Showing posts with label Pulau Langkawi. Show all posts
Showing posts with label Pulau Langkawi. Show all posts

Friday, November 9, 2012

Keyword: Langkawi


Ramai betul yang cari maklumat pasal Langkawi kat blog aku. Rasa-rasa boleh jadi duta Langkawi tak? Hehehe..

p/s: I love Langkawi

Saturday, April 21, 2012

Maklumat mengenai Pulau Langkawi

Balik dari Pulau Langkawi, ada beberapa maklumat aku ingin kongsi bersama-sama:

  • Dataran Lang yang sohor dengan patung burung helang yang besar tu dalam proses pembinaan. Dijangkakan siap pada bulan Julai 2012. Tak dapat nak buat posing ala-ala  titanic. Hehehe..
Mercu tanda di Pulau Langkawi.

  • Kalau nak beli barang-barang gamat dengan harga murah, sila beli di gerai di luar Makam Mahsuri. 
  • Jangan lupa beli kuih karas. Kuih karas selalunya banyak dijual di Kedah dan Perlis. Sedap kalau makan dengan air teh panas. 
Inilah rupanya kuih karas. 

  • Jangan risau untuk ambil gambar kenangan di Cable Car. Ada jurugambar sedia menanti untuk ambil gambar. Cuma sediakan wang RM35 untuk sekeping gambar yang diletakkan bersama-sama dengan album. Memang cantik untuk dijadikan tanda kenangan di Pulau Langkawi. (aku tak ambil pun, bajet tak cukup)
Awek jurugambar siap sedia untuk ambil gambar dalam cable car.

Aku rasa itu sahaja maklumat yang boleh aku kongsi setakat ini. Kalau ada tambahan maklumat, nanti aku update. Apa lagi, mari jalan-jalan ke Pulau Langkawi. Tak rugi beb!

p/s: sesiapa nak itinerary di Pulau Langkawi, boleh minta kat aku. 

Thursday, April 19, 2012

Melancong ke Pulau Langkawi 14-16 April

Aku tak pasti dah berapa kali aku ke Pulau Langkawi. Kalau tak salah aku mahu dekat 10 kali rasanya aku ke sana. Ramai orang dok tanya kenapa aku suka sangat pergi Pulau Langkawi? Aku suka sebab tempatnya aman  dan damai. Penduduk dia baik dan peramah. Tak ada alasan kenapa aku tak boleh suka dengan Pulau Langkawi. Dah memang aku suka ke Pulau Langkawi. (rasa-rasa ada harapan tak nak jadi duta Pulau Langkawi?)

Ok.. back to the trip. Trip ke Pulau Langkawi pada 14-16 April. Sekejap je ke sana untuk lepaskan rindu. Trip kali ini aku pergi berdua dengan adik bongsu aku. Sepanjang berada di Pulau Langkawi, kami menginap di Fave Hotel. Hotel ni baru je beroperasi pada November 2011. Baru juga lah hotel ni. 

Fave Hotel yang terletak di Pantai Chenang. 





Rekaan hotel yang moden dan simple. 


Tak ada almari dan peti sejuk. Penggunaan perabot yang sangat minima dan bilik yang compact. 

Ambil kereta nissan latio dengan kadar sewa RM100/malam. Bila lagi nak rasa bawa kereta macam ni?

Hari dah malam, kena cari tempat makan dulu. Di kawasan Pantai Chenang ni, aku suka makan kat kedai Hj. Ramli dari dulu lagi. 




Pilih sahaja apa yang berkenan di hati. Ada ketam, udang, sotong, ikan dan banyak lagi. 

Hari kedua, destinasi seterusnya adalah ke Cable Car. Aku dah naik 4 kali rasanya. Masa mula-mula naik gayat juga tapi lama-lama oklah. 

Bayaran masuk RM12 seorang untuk pemegang Mykad. 

Ramai juga yang nak naik cable car. Beratur dulu ya. 

Cable car dah sampai. 

Pemandangan dari dalam cable car. 

Dah nak sampi ke kemuncak. Tebalnya kabus. 

Kalau hari cerah, boleh nampak macam-macam.

Sayang..masa kami sampai kabus sangat tebal. Tak nampak apa-apa kat atas. 

Muka orang yang sangat sedih tak dapat nak tengok apa-apa. :(

Jangan tak tahu, ada peti surat kat puncak cable car. 

Destinasi seterusnya ke Tanjung Rhu. Antara banyak-banyak pantai di Pulau Langkawi, pantai paling cantik terletak di Tanjung Rhu. Lagi best kalau dapat minum air kelapa (orang Langkawi panggil ayaq nyoq) dengan laksa. Memang terbaik!!!

Rasa nyaman berada di sini sambil ditiup angin. Perrggh! Layan beb. 

Selain daripada pemandangan yang cantik, Pulau Langkawi juga adalah tarikan membeli belah. Kakak-kakak dan makcik-makcik boleh jadi gila tengok pinggan mangkuk dan periuk dijual dengan harga murah. Memandangkan tujuan aku ke Pulau Langkawi bukanlah nak shopping, aku cuma tengok gelagat mereka sahaja. 

Jangan lupa singgah ke Idaman Suri terletak di Kuah. Syurga membeli-belah. Bangunan dia dah besar!

Hasil tangkapan di Kuah. (ini kau cakap tak plan nak shopping?) Hahaha!

Hari ketiga lebih kepada aktiviti santai. Lepas check out, kami round-round 1 Langkawi sebab flight balik ke LCCT pukul 10.40 malam. 





Masa aku round-round, aku discover 1 tempat yang aku anggap bersejarah. Nak tahu apa dia? Ia adalah peninggalan jalan yang dibina daripada marmar asli. Aku tak pasti tempat dia di mana tapi dekat-dekat dengan Makam Mahsuri. Ada dibiarkan sedikit jalan asli untuk makluman orang ramai. Ooohh inilah rupanya jalan asli sebelum tar. Kalau tengok dekat-dekat boleh nampak perbezaan jalan asli dengan jalan tar.  



Pukul 8.30 malam dah berada di airport. Siap sedia untuk balik Bangi. Apa yang aku dapat katakan, trip kali ini memang rileks. Terus terang aku tak buat apa plan nak ke mana sepanjang berada di sana. Tak seperti trip sebelum ini, memang plan punyalah lama siap boleh susun nak ke mana. Balik dari Pulau Langkawi, rasa tenang je. Cewaaah! Flight sepatutnya bertolak pukul 10.40 malam tapi lewat. Aku tak pasti pukul berapa bertolak, tahu-tahu sahaja sampai di LCCT pukul 12.20 malam. Mata dah mengantuk. Sampai rumah terus tidur!

p/s: next trip? to Singapore baby!

Tuesday, April 17, 2012

500 blog post

Minta maaf banyak-banyak. Agak lama juga aku tak update blog aku. Banyak perkara yang berlaku sampaikan tak sempat nak update blog. Aku batuk lama dan alhamdulillah batuk makin berkurangan. Musim batuk dan demam sekarang. Ke mana-mana aku pergi ada sahaja yang batuk dan demam. 

Oh ya, aku baru je balik dari Langkawi semalam. Nanti aku akan cerita serba sedikit perjalanan aku di Langkawi. Boleh tunggu kan? Mari aku kongsi sedikit gambar di Langkawi. 


Di LCCT dengan beg besar. 

Di puncak cable car.

Pantai Chenang.

Baru aku perasan. Rupa-rupanya ini adalah post yang ke-500 sepanjang aku berkecimpung dalam dunia blog ni. Waaah! Not bad at all. Terima kasih kepada semua yang berada di mana-mana sahaja yang sudi singgah dan baca blog aku ini. 

Tepuk-tepuk tangan. Yeaah!!

p/s: rasa muka gelap semacam kena sunburn.

Saturday, June 27, 2009

Langkawi trip day 2

Trip naik bot
Hari kedua trip di Langkawi plan nak naik boat. Sebelum ni aku pernah naik bot tapi itu semua yang kawasan selatan. Kalau sebelum ni, cuma pergi ke Pulau Dayang Bunting dan Pulau Beras Basah. Kali ni aku nak tukar selera..aku plan nak menerokai hutan paya bakau. 


Nak ke sana, kita orang ambil bot kat Tanjung Rhu yang terletak di utara Pulau Langkawi. Juah juga dari hotel. Tak salah aku, ambil masa hampir 40 minit nak sampai ke sana. Aku dapat maklumat ni pun daripada surf internet. Perjalanan naik bot ambil masa dalam 2-2 1/2 jam. Tempat yang dilawati ialah Gua Cerita, Gua Kelawar, ikan sangkar dan tengok helang makan. Memang berbeza dengan trip pulau sebelum ni. Anyway, kalau aku diberi pilihan, aku tak dapat nak pilih sebab aku suka dua-dua. Untuk first timer,aku nasihatkan pergi trip Pulau Dayang Bunting dan Pulau Beras Basah.
Get ready untuk naik bot. Hadi dah tak sabar nak naik.
Pokok paya bakau..yang hidup di air masin. Cuma minum air tawar yang ditapis melalui akarnya. Menarik kan??



Tempat peninggalan kawasan pembakaran pokok kayu bakau yang dijadikan arang.




Lagi gambar kat hutan paya bakau.


Get ready nak masuk Gua Cerita. Kata Pak Ngah (yang bawa bot), kalau air pasang tak boleh nak masuk. Nasib kami baik, masa tu air surut. Jadi bolehlah masuk.

Pemandangan dalam gua.


Rilek je Pak Ngah bawa bot. Kalau aku yang bawa, sure dah berpeluh ketiak aku dibuatnya.


Pak Ngah cakap bot ni pelancong asing yang punya. Sekali dia orang cuti, memang cuti lama sangat. Orang banyak duit lah katakan.


Singgah kejap kat sangkar ikan. Inilah rupa belangkas. Katanya sedap dimakan tapi aku tak tau lah sedap ke tak sebab tak pernah cuba.



Kat sangkar tu ada gak ikan pari. Memang manja dengan orang. Adik aku cuba bagi makan kat ikan pari. Suka tengok bila ikan pari tu gesel badan kat tangan tapi aku tak berani lah. Geli....



Singgah kejap Gua Kelawar.


Monyet ni nampak je baik tapi hati-hati mereka akan mengganas kalau nampak makanan.



Eagle feeding

Cuba tengok betul-betul. Itu adalah Pulau Kasut sebab rupanya macam kasut.



Makam Mahsuri




Orang kata, kalau kita cuci muka dengan air telaga Mahsuri ni, muka akan nampak berseri-seri. Habis basah si Sara tu. Hahaha...

Pekan Kuah
Tak sempat nak ambil gambar. Just singgah beli barang sikit. Aku pun sempat beli coklat. I love chocolate so much!

Lepas dinner kat Kedai Makan Hj Ramli, Pantai Chenang, kita orang pun tidurlah. Apa lagi perut dah kenyang, tidurlah..

p/s: sambung lagi hari ketiga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails