda melangsungkan perkahwinan dan tema perkahwinan idaman anda?
Oleh sebab aku tak kahwin lagi, aku letak je impian perkahwinan aku ok? Aku inginkan perkahwinan yang simple sahaja. Tak perlu nak mewah-mewah yang penting kehidupan aku bahagia buat selama-lamanya. Cewaaah! 

4. Adakah anda sedang bercinta sekarang?
Bercinta? Oh tidak..masih mencari Abang Long. 

5. Berapa lama anda akan mencintai kekasih anda?
Of courselah untuk selama-lamanya. :)

6. Novel/buku/majalah terakhir yang anda beli?
Buku terakhir yang aku beli adalah Introduction to Management Science dan Basic of Entrepreneurship. Buku teks untuk MBA. 

7. Di manakah anda selalu berjumpa kekasih/suami anda?
Errrkk??! Belum jumpa lagi lah. 

8. Apakah nama penuh anda?
Tak payahlah aku beritahu...tapi Mazuriah adalah sebahagian daripada nama aku sebenarnya. 

9. Antara mak dan ayah yang mana anda lebih mesra?
Hmmm..ikutkan aku, aku lebih mesra dengan mak sebab dulu ayah memang garang tapi sekarang dah ok. 

10. Namakan orang yang betul-betul anda jumpa dalam hidup anda.
Nak sangat jumpa Johnny Depp. Hero pujaan hati sampai bila-bila. 

11. Adakah anda basuh baju anda sendiri?
Baju main campak je dalam mesin basuh. Hehehe..

12. Di manakah tempat yang betul-betul anda ingin pergi?
Kalau ikutkan hati, nak jelajah ke seluruh tempat tapi rasanya macam tak realistik pula. Nak sangat pergi ke New Zealand tapi tak tahulah bilalah agaknya dapat ke sana. 

13. Pilih satu, peluk atau cium?
Peluk kot? Ramai orang suka peluk aku sebab aku ni gebu macam teddy bear. 

14. Beritahu 3 benda tentang orang yang tag anda.
Orang yang tag aku ni adalah orang paling lama aku kenal. Kita orang kenal dari tahun 1983. Kita orang sama-sama 1 sekolah dari sekolah rendah, sekolah menengah sampai masuk ITM. Lama kan? Terima kasihlah sebab tag. At least ada gak aktiviti nak buat sambil-sambil buat kerja. 

15. 5 benda yang anda sayang dalam hidup.
1. Kereta MyVI kelabu
2. Laptop 
3. Handphone
4. Koleksi cadar katil
5. Koleksi tupperwear

16. 5 lagu yang selalu anda dengar.
1. Billionaire (bila agaknya aku boleh jadi kaya?)
2. Fairy Tale
3. Sekadar di pinggiran
4. Bunga Angkasa
5. I want nobody but you

17. Bilakah tarikh lahir anda? Dan di manakah anda menyambutnya tahun lepas?
Tarikh lahir dah tak lama lagi ni..nak tahu bila? 25 Oktober beb. Tahun lepas sambut makan makanan Jepun dengan adik-adik. 

18. 5 orang blogger yang anda mahu tag. (click to the name)
Aku nak tag seorang je lah. Boleh kan? Aku nak tag kawan baik aku, ShirVen.

19. Cerita sedikit tentang blogger pertama yang anda tag.
Kita orang kenal melalui chatting kat MIRC sekitar tahun 1999/2000. Banyak perkara yang dia tahu pasal aku dan aku tahu pasal dia. Alhamdulillah kita orang masih lagi berhubung walapun jarang jumpa. Pernah pergi trip sama-sama ke Jakarta-Bandung baru-baru ini untuk shopping! Apa lagi ya? Rasa itu jelah kot? Hehehe...Jangan marah ya aku tag kau. Silalah jawab soalan aku ni ya. 

p/s: harap berpuas hati dengan jawapan aku ya. 

Monday, October 18, 2010

Bayi Oktober

Aku suka dengan nombor. Kalau dulu aku suka hafal nombor telefon, nombor kad pengenalan dan tarikh hari lahir. Sekarang semenjak umur makin bertambah, skill hafal ini dah jarang pratikkan tapi ada beberapa nombor yang tak mungkin aku lupa antaranya tarikh lahir keluarga dan kawan-kawan.

Cerita pasal tarikh lahir, aku ingin ucapkan terima kasih kepada Facebook yang banyak membantu untuk beri ingatan pasal tarikh hari lahir kawan-kawan. Ada juga aku tak pernah ucapkan selamat hari lahir masa sekolah tapi bila ada kemudahan Facebook, bolehlah cover sikit. Bukan itu sahaja malah dapat jimatkan kos, masa dan tenaga. Sekurang-kurangnya nampaklah ada usaha yang aku masih ingatkan mereka. Betul tak? 

Ramai betul yang lahir dalam bulan Oktober dan termasuk aku. Hehehe..Aku dapat tahu ramai orang melayu lahir bulan Oktober. Kenapa ya? Di sini aku ingin berkongsi ciri-ciri orang yang lahir bulan Oktober: 
  • Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
  • Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
  • Sopan terhadap pasangan. 
  • Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
  • Mudah terluka hati sekiranya pasanangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
  • Sukar menerima pandangan pasangan.
  • Emosi yang mudah terusik.
  • Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
  • Cemburu dan terlalu cemburu.
  • Romantik
  • Memahami pasangan.
Bagaimana? Ada yang betul? Hmmm...aku rasa betul lah tu kot. Bab sopan, aku macam tak percaya je. Sopan ke aku ni? Kena tanya orang lain untuk pastikan betul atau tak. 

p/s: artis Pablo Picasso sama tarikh lahir dengan aku.

Friday, October 15, 2010

36 freakingzilla

Bulan ini aku akan sambut hari lahir yang ke-36. Ya aku sedar angka itu semakin bertambah dari tahun ke tahun. I'll never be young again. Dulu aku tak kisah sangat pasal umur ni tapi entah kenapa tahun ini aku menjadi obses.  I am damn freak out!  

3 dozen = 36
3 x 12 = 36
40 - 4 = 36

Adakah semua orang akan berperasaan seperti aku? Aku sepatutnya tidak terlalu memikirkannya. I know it is just a figure. Cuma aku rasakan pada umur aku ini, aku masih ada banyak lagi impian yang belum tercapai. Boleh ke aku lakukan semua? Antara impian yang perlu dicapai:
  • Mencari Abang Long (ingat matlamat 11 Nov. 2011)
  • Dapatkan MBA
  • Buka kedai bakery 
  • Jalan ke seluruh dunia
  • Free debt
  • Tunaikan haji
Boleh ke aku capai semuanya? Am I too ambitious? Boleh tak sesiapa jawab soalan aku? 

p/s: alhamdulillah aku masih lagi bernafas

Happy birthday Rohaizi

Tarikh 14 Oktober adalah tarikh yang tak mungkin aku lupa sampai bila-bila. Apa taknya birthday Rohaizi dan tahun ini adalah sambutan hari lahir yang ke 36. Hahaha dah tua kawan aku seorang ini. (tak sedar diri juga yang sebenarnya aku pun dah tua)

Gambar ini diambil masa form 2 rasanya. Nak tahu rupa Rohaizi? Yang bertanda bulat tu. Ya ampun Rohaizi.. aku curi gambar kau dalam Facebook. 

Masa sekolah dulu aku memang syok sangat dengan dia dan ramai juga yang tahu aku memang syok dengan dia. Auww malu akak. Alaa takkanlah korang tak pernah syok sesiapa masa sekolah dulu. Jangan nak tipu..tak baik tau. 

Kami sama-sama satu sekolah dari tingkatan 1-3 lepas tu Rohaizi pindah sekolah ke Sekolah Teknik Kuala Lumpur. Habis SPM aku tak tahu apa cerita dia sebab dia dah tak lagi tinggal di Bangi. Bila dapat jumpa balik kat Facebook, aku adalah orang yang paling gembira. Senyum sampai ke telinga beb! 

Aku pernah terserempak dia sekali kat pasar malam (aku ada pernah tulis sebelum ini) dan rasa nak gugur jantung aku dibuatnya. We still keep in touch..sempat lagi nak chatting. Yeaah we're still friends. Tak lebih daripada itu. 

Kalau satu hari ada nak buat reunion, macamana ya? Pasti malu kalau cerita balik kenangan lama masa sekolah dulu kan? 

p/s: ada sesiapa nak buat reunion ke? wink wink kat orang kuat reunion sekolah. 

Wednesday, October 13, 2010

Layan feeling kejap


Kenapa dok layan lagu sedih je ni?? Tadi dah layan lagu Fran lepas tu layan lagu Fauziah Latiff. Uwaaa aku tak suka lah! Tak boleh nak layan feeling selalu nanti mulalah nak menangis. 

Aku ni nampak je garang tapi sebenarnya hati aku mudah tersentuh. Hah...kan dah malu. Arrgghh cover muka tu. 

Aku tahulah sekarang tengah tertekan...emosi tak berapa nak stabil.  

p/s: layan je la ya. 

Post sekali harung

Selalunya bila aku kekeringan idea nak tulis blog, aku akan layan lagu Francissca Peter dulu. Best wooo layan lagu Fran ni. Untuk pengetahuan semua, aku mula suka Fran semenjak dia berduet dengan Roy lagi. Boleh dikatakan aku tahu semua lagu Fran. Hehehe...

Ok aku tahu aku dah lama tak update blog. Kawan aku pun dah mula tanya bila lagi nak update blog. Nantilah..belum dapat ilham lagi. Aku tengok sekarang dah mula jarang aku update blog. Kerja kat opis makin banyak, melayan kerenah boss  dan banyak lagi. Waaah Junaidah dah mula tunjuk toncang. Amboi banyak cantik muka kau. Baru kerja beberapa bulan dah tunjuk belang. Aku perasan Junaidah suka sangat menyampuk cakap kalau aku tengah borak dengan kawan. Nak je aku sound, "ada aku tanya kau ke? yang kau nak sibuk-sibuk tahu pasal kami, apa hal?" Entahlah..aku memang tak boleh nak kerja dengan dia. Ada sekali boss minta aku kerja dan minta pendapat daripada Junaidah. Aku nak kerja dengan dia? No way man!!! 

Petang tadi ada kawan minta aku ganti tempat dia untuk perlawanan bowling pada 16 Oktober. Aku tak pandai mainlah. Malah aku pernah dinobatkan sebagai Ratu Longkang masa pertandingan bowling dulu. Malu seh! Nak buat macamana, dah tak cukup orang nak main. Kalau tak cukup pemain terus batal penyertaan. Hah..kan dah malu. Untuk tidak menghampakan harapan Kumpulan Merah, aku joinlah. Kalau aku dok main masuk longkang, jangan marah ya. Aku dah pesan awal-awal tau. So wish me the best of luck. Mana tahu Kumpulan Merah boleh jadi juara nanti. Betul tak? Hehehe..aku tak berani nak komen apa-apa. Tunggulah bila tiba waktunya. 

Sekarang ini ada promosi AirAsia. Memanjang ada promosi tapi bila aku check dengan tarikh yang aku ok, tak dapat pula harga murah. Habis tu macamana? 


Ayah ada ajak aku melancong ke Australia. Memanglah ayah boleh sponsor tiket tapi belanja sepanjang kat sana, siapa nak bayar? Bonus tahun ini tak tahu lagi bila nak dapat. Tak syoklah kalau jalan-jalan masa duit tak ada. Alang-alang jalan, biar semua ada, baik dari segi fizikal, mental dan kewangan! 

Untuk tahun 2011, aku belum plan lagi nak ke mana-mana. Semua kena tangguh dulu. Biar semua dah ok, baru boleh fikir.  Tak elok buat keputusan terburu-buru, nanti apa yang plan semua tak jadi. Hajat di hati, biar setiap tahun ada pergi mana-mana. Untuk tahun 2010, aku dah lepas ke Bandung dan Jakarta. 1 tahun punya plan beb. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. 

p/s: sekarang ini asyik nak makan sahaja. makin comel la..

Tuesday, October 5, 2010

Mini jamuan raya

Hari ini ada buat makan-makan kat rumah. Cuma jemput beberapa orang kawan opis untuk menjamu selera. Dah lama kawan opis ajak aku buat makan-makan di rumah tapi asyik tak berkesempatan sahaja. Aku tak lah masak grand pun..masak yang simple-simple je. Yang penting sedap ok. Tak sempat nak ambil gambar sebab lapar sangat so inilah menunya:

  • air anggur
  • spaghetti 
  • drummet 
  • coklat sebagai pencuci mulut

Aku sengaja tak jemput Junaidah sebab aku malas nak layan dia. Boleh tak? Hahaha..

Bulan syawal ada tinggal beberapa hari  dan masih ada lagi jemputan rumah terbuka. Hari lusa ada jamuan raya kat opis. Tak pasti lagi nak masak apa. Hajat hati nak buat macaroni and cheese..senang je nak buat. Main gaul-gaul je. Ada idea lain?? Boleh kita kongsi sama-sama?

p/s: asyik ada jemputan jamuan raya sampai tak sempat nak puasa 6. 

Monday, October 4, 2010

Lega rasanya


I feel free at last!

Alhamdulillah..

Final exam dah lepas. Rasa lega sangat sebab semua dah selesai buat sementara waktu. Bolehlah aku rehat sekejap dan kasi tenang dulu fikiran aku ini. Komen aku pasal exam baru-baru ini? Setakat ini semuanya ok walaupun study last minit (bayangkan paper hari ini aku mula baca pagi tadi). 

Yang penting sekarang, kerjasama antara kawan-kawan seangkatan memang banyak membantu. Sanggup buat kelas tambahan dan ajar untuk lebih faham. I appreciate it so much. Di sini aku ingin mengambil kesempatan kepada classmate aku yang banyak membantu terutamanya kepada Mr. X. Yeaah! Jasamu memang sentiasa diingati. 

Sekarang, aku boleh tarik nafas lega dulu. Hari esok ada azab lain menunggu. 

p/s: ada lagi 3 semester. tak sabar rasanya..

Saturday, October 2, 2010

Post pendek sahaja


Entry kali ini pendek sahaja sebab sekarang dalam keadaan tertekan. Pukul 2 petang nanti aku ada final exam untuk sabjek Decision Analysis tapi satu benda tak baca lagi. Wish me the best of luck. 

p/s: harap-harap exam kali ini pass

Friday, October 1, 2010

Semakin hari semakin benci

Semakin lama aku kerja kat opis, semakin lama aku naik menyampah dengan boss aku. Baru-baru ini, aku rasa sangat tertekan dengan boss sebab banyak kerja nak kena selesaikan. Dahlah tu, boss aku gelabah tak tentu pasal hanya kerana perkara kecil. Geram tau! 

On top of that, dia siap call aku konon nak beritahu workplan dia. Apa yang patut kita lakukan selepas ini dan kena rancang awal untul projek seterusnya. Wahai boss, kerja sekarang tak siap lagi..kau nak plan macam-macam pula. Cuba sabar boleh tak? Dahlah tu..boss aku bagi arahan macamlah aku tak tahu nak buat kerja. Dekat 4 tahun aku kerja kat situ, apa lagi kau mahu?

Muka bengang dapat call daripada boss..Don't make fun on me ok. 

Sepanjang dia call aku, aku malas nak beri apa-apa respond. Cuma sekadar hmmm..ya..ok. Lama gila beb dia cakap. Mahu dekat 1 jam rasanya boss aku bebel dalam telefon. Aku siap minum milo dan makan biskut dulu. Sambil-sambil tu aku siap surfing kat internet. Nasib baiklah dia tak nampak aku dok buat isyarat lucah kat meja aku. Hahaha!

Sebenarnya tak ada masalah dengan kerja yang aku buat tapi bila boss campurtangan, itu yang buat kelam kabut. Lebih-lebih lagi kalau dapat boss macam aku tu. Panic tak tentu pasal. Aku pun tak tahu macamana orang boleh lantik dia jadi boss. Dahlah kerja dia, banyak staff dia yang buat. 

Sekarang department aku semakin kurang sebab ramai yang dah berhenti kerja. Kalau dapat boss ok, aku rasa ramai akan stay. Sayang, rata-rata yang berhenti kerja adalah staff senior yang memang mahir dengan kerja sekarang. Aku? Biar aku stay sampai habis MBA dulu. Plan seterusnya kena tunggu dulu. InsyaAllah rezeki ada di mana-mana. 

p/s: kenapalah boss masih tak sedar yang ramai tak suka dia?