Friday, July 10, 2009

Learn how to say no

Bayangkan dalam 1 situasi majlis keraian dan anda bersama-sama kawan sedang berbual-bual. Tiba-tiba anda nampak seseorang yang anda kurang senang menuju ke arah anda dan mahu bersama-sama anda. Adakah anda?
a. Layan orang tu seperti biasa
b. Senyum sahaja
c. Minta kebenaran untuk ke tempat lain
d. Terus terang kepada orang tu, saya tak nak awak

Aku rasa kebanyakan akan jawab a dan mungkin ada jawab b. Aku nak sangat cuba jawab d. Selamba kan? Aku dapat bayangkan ayat-ayat akan keluar "aku tak nak kau bersama-sama dengan aku. kau pergi tempat lain ya." Tapi biasalah aku, aku tak berani nak cakap. Akirnya aku yang merana..menyumpah orang tu tak tentu pasal.

Teringat aku masa aku ambil training Franklin Covey tahun lepas. Ada 1 topik yang sangat menarik perhatian aku iaitu learn how to say no. Bab ni aku memang lemah dan selalu buatkan aku rasa bersalah nak sebut no.

Ada beberapa kes yang selalu aku hadapi.Di sini aku nak bagi 1 kes contoh untuk tatapan umum.

kawan: aku ada beli kain. ok tak dengan aku?
aku: mari sini aku nak tengok. (dalam hati tak la lawa mana)
kawan: ok tak? aku beli mahal ni kat dubai.

aku: hmmmmm ok. (apa aku nak jawab ni)
kawan: kalau aku buat sekali dengan manik-manik, ok tak?
aku: ok sangat. (oh no..it look so heavy)
kawan: ok thanks. aku dah agak..i can count on you.

aku: you're welcome. (sengih je la..jangan lah dia pakai depan aku nanti)

Bukannya aku tak nak berterus terang tapi aku tak sampai hati. Dahla beli kain mahal, jauh pulak tu. Takkan lah aku nak hampakan dia dan terus cakap "tak lawa lah. warna kain pun tak sesuai dengan kulit kau". It sound too harsh. So macamana aku nak cakap kat kawan aku tu yang aku tak setuju dengan pilihan kain dan pada masa yang sama aku tak nak sakitkan hati dia? Any idea? Yeaah aku tau..aku bukanlah orang yang pandai cakap berlapik. Aku kena tau teknik cakap. Biar semua orang akan berpuas hati. Aku tak akan rasa bersalah dan kawan aku tak akan rasa sedih. It's a win-win situation.

p/s: aku masih belajar...

Thursday, July 9, 2009

Lewat lagi

Dalam minggu ni aku asyik lewat je. Tiap kali aku nak punch tag, ingatkan sampai on time tapui rupanya tak. Hari Isnin aku punch pukul 8.04am, hari Selasa aku punch 8.03am, hari Rabu aku punch 8.02am dan hari ni aku punch pukul 8.04am.

Dahlah tadi dapat emel daripada boss yang COO komen HOD tak tegas pasal kedatangan staff.

Staff found coming in late – AC/COO was at the door checking out. In his onw words if the HoD do not act he will act on the HoD.

Alahai...kalau masuk lambat, aku cover balik lah. Bagi aku, yang penting kerja siap on time.

Imbas balik..
6.15am - bangun tidur (celik mata baru..belum bangin lagi)
6.20am - gosok baju
6.30am - siapkan breakfast
6.45am - siap-siap untuk pergi kerja
7.20am - keluar dari rumah

Perjalanan ke opis tak lah jauh mana. Kalau ikutkan kelajuan aku drive (80-100km/jam) ni, boleh sampai dalam 30 minit lagi tu. So boleh bajet dalam 7.50am-7.55am boleh sampai opis.

Agaknya jam kat punch kad tag dia buat cepat kot? Hahaha still tak nak ngaku salah sendiri!!!

p/s: ok lah...lain kali aku sampai awal sikit...sikit je tau!

Sunday, July 5, 2009

Aku dah gumuk

Aku lemah betul bila ada orang cakap, "aku dah gemuklah.." walaupun secara hakikatnya daripada bentuk fizikal tak lah nampak gemuk. Kalau aku dengar je dia orang cakap macam tu, aku akan sound balik, "habis aku ni apa? anak gajah?" 

Ya aku tau..ada orang sangat mementingkan keterampilan diri tapi bagi aku yang memang dari dulu yang berbadan besar, aku terima hakikat seadanya. Pernah beberapa kali aku cuba untuk kuruskan badan tapi semuanya hampa belaka. Ok..ada sekali dalam sejarah aku berjaya turunkan beberapa kg tapi itu semua hanya sementara. Nak turunkan berat badan memang perlu displin yang kuat. Kena tabah untuk menghadapi dugaan dan cabaran lebih-lebih lagi kepada godaan makanan yang sedap dan enak. Ya...aku mengaku aku memang tak kuat..kalau nampak makanan yang sedap, rasanya nak makan semuanya. Aku tak nak jadi macam model yang kurus sampai boleh nampak tulang. Rasa macam rangka tulang yang berjalan dan bukannya orang.

Ada beberapa artis yang dianggap plus size (ukuran baju saiz XL ke atas) boleh berjaya dalam kerjaya mereka. Malah kalau kena gaya cara pemakaian, mereka boleh nampak bergaya. Contoh terbaik di Malaysia adalah Adibah Noor.

Gambar diambil masa Jamuan Hari Raya Aidilfitri bersama DiGi, 2008.


Orang bersaiz besar juga ada perasaan. Walaupun nampak je badan besar, hatinya cukup sensitif. Yeaah you can make fun on us. Kalau dah over, nak aje aku slam dunk orang tu. Hah rasakan penangan kami! 1 fakta yang mesti diterima, sebenarnya kami sangat comel. Rasa macam nak peluk teddy bear je. 1 lagi fakta menarik, orang yang badan comel ni selalu nampak muda! Jangan cemburu!!!!

p/s: as long you are happy with your body..live with it

Friday, July 3, 2009

Kerja ooo kerja

Sambil buat evalaution sempat lagi nak update blog. Kalau boss tau ni, mampus aku. Mata aku dah berpinar-pinar tengok nombor sahaja. Jangan salah key in sudah. Hahahaha..

Bila aku nak balik rumah, aku tak tau lah. Rasa macam lama lagi aje ni. Nampak gaya dekat 1 bulan ni dok balik lambat je lah jawabnya.

Dalam evaluation committee ni cuma ada 3 perempuan je. Bunga-bunga yang mekar dan kembang (yang kembang aku lah tu) menyerikan suasana keadaan kat sini. Apa taknya, masing-masing tarik muka ketat nak siapkan kerja, nak lah kena happy-happy. Kalau tension buat kerja, tak best lah. Betul tak??

Ok ok..aku nak siapkan kerja. Aku lupa nak update kan blog trip ke Langkawi. So sabarlah ya.

p/s: shhh jangan ada sesiapa bagitau boss ok

Wednesday, July 1, 2009

Stress out!

Jam pukul 6.47 pm (ikut jam kat PC aku ni) tapi aku masih lagi kat opis. Letih sangat rasanya hari ni. Aku tak tau macamana aku nak handle semua kerja ni.

Kalau boleh potong badan ni nak buat kerja, rasa aku nak potong banyak-banyak. 1 nak siapkan report, 1 nak siapkan assignment MBA, 1 nak jadi evaluation committee dan banyak lagi. Nasib baik aku tak berlaki lagi. Kalau tak, dia pun nak tuntut juga daripada aku. Hahaha...

p/s: cheer up baby!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails