Showing posts with label Bandung-Jakarta. Show all posts
Showing posts with label Bandung-Jakarta. Show all posts

Saturday, June 19, 2010

Bandung-Jakarta Day 6

Hari terakhir trip Bandung-Jakarta. Selepas breakfast dan check out daripada hotel, terus ke Monumen Nasional (Monas). Monas adalah salah satu dari monumen peringatan yang didirikan untuk mengenang perjuangan rakyat Indonesia melawan penjajah Belanda. Memang luas Monas ni tak sempat nak explore semua. Kalau tak salah aku, keluasan Monas adalah 80 hektar! Luas kan? 

Di puncak menara boleh tengok seluruh bandar Jakarta. 

Cheese!

Sekitar kawasan Monas. 

Di Monas lagi.

Kami singgah di Monas dalam sejam sebab nak kejar flight pukul 2 petang dan untuk mengelak kesesakan jalanraya. Sampai di airport, hujan pula. Macam tahu aku sedih nak tinggalkan bandar Jakarta. Alhamdulillah sepanjang perjalanan kami di sana berjalan dengan lancar. Insyaallah kalau ada rezeki, boleh datang lagi. Terpaksalah aku simpan duit untuk next trip! 

Perjalanan dari Jakarta ke Kuala Lumpur mengambil masa 2 jam. Flight delayed dan bertolak dari Jakarta pukul 2.45 petang. Mendarat di LCCT pukul 6 petang.

Inilah dia kisah perjalanan aku ke Bandung-Jakarta selama 6 hari 5 malam. Apa yang boleh aku ringkaskan, semuanya best! Makan best, shopping best dan dapat pula driver yang sporting lagi cute. Terima kasih kepada Pak Taufiq dan Pak Dani yang sabar melayan kerenah kami. Hehehe.. 


Apa tunggu lagi? Kepada sesiapa yang berhajat bercuti ke Bandung dan Jakarta, diharapkan ini boleh menjadi panduan.

p/s: selamat bercuti!

Bandung-Jakarta Day 5

Hai..sambung lagi trip kami di Jakarta. Jakarta adalah sebuah bandar yang sangat sesak. Sangat berbeza dengan Bandung yang aman dan damai. 


Motor memang ada di mana-mana sahaja. 

Ini namanya bajaj. Boleh ke aku masuk ni?

Lokasi seterusnya adalah Mangga 2. Ini juga syurga kepada kaki shopping selain daripada di Tanah Abang. Pukul 9 pagi, kami dah sampai dan rata-rata kedai masih tak buka lagi. 

Banyak lagi kedai tak buka lagi. 

Di Mangga 2, operasi mencari beg sekolah Sara. Sara dah pesan awal-awal nak beg gambar Princess Ariel. Nak tahu rupa Princess Ariel?

Inilah rupa Princess Ariel yang Sara nak. 

Habis satu Mangga 2 aku cari beg Sara. Akhirnya aku dapat juga dengan harga Rp105,000 (RM39). Kawan-kawan aku yang lain masih meneruskan operasi shopping. Hajat di hati aku memang nak beli CD TV series contohnya Desperate Housewife, Grey Anatomy, Heroes, Prison Break dan banyak lagi tapi duit dah habis. Harga CD memang murah. Cuma Rp5,000 (RM2) sekeping dan untuk dapatkan semua set season Prison Break boleh dapat dalam harga Rp75,000 (RM28) sahaja. Murah kan? 

Aku tak berapa pasti sampai pukul berapa kami stay di Mangga 2 tapi aku dapat rasakan kawan-kawan aku dah nampak penat. Masing-masing nak habiskan baki duit Rupiah sebelum pulang ke Malaysia pada hari esoknya. Macam aku, duit Rupiah dah habis so mampu tengok sahaja apa yang mereka beli. Sampaikan aku dah ditugaskan untuk jaga hasil tangkapan shopping dan biarkan mereka shopping lagi. Hehehe..

Kalau nak ikutkan, lepas shopping di Mangga 2, nak ke Mall di Taman Anggerik. Kami dah surrender! Tak larat nak jalan lagi. Jadi, kami minta Pak Dani (driver kami masa di Jakarta) untuk bawa jalan-jalan sekitar bandar Jakarta. Pak Dani siap beritahu lagi kalau nak jumpa artis, selalu mereka akan shopping di Plaza Senayan. Memang tempat tu high class. Patutlah tak ramai orang kat situ. 

Masa di Kotatua Jakarta, nampak ada orang shooting. So aku pergilah tengok manalah tahu dapat jumpa artis Indonesia. Hampa..dia orang tak ada masa tu. Lupa nak beritahu, masa aku di Jakarta, bandar Jakarta sedang meraikan ulangtahun ke 483. Selamat ulangtahun Jakarta!

Kotatua Jakarta. 

Ramai orang tengok shooting. 

Kedutaan Malaysia di Jakarta. 

Sampai di hotel, siap-siap untuk packing. Esok nak balik Malaysia!

p/s: miss Bandung-Jakarta already.

Friday, June 18, 2010

Bandung-Jakarta Day 4

Hari ini mula perjalanan ke Jakarta. Sebelum bertolak ke Jakarta, singgah sekejap di Kartika Sari. Kedai Kartika Sari terkenal dengan jualan pelbagai kuih. Memang menjadi kebiasaan orang ke Bandung, tak akan lepaskan peluang untuk membelinya sebab kedai Kartika Sari cuma ada di Bandung sahaja. Jangan lupa membeli kuih yang terkenal iaitu pisang molen. Kuih pastri yang dalamnya ada pisang dan cheese. Sedap! Selain daripada membeli pisang molen, aku juga beli cheese roll dan kerepek pisang salai. 


Kedai Kartika Sari yang sangat terkenal di Bandung.

Macam-macam kuih ada. Pilih sahaja. 

Perjalanan dari Bandung ke Jakarta mengambil masa dalam 3 jam. Alhamdulillah sepanjang perjalanan kami ke Jakarta berjalan dengan lancar. Kebetulan masa kami ke Jakarta, orang Jakarta memang ke Bandung so jalan tak sesak sebab berlawanan arah. 

Next destination untuk shopping. 


Sampai di Jakarta, lokasi pertama adalah Tanah Abang. Tanah Abang lebih kurang macam Pasar Baru di Bandung tapi lagi besar. Tak salah aku ada 9 tingkat kedai dan beberapa tingkat lagi untuk parking. Besar kan? Masa kami sampai, dalam pukul 11 lebih jadi kami makan dulu. Lapar beb! Biar isi minyak dulu baru dapat jalan. Betul tak? 

Sup seafood

Sup tomyam tulang ikan

Lepas makan, kami teruskan buruan kami apa lagi kalau bukan kain ela. Hehehe..aku yang tak plan nak beli boleh terbeli sepasang kain. Tak lupa juga, aku beli tudung bawal plain. Harga sangat murah cuma Rp10,000 (RM3.70) sehelai. Apa lagi, aku terus borong 20 helai dengan pelbagai warna. Amik kau! 

Kawan-kawan aku yang lain masih teruskan buruan beli baju dan kain untuk dibawa pulang. Duit aku dah tinggal sikit so tak dapat nak buat apa-apa. 

Kalau nak dibandingkan Pasar Baru dengan Tanah Abang, aku lebih selesa pergi ke Pasar Baru sebab lebih luas taklah sempit macam Tanah Abang. Bayangkan..masa aku di Tanah Abang asyik berlaga bontot je bila orang nak lalu. Itu belum lagi keadaan panas dan penuh sesak. 

Pukul 4.30 petang keluar dari Tanah Abang dan terus check in di Hotel Alia Cikini. Rate satu malam cuma Rp345,000 (RM127). Tinggal di Hotel Alia Cikini taklah selesa macam di Rumah Ebo. Apa yang dapat aku sampaikan, cukuplah sekadar untuk lepaskan tidur dan mandi sahaja. 


Nama hotel yang kami tinggal di Jakarta.


Tak ada aktiviti lain selepas check in. Masing-masing masih penat lagi berjalan jauh dari Bandung ke Jakarta. 


p/s: sambung lagi aktiviti seterusnya di Jakarta. 

Bandung-Jakarta Day 3

Selepas makan pagi di Rumah Ebo, terus ke Pasar Baru, syurga kepada kaki shopping. Sebut apa sahaja, semuanya ada. Aku memang berhajat nak beli kain untuk raya dan telekung. Dinasihatkan untuk datang awal sebab Pasar Baru tutup awal dalam pukul  5 petang. Kalau datang awal, boleh borong banyak-banyak! Hehehe...


Muka yang penuh semangat untuk memborong. 


Pemandangan bandar Bandung dari Pasar Baru. 

Tak banyak bangunan tinggi di Bandung.

Pasar Baru mempunyai 7 tingkat dan kalau nak cari sesuatu memang senang sebab setiap tingkat cuma ada 1 jenis sahaja. Contohnya tingkat 2 untuk kain ela dan tingkat 1 untuk telekung. Kalau rasa lapar, boleh sahaja singgah di tingkat 7 ada food court yang menghidangkan pelbagai jenis makanan. 

Mari pilih kain. 

Punyalah cepat masa berlalu sampai tak sedar dah 5 jam berada di Pasar Baru. Bayangkan sampai pukul 9.30 pagi, pukul 2 petang baru keluar. Itupun rasanya tak cukup lagi nak beli. Kalau ikutkan hati aku nak borong lagi. Di Pasar Baru sahaja, aku dah belanja dekat Rp2 juta. Bila dah belanja macam tu, baru teringat Jakarta tak sampai lagi tapi duit nak habis. Padan muka! 

Lepas memborong di Pasar Baru, ke Toko Tiga yang terkenal dengan barangan jeans. Kat sini aku tak beli apa-apa. Sekadar tengok kawan-kawan aku sibuk membeli belah. 
Posing je..tak beli apa-apa. 

Seluar jeans pun ada. 

Next location, ke Factory Outlets di Jalan Riau seperti Heritage, Summit, Stamp dan banyak lagi. Rasanya tak lama kat sini sebab masing-masing dah penat dan lapar. Aku cuma beli baju untuk anak saudara aku sahaja. 


Antara Factory Outlets yang ada di Jalan Riau. 

Mana Pak Taufiq ni? Rasa tak larat nak jalan ni. 

Bila sampai di Rumah Ebo, masing-masing tunjuk hasil tangkapan. Inilah hasilnya. Lumayan tak???

Hasil tangkapan yang sangat lumayan. Amik kau!

p/s: esok ke Jakarta pula. 

Thursday, June 17, 2010

Bandung-Jakarta Day 2

Sepanjang berada di Bandung, aku tinggal di Rumah Ebo. Suasananya sangat aman dan damai seperti tinggal di rumah sendiri. Kalau nak booked kat Rumah Ebo, kena cepat-cepat sebab bilik yang ada sangat terhad. Nasib baik aku dah booked awal-awal dari tahun lepas lagi. 

Ratenya pun taklah mahal mana. Cuma Rp264,000 (RM 97) untuk hari biasa dan Rp345,000 (RM127) untuk hujung minggu. 

Pemandangan depan bilik.

Ada taman di tengah-tengah rumah. 

Siap ada kolam ikan. 

Depan Rumah Ebo. 

Aktiviti seterusnya, ke Tangkuban Parahu. Perjalanan ke sana mengambil masa dalam lebih kurang 1 jam dari hotel. 

Mengikut sejarah, Gunung Tangkuban Parahu dikaitkan dengan legenda Sangkuriang, yang dikisahkan jatuh cinta kepada ibunya, Dayang Sumbi. Untuk menggagalkan niat anaknya menikahinya, Dayang Sumbi mengenakan syarat kepada Sangkuriang untuk  membuat perahu dalam semalam. Usahanya gagal, Sangkuriang sangat marah dan menendang perahu itu, sehingga mendarat dalam keadaan terbalik. Perahu inilah yang kemudian membentuk Gunung Tangkuban Parahu.






Dengar cerita, di Tangkuban Parahu ini mempunyai gunung berapi yang masih aktif. Masa sampai sana, bau sulfur sangat kuat. 

Satu pesanan masa sampai di sana, terdapat ramai orang jual barang yang datang memujuk kita untuk membeli barang. Kalau tak berminat, beritahu sahaja yang kita tak berminat. Kalau mereka masih mendesak, tinggalkan mereka. 

Next destination, ke Ciater Hot Spring Water. Ada banyak kolam air panas dan kalau ada kesempatan boleh mandi di sana. Amat sesuai untuk legakan badan lenguh. 





Makan tengah hari di Kampung Daun memberi 1 pengalaman yang sangat indah. Dahlah tempatnya cantik dan makanan yang dihidangkan sangat sedap. Kalau dah habis makan, siap boleh baring-baring lagi tu. Hehehe..




Lepas makan di Kampung Daun, singgah sebentar di Ladang Strawberi. Kalau nak petik sendiri buah strawberi, kena bayar Rp20,000 (RM7.30). Dengan bayaran tersebut, dapat petik 10 biji plus 1 gelas jus strawberi. Aku tak nak petik cuma nak ambil gambar sahaja so kena bayar Rp15,000 (RM5.50) dan dapatlah aku 1 gelas jus strawberi. 




Tempat seterusnya ke Factory Outlets di Jalan Setiabudi. Aku pun tak berapa pasti berapa jam kita orang di sana. Sedar-sedar sahaja, hari dah gelap. Aku cuma beli wallet yang dah lama aku cari. Kawan-kawan aku yang lain, memang shopping gila sampai penuh tangan. 

Makan malam di Restoran masakan padang. Tak berapa ingat apa nama kedai tapi yang best masa makanan dihidangkan tak pakai dulang. Semua pinggan letak di tangan. Hebat kan? Memang menjadi kebiasaan makan masakan padang, lauk memang banyak dihidangkan tapi bayaran akan dikenakan mana yang kita ambil sahaja. Jadi jangan terkejut, kalau tiba-tiba banyak makanan dihidangkan. Bukan semuanya kita kena habiskan ya. 


Deretan makanan terhidang, pilih sahaja mana yang suka. 

p/s: sambung lagi aktiviti seterusnya pada hari ketiga. 

Wednesday, June 16, 2010

Bandung-Jakarta Day 1

Bertolak ke Bandung pukul 8.30 malam dan sampai sana pukul 9.30 malam (waktu Bandung lambat 1 jam). Tak ada apa-apa aktiviti masa sampai di Bandung sebab dah lewat. Kedai pun banyak dah tutup. 

Mari aku kenalkan inilah dia ahli kumpulan trip ke Bandung-Jakarta.


Hidangan pertama sampai di Bandung, nasi timbel. Sedap sangat.


Nasi goreng special.

Lepas makan, check in di Rumah Ebo. Perjalanan akan diteruskan pada esok pagi. Sekarang masa untuk tidur!

p/s: sejuk je..best tidur!

Thursday, June 10, 2010

Trip ke Bandung-Jakarta


Yeaaaahh!! Tak sangka hari ini aku akan ke Bandung-Jakarta. Kawan-kawan yang 1 group dengan aku akan sampai ke LCCT tak lama lagi dari Miri. Insya-Allah flight ke Bandung pukul 8.30malam dan sampai sana dalam pukul 9.35 malam. 

Preparation so far? 

Pasport dah ada.

Duit dah tukar. Aku sudah jadi jutawan!!!


Doakan semua berjalan dengan lancar. Bila aku balik nanti, aku akan update segala aktiviti aku kat sana. I'll be back on 15 June. So tunggu ya!

p/s: kenapa aku rasa berdebar-debar ya?

Friday, March 5, 2010

Itinerary Bandung-Jakarta part 2




Mari aku update itinerary Bandung-Jakarta kali ini. Ada sedikit perubahan berbanding itinerary yang sebelum ini. Aku tambahkan 1 malam di Jakarta dan kurangkan 1 malam di Bandung. 

Alasan? Aku nak explore Jakarta more! Daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, rata-rata beritahu aku yang jalan-jalan kat Jakarta lagi best. Lagipun aku dah 2 kali ke Bandung jadi keinginan nak ke sana, biasa-biasa sahaja. Sekadar nak temankan kawan-kawan aku jalan ke sana sebab dia orang kali  pertama ke Bandung. 

Kat sini aku nak kongsi bersama-sama itinerary baru aku:

DAY 1 (THURSDAY, 10/06/2010)  BANDUNG
- Arrive at Husein Sastranegara International Airport Bandung
- Check In Hotel (Bandung)

DAY 2 (FRIDAY 11/06/2010) BANDUNG
- BREAKFAST at Hotel
- Visiting Tangkuban Perahu, (viewing Ratu crater and Domas crater) 
- Tea plantation and take a rest at Ciater Hot Spring Water
- LUNCH at Kampung Daun
- Shopping at Factory Outlets in Jalan Dago (Grande, Blossom, Episode, Jetset, Victoria, Glamour, Donatello, etc)
- Shopping at Rumah Mode (Setiaubudhi Street) 
- DINNER at Dapur Sangkuriang 
- Back to Hotel

DAY 3 (SATURDAY 12/06/2010) BANDUNG
- BREAKFAST at Hotel
- Shopping at Pasar Baru Trade Centre
- LUNCH
- Shopping at Toko Tiga (Original Levi’s Jeans)
- Proceed to Riau Street Factory Outlets(heritage, Summit, Stamp, Terminal Tas, Cascade, etc) - DINNER at local restaurant
- Back to Hotel

DAY 4 (SUNDAY, 13/06/2010) BANDUNG           
- BREAKFAST at hotel
- Check-Out Hotel (Bandung)
- Proceed to Jakarta (3 hours)
- Check-In Hotel upon arrival in Jakarta
- Shopping at Tanah Abang Jakarta (aku akan shopping sakan kat sini)
- LUNCH/DINNER
- Back to Hotel

DAY 5 (MONDAY,  14/06/2010) BANDUNG/JAKARTA
- Shopping at ITC Mangga Dua Trade Centre Jakarta (cari beg kat sini)
- Lunch at local restaurant
- Shopping at Taman Anggerik (Mall)
- Dinner at local restaurant
- Back to Hotel

DAY 6 (TUESDAY, 15/06/2009) JAKARTA 
- BREAKFAST at Hotel
- Check Out Hotel (Jakarta)
- Visiting Merdeka Square, Monas Monument Jakarta
- Proceed to Jakarta Airport 
- Depart from Soekarno Hatta International Airport JAKARTA 
- End of Tour 

Urusan hotel dan transport dah settle. Aku tak nak beri komen dulu pasal itu. Bila aku balik dari trip nanti, aku akan beri komen. Doakan semua berjalan dengan lancar. 

Ada 1 benda tak buat lagi. Aku belum renew passport. Insya-Allah dalam masa terdekat aku akan buat. Aku just ambil yang RM100 je sebab aku rasa aku bukannya selalu jalan luar negara. Buat mana yang mampu sahaja. Betul tak? 

p/s: kena berbelanja secara berhemah 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails