Showing posts with label Batu Pahat. Show all posts
Showing posts with label Batu Pahat. Show all posts

Saturday, July 30, 2011

Aktiviti cari makan

Baru balik dari trip yang tak dirancang. Nak tau aku ke mana? Aku ke Batu Pahat dan kebetulan pula adik aku ada meeting kat UTHM. Alang-alang tak ada apa nak buat, aku pun ikut sekali ke sana. Sambil-sambil tu bolehlah sekali jalan-jalan cari makan. Betul tak?

Sementara adik aku meeting, aku dan rombongan Cik Kiah yang terdiri daripada adik bongsu, adik ipar, Sara dan Hadi jalan-jalan sekitar Batu Pahat. Tahun lepas aku ada buat trip jalan-jalan cari makan di sana. Siapa ingat lagi? Ok...cuba imbas kembali trip aku ke Batu Pahat kat sini. 

Serba sedikit mengenai UTHM:

Sejarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bermula pada 16 September 1993 dengan penubuhan Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP), yang bertujuan melahirkan dan melatih tenaga pengajar yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam pelbagai bidang kejuruteraan untuk sistem politeknik di negara ini.  (sumber daripada laman web UTHM)

Sempat lagi ambil gambar sekitar UTHM. 







Lepas adik aku selesai meeting, misi seterusnya adalah mencari mee racun yang sangat terkenal di Batu Pahat. Agak mencabar juga nak mencari sebab kebetulan banyak kedai yang tutup. Akhirnya, kami jumpa juga gerai yang menjual mee racun.

Adik aku ambil mee racun biasa harga RM3.50.

Aku ambil mee racun special 1 harga RM5.00.


 Depan kedai mee racun.


Kedai mee racun yang terletak di Jalan Rotan Tungal, sebelah 
dengan masjid dan berdekatan dengan Carrefour.

Bagi aku, mee racun rasanya biasa je..kombinasi rasa mee bandung dengan mee rebus dan kalau ambil mee rebus special ada letak gear box sekali. Aku boleh bagi 3 bintang daripada 5 bintang. Servisnya agak slow sebab mee racun ini bukannya dimasak sekali banyak. Kena tunggu sekejap untuk makanan disediakan. Siapa ingin mencuba, silalah cuba. 

Rancangan asal nak bermalam di Batu Pahat tapi tak jadi. Seterusnya kami meneruskan perjalanan makan makanan laut di Alai, Melaka. 

Ikan siakap bakar

Udang masak butter

Pahat sweet sour

Sotong goreng tepung.

Komen aku? Sotong goreng tepung agak masin sedikit dan lauk yang lain rasa  oklah. Harga? Untuk makan lauk tadi dengan otak-otak 40 keping dan air tembikai 1 jag ialah RM130. 

Aktiviti seterusnya? Bila perut dah kenyang, baliklah jawabnya. Hehehe...

p/s: ramadhan dah tiba. selamat berpuasa!

Tuesday, July 27, 2010

Jalan-jalan cari makan

Ok seperti yang dijanji semalam, aku akan berkongsi cerita trip ke Batu Pahat baru-baru ini. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Bandar Baru Bangi ke Batu Pahat. Misi ke Batu Pahat adalah untuk jalan-jalan cari makan yang masyhur di sana. 

Alhamdulillah sepanjang perjalanan ke Batu Pahat berjalan dengan lancar. Macam tak percaya aku boleh bawa kereta jauh. Kalau tak cuma bawa kereta dari rumah ke opis. Boleh katakan aku telah mencipta sejarah sendiri. Yeaaah! 

Sampai di Batu Pahat, kami bermalam di Hotel Pelican yang menawarkan harga RM128 untuk semalam termasuk breakfast untuk 3 orang. 


Hotel Pelican. 

Kami mengambil bilik Grand Deluxe. Ada 1 katil queen dan 1 katil single. 

Pemandangan dari bilik.

Pekan Batu Pahat lagi. 

Masa sampai di Batu Pahat, memang tengah lapar. Apa lagi, terus cari tempat makan dan Chika telah bawa kami makan di Nasi Beriani Mat Shah yang terletak berdekatan dengan hotel kami. Perut tengah lapar dan makan pun sedap, memang makan tak pandang kiri kanan langsung. 


Lepas makan, Chika bawa jalan-jalan sekitar pekan Batu Pahat. 


Monumen di Batu Pahat. 

Majlis Perbandaran Batu Pahat. 

Tak lupa juga bawa kami merasa cendol yang sangat terkenal di Batu Pahat. Katanya rasa cendol di kedai ini tak berubah semenjak 60 tahun yang lalu. Hebat kan? 

Tuan punya kedai cendol. 

Cendol yang enak. 

Lepas asar, aktiviti jalan-jalan cari makan seterusnya ke Sate Jeng Kuan. Sebelum ini aku cuma merasa sate Samuri tapi bila aku makan sate Jeng Kuan, aku rasa sate Jeng Kuan lagi sedap. Dahlah murah cuma 40 sen secucuk dan  rempah dan rencah sate memang betul-betul rasa. 

Gerai sate. 

Pilih sahaja nak makan sate apa tapi aku suka makan sate daging. 

Sate dengan ketupat, kombinasi yang best. 

Selesai makan sate Jeng Kuan, tempat seterusnya ke Danga Bay, Johor Bahru. Jauh juga nak ke sana. Dari Batu Pahat ke Johor Bahru mengambil masa dalam 1 jam lebih. Apa yang ada di Danga Bay? Macam-macam ada. 

Ada funfair. 

Mini Zoo. 

Keretapi pun ada. 

Lama tak main tikam-tikam. Kena beli token baru boleh main. 

Ada kapal. 

Lepas jalan-jalan di Danga Bay, aktiviti makan lagi. Hehehe..kalau stay sana lama-lama mahu, makin bulat aku dibuatnya. Aku tak pasti apa nama tempat makan tu tapi tempatnya berdekatan dengan Menara Jam. Menu kami adalah: 

Siput masak lada. 

Sotong goreng tepung. 


Air lai chee kang. 


Tauhu bakar. 

Ada banyak lagi sebenarnya tapi aku tak sempat nak ambil gambar. Terlalu kusyuk menikmati hidanganlah katakan. Hehehe. 

Lepas makan, terus balik ke Batu Pahat. Aktiviti seterusnya? Sudah kenyang, tidurlah jawabnya. 

Pada hari esoknya, lepas check out dari hotel, singgah sekejap beli murtabak di Restoran Noor. Yang istimewa pasal murtabak ini, dalam murtabak ada murtabak. Satu lagi makanan yang terkenal di Batu Pahat. 

Inilah tempat murtabak yang terkenal itu. 

Steady je abang ni masak murtabak. 

Harga ikut saiz. 

Yang ini saiz besar, RM10 sekeping. 

Tak lupa juga singgah beli kerepek. Pilih sahaja kerepek apa yang mahu. 

Mari kakak, beli kerepek. 

Sekejaplah, aku nak pilih kerepek ni. 

Sebelum meneruskan perjalanan balik, singgah sekejap di Ayer Hitam, tempat membeli-belah pasu atau barang-barang perkahwinan. Aku tak beli apa-apa sekadar untuk mencuci mata sahaja. 

Trip ke Batu Pahat, memang best. Makan sedap dan murah. Insyaallah kalau ada rezeki, nak ke sana lagi tapi bila ya? 

p/s: masih terasa lagi keenakan sate Jeng Kuan. 

Sunday, July 25, 2010

Jalan-jalan di Batu Pahat

Aku baru sahaja balik dari Batu Pahat. Projek jalan-jalan cari makan di sana. Alhamdulillah..makan sangat mewah. Untuk pengetahuan semua, ini adalah kali pertama aku menjejak kaki di Batu Pahat. 



Batu Pahat mendapat nama dari 'batu yang dipahat' yang berkait dengan serangan askar Siam pada abad ke-15. Kalau sampai di Batu Pahat, pasti akan jumpa monumen ini. 


Insyaallah aku akan update blog aku trip ke Batu Pahat secepat mungkin. Tunggu ya!

Terima kasih kepada Chika, our tour guide di sana. Jasamu sentiasa dikenang. Kalau ada rezeki, aku akan ke sana  lagi. Nak cari sate Jeng Kuan. Sedap beb. 

p/s: asyik makan sahaja, sampai sendat perut aku dibuatnya. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails