Thursday, February 10, 2011

Rombakan organisasi

Jam pukul 2.00 pagi tapi aku mata masih belum ada tanda nak tidur. Apa taknya tadi aku dah bantai minum air kopi ais. Teringin sangat nak minum air kopi ais. Sekarang apa sudah jadi? Sepatutnya masa inilah digunakan sebaik-baiknya untuk belajar. Bukannya tak tahu ada paper lagi pada hujung minggu ini. Dahlah paper susah.

Apa nak jadi dengan aku ini? Masa belajar, asyik nak main-main je. Macamana nak score? Nasib baik masih maintain 3.00 point. Kalau tak, macamana aku nak grad nanti? Sia-sia sahaja keluarkan duit EPF untuk bayar yuran tapi tak dapat apa-apa hasilnya.

Hmm..apalah aku dok bebel pagi-pagi buta ni? Korang layan je la ya. Orang tak dapat nak tidur, macam ni lah jadinya. Jangan lupa esok masuk kerja...harap aku dapat bangun awal. Semenjak dua menjak ini, asyik terlajak je masuk kerja. Sepatutnya aku masuk kerja pukul 8.00 pagi tapi selalu sampai lebih daripada itu. Boleh dibilang berapa kali aku masuk tepat pada waktunya. Hehehe..ampun boss! Aku akan cuba datang awal ya. 

Oh ya! Aku baru teringat..baru-baru ini, opis aku kena rombakan organisasi dan banyak department yang kena rombak dan termasuklah department aku. Yang aku tak faham, hal-hal berkaitan dengan rombakan organisasi tak nak diumumkan secara rasmi. Susah sangat ke? 


Apa salahnya beritahu kat kita orang. Ini tak..semua nak berahsia. Ini boleh menimbulkan spekulasi yang tak bagus sebab banyak sangat fakta yang tak pasti dan sahih. Aku dapat tahu ini pun sebab ada orang yang beritahu. 


Kita kerja dalam 1 organisasi sama-sama, kenapa nak buat macam ni? Di mana letaknya ketulusan dan kebenaran organisasi? Nanti kalau ada apa-apa yang terjadi, kami yang jadi mangsa. Yalah..siapalah kami, kami bukan boss. Cuma menurut perintah sahaja. Betul tak? Nak kerja pun rasa dah tak seronok.


p/s: aku hanya mencari rezeki yang halal. 

Sunday, February 6, 2011

Terapi kain

Jangan terkejut pasal terapi ni. Aku sebenarnya sihat tapi terapi yang aku maksudkan adalah terapi shopping. Pagi-pagi lagi aku dengan adik aku ke Jalan TAR cari kain pasang untuk pakai kat opis dan raya nanti. Alang-alang dah sampai Jalan TAR, takkan nak beli sepasang dua. Rugilah datang jauh-jauh beb. Nak tahu berapa pasang aku beli? Aku beli 6 pasang!! Hahaha...

Minggu ni aku agak tertekan sikit dengan kerja dan final exam. Jadi untuk lepaskan rasa tertekan tu, shoppinglah jawabnya. Elok juga kalau kita amalkan tapi tak bolehlah buat selalu..bengkoklah aku. Siapa mahu bayar nanti? Kalau ada orang nak bayarkan, bolehlah buat lagi. Betul tak?

Ada satu scene yang agak kelakar berlaku kat kedai Nagoya.

Staff Nagoya: cukup kak?

Aku: a'ah cukup. nak beli 1 je. (dengan suara penuh yakin)

Tiba-tiba aku terpandang staff nagoya lain tengah buka gulungan kain. Dalam hati, "alamak cantiklah kain tu. kat mana ya kain tu?" Rupa-rupanya kain tu terletak di hadapan sahaja. 

Plan asal nak beli 1 pasang kain, entah macamana boleh "terbeli" 4 pasang. Padan muka aku. Konon berlagak tak nak beli lain. Pengajaran besar kat aku, lain kali jangan nak berlagak ok. Sekarang apa sudah jadi? Kasi bayarlah. 


Lepas membeli kat Nagoya, singgah kat Kamdar kejap. Kat situ tambah lagi kain 2 pasang. Jadi jumlah aku beli kain hari ini adalah 6 pasang. Apa-apa pun aku berpuas hati. Hasil terapi yang sangat bagus dan lumayan. 


Inilah hasil terapi aku, 6 pasang kain. 


p/s: lepas ni nak fikir macamana aku bayar upah tempah baju pula. 

Monday, January 31, 2011

Emel daripada PM

Terkejut aku bila dapat emel daripada PM. Tak sangka pula aku antara yang terpilih dapat emel daripada PM. Hahaha..glamer akak! 

Boleh percaya ke emel ni? 

Anyway, aku juga ingin mengambil kesempatan untuk ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina. 

p/s: aku boleh dapat angpow lagi ka? tak pun aku pow orang. 

Tiket konsert Fran

Aku dah tengok harga tiket Konsert Francissca Peter pada 5-6 Februari di Istana Budaya. Mak oooii!! Harga paling murah RM99. Itu pun dapat seat nun jauh dan atas pula tu. Nak tengok dekat-dekat kenalah bayar lebih. Amik kau!

Hajat hati memang nak pergi tapi hati aku berbelah bahagi..nak pergi atau tak. Berbaloi atau tak kalau aku dapat pergi konsert tu nanti? Ya..aku tahu aku adalah peminat Fran dan Fran pun bukannya selalu dapat peluang buat konsert solo. Ini pun dapat selepas 33 tahun berkecimpung dalam dunia seni. 

Bukan aku tak menghargai Fran tapi kedudukan kewangan aku tak mengizinkan. Kalaulah ada orang yang baik hati nak belanja tiket tengok konsert Fran, alangkah indahnya dunia aku rasa. Aku dapat rasa akulah orang paling beruntung dalam dunia. Ya aku tahu, itu cuma angan-angan tapi tak salah kan? Manalah tahu, angan-angan aku boleh jadi kenyataan. Cewaaah! 

Nak beli dengan hasil jualan kek carrot aku belum pasti dapat beli harga tiket RM299 (nak harga tiket mahal je). Manalah tahu, tiba-tiba dapat rezeki jatuh ke riba bolehlah aku beli tiket. Hehehe... 


Apa kata, kalau Fran baca blog aku dan bersimpati dengan keadaan aku terus bagi tiket free. Tambah sayang aku kat kakak aku tu. I love you forever and ever Fran! 

p/s: suka sangat berangan-angan. mana tahu jadi kenyataan! 

Sunday, January 30, 2011

Hujan lagi


Hujan dari pagi tadi. Aku tak tahu nak buat apa. Nak keluar pun tak seronok. Aktiviti paling best waktu hujan adalah TIDUR!


p/s: aku dah puas guling-guling atas katil. pejam celik pejam celik..aik hujan lagi?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails