Showing posts with label Kuching. Show all posts
Showing posts with label Kuching. Show all posts

Tuesday, March 28, 2017

Kuching, Sarawak - tempat menarik

Sebenarnya kalau nak diikutkan memang banyak tempat menarik di Kuching. Terutamanya bila dapat pandu sendiri, lagi bebas ke mana-mana. 

Salah satu tempat yang sempat dilawati adalah Serikin. Nak tahu apa yang istimewa di Serikin? Ada pasar yang menjual pelbagai barangan tempatan dan untuk pengetahuan semua, pasar Serikin dibuka pada hari Sabtu dan Ahad. Jadi kalau ada rancangan ke sana, pastikan sampai pada hari tersebut.

Tak sempurna kalau tak beli kain. 

Biskut Gery yang viral. Aku beli dengan harga RM44 sekotak yang ada 20 bungkus. Rasanya sini lagi mahal kan? 

Dalam perjalanan balik ke Kuching sempat singgah ke Wind Cave dan Fairy Cave. Singgah sekejap sahaja sebab hujan. Sempatlah ambil gambar buat syarat dah sampai. 

Wind Cave.



Fairy Cave. 

Di Kota Samarahan, aku sempat jalan-jalan masuk UNIMAS. Perasan nak jadi pelajar balik. Nasib baik tak kena tahan. Hehehe..


Ada rupa pelajar UNIMAS tak? 

Yeaah UNIMAS. Here I come. 

Terdapat jeti feri di Kota Samarahan dan pengangkutan feri masih lagi berfungsi untuk sampai ke sebarang sungai. 





Bila tiba di Bandar Kuching, jangan lupa untuk mencari replika kucing. Aku dapat jumpa 3 replika kucing yang terletak berdekatan antara 1 sama lain. Seronok aku bila dapat jumpa replika kucing ni. 

Dekat Jalan Chan Chin Ann. 

Berhadapan Hotel Grand Magherita. 

Dekat Waterfront. (jauh sebab ambil gambar dalam kereta) 

Selain daripada itu, bolehlah cuba untuk menaiki cruise yang mengelilingi Sungai Sarawak. Tiket untuk menaiki cruise adalah RM130 seorang tapi aku dapat diskaun bayar RM125 sebab beli awal. Cruise hanya berjalan sekali sehari pada pukul 5.30pm. 


 Kapal cruise


Tingkat atas kapal cruise. Dinasihatkan datang awal untuk dapatkan tempat yang menarik. 

Disajikan dengan kek lapis dan air oren sepanjang perjalanan. 


Masjid Negeri Sarawak.  

 Astana. 


Dewan Undangan Negeri Sarawak. 


Kapal-kapal nelayan. 

Bersama-sama penari membuat persembahan tarian tradisional Sarawak. 

Jangan lupa untuk membeli ole-ole dari Sarawak. Apa lagi kalau bukan kek lapis dan ikan terubuk masin. Memang berbaloi beli sebab murah dan sedap. Nasib baik masa beli tak lebih muatan. Kalau tak, berpeluh ketiak nak bayar nanti. Fuuuh lega! 

Adik manis jual kek lapis. 

Itu sahaja cerita trip di Kuching. Trip main redah je tanpa ada apa-apa itinerary. Bila penat jalan, balik hotel bantai tidur. Sempoi habis trip kali ini. Yang penting aku gembira di Kuching. Lepas ni boleh buat lagi kan? 

p/s: bulan depan dah tunggu 1 trip. ke mana? tunggu! 

Monday, March 27, 2017

Kuching, Sarawak - syurga makanan

Untuk tahun 2017 dimulakan dengan trip ke Kuching selama 4 hari 3 malam. Trip dalam Malaysia dulu bagi warm up sebelum melangkah lebih jauh. Dahlah trip ke Kuching adalah trip last minit yang dirancang kurang daripada 1 bulan. Tak seperti trip sebelum ini yang mengambil masa berbulan-bulan. 

Trip ke Kuching kali ini lebih kepada jalan-jalan santai sambil menikmati makanan tempatan. Sepanjang aku berada di Kuching, aku menginap di Hotel Grand Magherita. 

Bilik di Hotel Grand Magherita. 

Pandangan daripada bilik. Boleh nampak Sungai Sarawak. 

Untuk explore Kuching, aku telah mengambil kereta sewa dan pandu sendiri. Sesiapa yang ada rancangan ke Kuching nanti, boleh hubungi Cikgu Halid (012-8871250). Servis memang baik dan yang best dapat kereta Axia baru. Harga pun boleh tahan, bayaran dikenakan adalah RM300 untuk 4 hari 3 malam. 

Kali ini aku rasa tak perlulah aku cerita terlalu terperinci sebab ini adalah trip ulangan dan kalau tak salah aku ini adalah trip kali ketiga. Aku cuma highlight yang penting sahaja dan manalah tahu boleh jadi rujukan kepada yang berminat ke Kuching nanti. Ok tak? Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh sahaja emel kepada aku. 

Kuching memang tempat terbaik untuk makan makanan laut. Boleh katakan tiap-tiap malam aku akan ke Top Spot untuk makan makanan laut. Kebetulan pula, malam sebelum aku sampai rupa-rupanya PM Dato' Sri Najib dah datang. Lokasi Top Spot tak jauh pun dari hotel. Kalau jalan kaki, dalam 10-15 minit dah sampai. 

Sayur pucuk midin goreng belacan. Wajib cuba. 

Udang masak butter. 

Umai obor-obor dengan umai udang. 

Oyster pancake. 

Jangan lupa juga untuk mencuba makanan tempatan di Kuching.

Laksa Sarawak. 

Aiskrim gula apong. 

Teh 3 lapis. 

Cerita selanjutnya, aku akan kongsikan ke mana aku pergi sepanjang berada di Kuching. Sempat lagi aku menyamar jadi pelajar Unimas. Perasan muda lagi tapi tak sedar diri umur dah tua. Hahaha! 

p/s: makanan laut dahlah sedap, murah pula. terbaiklah! 

Friday, October 16, 2009

Trip to Kuching - third day

Serikin

Hari ketiga di Kuching ke Serikin. Entah macamana dalam last minit aku boleh dapat idea nak ke sana. Orang kata, alang-alang sampai ke Kuching, harus ke Serikin.

Bandar Serikin taklah besar mana tapi ia adalah syurga beli-belah. Serba sedikit pasal bandar Serikin, ia terletak sempadan antara Kalimantan dan Malaysia. Kalau nak shopping di Serikin, kena datang Sabtu dan Ahad. Hari lain tak dibuka untuk menjual. Rata-rata yang menjual di Serikin daripada orang Indonesia.
Kalau kat sini, lebih kurang macam ala ala Bukit Kayu Hitam di Kedah. Banyak gerai yang jual macam-macam. Sebut je apa nak, semua ada kain telekung, tikar, mangkuk kristal, langsir dan banyak lagi! Cuma sediakan wang yang secukupnya untuk membeli.



Ke Serikin, aku ambil pakej 1 hari dengan bayaran RM250 termasuk kereta, driver dan minyak. Terima kasih kepada Lina yang sudi menjadi guide kami sepanjang hari dan sabar melayan kerenah kami. Trip ke Serikin bertolak pukul 8.30 pagi dari hotel dan sampai ke destinasi lebih kurang pukul 10.30 pagi. Awal-awal lagi dah pesan, makan banyak-banyak sebab nak kena jalan jauh! Apa lagi, aku kasi bantai makanlah.



Bila sampai Serikin, tak plan pun nak beli apa-apa sebab tak ada apa yang menarik perhatian aku. Dahlah pergi lepas raya, so temptation nak beli tu tak ada sangat sebab duit habis masa raya. Habis 1 round aku jalan tapi jalan dok lenggang kangkung lagi. Kalau ada beli pun cuma beli buah salak, udang kering dan ole-ole sikit balik opis.

Adik aku lah bagi idea, takkanlah tak beli apa-apa. Dahlah pergi jauh-jauh dan bayar mahal. Rasa rugi pulak tak beli. Ok ok...alang-alang kan?? Betul juga tu. Hmm beli apa ya? Terus aku nampak ramai orang jual tikar kat depan jalan masuk. Pakat dengan adik ipar beli tikar sama-sama.

Hasil tangkapan kami? Dapat 2 tikar saiz 7'x8' dengan harga RM200. Aku kira oklah tu. Itu dah habis aku tawar dengan cakap Sarawak celup. Bila dengar balik, aku ni cakap apa? Cakap Sarawak ke Siam? Bantailah labu! Malas nak beli yang besar sangat sebab takut tak muat nak letak kat rumah dan ditambah pula corak yang saiz besar tu tak berapa menarik perhatian aku.



Kilang pasu dan lada hitam



Lepas makan tengahari (aku tak ingat apa nama tempat tu), Lina bawa ke kilang pasu. Belilah 2-3 pasu termasuklah kawan aku pesan 1 pasu. Orang kedai tu dah biasa agaknya sebab siap bungkus dalam kotak masuk dalam kargo. Confirm tak pecah. Singgah kejap kat kedai lada hitam. Belilah sikit lada hitam dan lada putih. Aku ada nampak dalam kedai ada jual kacang ma yang selalu kawan aku, Lilly ceritakan kat aku dalam blog dia. Tak berani nak cuba...so aku tak belilah.

Kedai kek lapis Dayang Salhah



Aku dah lama survey pasal kek lapis Dayang Salhah ni. Makcik aku cakap, yang membuatkan kek lapis Dayang Salhah ni masyhur bukan sahaja rasanya sedap tapi marketing strategy yang bagus. Marketing strategy yang dipakai ialah, harga jualan kek lapis tidak mahal. Kalau mahal, siapa nak beli? Bayangkan 1 kek lapis besar tu, dipotong kecil buatkan pelanggan mudah untuk beli. Bila dah harga murah, banyak lagi pilihan yang boleh dibeli. Penting tu!

Sebelum nak buat keputusan nak beli kek lapis apa, ada sample kat ruang tamu. Makanlah sepuas hati..nak makan sample sahaja pun boleh. Manalah nak tahu kek mana yang sedap dan pilihan hati. Kan sayang je..bila kita dah beli tapi rasa tak kena selera. Betul tak?


Peringatan aku bukan nak ambil kesempatan nak promosi kek lapis Dayang Salhah tau.


Kedai depan Waterfront



Untuk beli ole-ole dibawa pulang, deretan kedai depan Waterfront memang banyak pilihan. Pilih apa sahaja yang berkenan di hati. Malas nak jalan jauh kita orang stop kat 1 kedai ni. Layanan diberi oleh tuan kedai tu memang first class. Pilih punya pilih..tak sedar kena bayar sampai RM490! Amik kau!

Aku dapat bayangkan sure senyum lebar sampai telinga tuan kedai tu bila dapat customer macam kita orang ni. Hehehehe..masyyuukkkk!!!!


Kampung Boyan


Kampung Boyan terletak di seberang Sungai Sarawak. Untuk sampai ke sana sama ada naik kereta atau bot tambang. Kalau nak naik kereta, jalan jauh tapi kalau naik bot tambang senang je. Tambang naik bot tambang cuma RM1 seorang. Kalau naik bot tambang sebelah siang cuma bayar 60 sen seorang.




Masa naik bot tambang, rasa diri aku ni macam giant! Apa taknya aku masuk sahaja, tenggelam dan habis goyang 1 bot! Kasihan pakcik yang bawa bot tu terpaksa tahan bot untuk mudahkan aku naik. Ampun ya!

Senyum tapi dalam hati takut


Kat Kampung Boyan ada jual macam-macam especially masakan laut. Aku tak larat nak makan sebab letih sangat berjalan seharian. Pikir nak tidur je. Hehehe..

Habis makan, aktiviti seterusnya apa lagi kalau bukan tidur!

Esoknya dah ready nak balik. Rasa kejap sangat kat Kuching.


p/s: I love Kuching..meeooww!

Wednesday, October 14, 2009

Trip to Kuching-second day

Minta maaf sebab lambat nak update blog. Banyak perkara yang berlaku kebelakangan ini sampaikan aku tak sempat nak update blog. Untuk tidak menghampakan harapan pembaca, aku nak teruskan cerita perjalanan ke Kuching baru-baru ni.

Semenggoh (pusat hidupan liar)

Hari kedua di Kuching mulakan dengan aktiviti ke Semenggoh. Tak plan nak ke san asalnya tapi makcik aku yang cadangkan ke sana. Kalau nak tengok orang utan secara live, boleh ke sana. Nasib baik hotel yang kita stay tu ada uruskan shuttle ke sana. Dia ambil RM35 seorang termasuk trip ke sana pergi balik dan tiket masuk.

Orang utan kat Semenggoh boleh dikategorikan separauh liar. Kebanyakan orang utan memang lahir kat Semenggoh. Kalau kita nak tengok orang utan, renjer yang bertugas beritahu supaya kita jangan terlalu dekat sebab mereka ini boleh serang manusia. Bahaya..ada banyak kes yang berlaku sampai mengakibatkan kecederaan teruk. Nak tengok pun, tak boleh bising-bising. Kalau nak cakap, kena cakap bisik-bisik.

Depan pintu masuk Semenggoh.

Posing lagi..

Nampak tak orang utan tengah gayut?

Close up orang utan.
Senarai orang utan yang ada kat Semenggoh. Tengok betul-betul ada yang lebih tua daripada aku.


Makan tengahari di Restoran Ayam Penyet
Tak jauh daripada hotel, ada kedai makan yang yang masyhur dengan nasi ayam penyet. Asal nasi ayam penyet adalah daripada Indonesia. Aku pernah cuba makan nasi ayam penyet kat Cyberjaya tapi kat Kuching lagi sedap. Lebih-lebih lagi ada orang belanja makan. Hehehe...

Muka kenyang. Peace!

Terima kasih En. Azhar. Belanja kami. Moga dimurahkan rezeki!

Ambil gambar ramai-ramai depan lobi hotel.
Kampung Budaya Sarawak
Lepas makan tengahari dengan En. Azhar, kita orang bergegas untuk trip ke Kampung Budaya Sarawak. Terletak jauh sikit dari bandar Kuching. Ambil masa dekat 1 jam perjalanan dari hotel ke Kampung Budaya. Tambang ke Kampung Budaya cuma RM75 termasuk tiket masuk.
Apa yang best kat sini, ditunjukkan kediaman suku kaum yang ada di Sarawak. Memang banyak tapi tak sempat nak explore semua sebab masa tak mengizinkan. Bayangkan kita orang sampai pukul 3 petang dan Kampung Budaya tutup pukul 4.45. Pukul 4 ada persembahan tarian dan pukul 5.15 dah nak balik.
Lalu jambatan gantung. Pengalaman sangat ngeri!

Posing depan Rumah Bidayuh.

Posing dengan makcik buat pua kumbu. Lebih kurang kalau kat sini macam nak buat songket. Nak siapkan 1 pasang kain pua kumbu ambil masa berbulan-bulan.
Buai laju-laju..apasal tak gerak ni???
Say cheese!!!

Alamak seksinya mamat sebelah aku ni. Perut kontrol bang...
Adik ipar aku cuba menyumpit. Susah wooo!!

Persembahan tarian yang ditunggu. Aku lupa nama tarian tu tapi mamat tu angkat lesung pakai gigi, hebat kan?

Yeaah..get ready nak angkat.

Berjaya angkat! Kalau aku yang angkat, mahu cabut gigi dibuatnya.

Acara terakhir..menari sama-sama dengan penari Kampung Budaya. Nampak tak Sara menari?

Menari dengan makcik dari Australia.

Sempat berkenalan dengan makcik Australia. Jumpa sama-sama naik 1 van ke Semenggoh dan jumpa balik kat Kampung Budaya Sarawak.
Burung apa ni?
Ambil gambar ramai-ramai depan pintu masuk Kampung Budaya Sarawak.

Makan malam di Top Spot
Penat berjalan seharian, makan malam di Top Spot. Kalau dari hotel cuma jalan kaki lebih kurang 10-15 minit sahaja untuk sampai. Ramai yang cakap kat sini memang terkenal dengan masakan laut. So ingat nak cubalah makan and my prediction is ok. Aku boleh bagi 4 bintang daripada 5 bintang. Cuma ada sikit masinlah. Agaknya tukang masak tu nak kahwin. Inilah makanan yang kami makan pada malam tu. Perrghh kenyang aku dibuatnya!
Sayur campur
Udang goreng tepung


Udang galah masak sweet sour

Ketam masak cili
Aktiviti seterusnya apa lagi kalau bukan tidur! Hehehe..rasa macam ular. Hari seterusnya trip ke Serikin. Tunggu sambungan kisah aku ke sana.
p/s: makan je..best best :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails