Friday, March 11, 2011

Emel boss

"Have to take my dog to surgery at 11am."

Pagi-pagi lagi dapat emel daripada boss. Sayang betul boss dengan anjing dia. 

Aku terfikir..kenapa dia je yang tak buat operation? Alang-alang terus buat Extreme Makeover. Hahaha!!

p/s: bila nak dapat bonus ni?

Thursday, March 10, 2011

Abang B

Dah lama aku tunggu Abang B. Bukannya selalu dapat jumpa Abang B. Kadang-kadang setahun sekali kalau bernasib baik, dapatlah jumpa 2 kali. Kenapa Abang B buat macam ni kat aku? Aku tak sukalah tunggu lama-lama. 

Abang B ni suka sangat tabur janji manis. Kata hari tu nak jumpa awal bulan tapi sampai hari ini masih tak nampak bayang-bayang Abang B. Abang B dah lupa dengan aku ke? Sampai hati Abang B buat macam tu. Aku kat sini setia menunggu. Ya aku sedar...siapa diri aku ini. Dahlah tak cantik, debab pula tu. (skrip ala-ala merajuklah tu)

Kalau Abang B tak datang juga bulan ni, aku cari orang lain. Daripada mengharap benda yang tak pasti, buat apa nak tunggu lagi? Bak kata Kak Ramlah Ram, "selamat tinggal romeo"

Nak tahu siapa Abang B aku tu? Hehehe...Apa lagi kalau bukan Abang Bonus lah! 

Aku rasa rata-rata kat opis aku tu semua dok tunggu bonus. Minggu lepas  Chairman dah umumkan nak bagi dalam Mac. Sama-samalah kita tunggu ya. Sebenarnya aku dah plan macam-macam dengan bila dapat bonus. Faham-faham je lah nak pakai buat belanja ke Kota Kinabalu nanti. Kalau tak, mana aku nak cekau duit lagi? 

p/s: bila abang b datang, abang h pula dah tunggu. (abang h = hutang)

Thursday, March 3, 2011

Gobok antik


Bila tengok gambar gobok (almari) ini, teringat aku kepada arwah wan. Apa taknya, dalam gobok inilah arwah wan simpan lauk. Kalau masa raya, arwah wan akan simpan rendang ayam dalam gobok untuk ahli keluarga yang lain. "Jangan makan rendang tu. Tinggalkan untuk orang lain juga" itulah yang selalu  dipesan oleh arwah wan. 

Aku macam biasalah, mana nak dengar cakap orang. Dalam diam-diam aku akan ke dapur, buka gobok dan ambil rendang. Ambil sedikit-sedikit dulu kalau ambil sekali banyak pasti orang perasan. Hehehe...

Sekarang semua tinggal kenangan dan gobok arwah wan masih elok lagi kat kampung. 

Pagi tadi aku jumpa iklan jual gobok macam arwah wan kat mudah.my. Kalau ada sesiapa berminat bolehlah klik kat sini. Harga boleh tahan juga..tak salah aku dalam RM450 sebuah. 

p/s: susah nak cari gobok antik macam ni sekarang. 

Wednesday, March 2, 2011

Tambah lagi ahli

Lupa aku nak beritahu yang bulan lepas ada 2 staf baru masuk department aku. Aku tak sempat nak berkenalan sebab sibuk sikit. (sibuklah konon tapi sempat lagi nak layan Facebook!) Aku cuma tahu nama mereka malah aku tak sempat nak makan sama-sama untuk sesi orientasi. Seperti biasa, staf baru mesti menghadap bilik boss tapi kali ini taklah lama sangat berbanding sebelum ini. Eiii mana boleh macam tu. 

Cerita pasal staf baru ni, aku jarang dengar suara mereka walaupun aku duduk sebelah meja. Berbeza sangat dengan Jun, semua orang boleh dengar suara dia ok. 

Tunggulah dalam masa beberapa hari lagi, bolehlah aku kenal lebih rapat dengan mereka nanti. Aku ni pulak susah nak mesra dengan orang baru. Ya lah..takkanlah akak yang nak mula dulu kan? Kenalah orang baru yang kenalkan diri dulu. Betul tak? 

Setakat ini, aku belum ada apa-apa nak komplen pasal staf baru ini. Mungkin belum dapat kerja sama-sama lagi. So I reserved my comments.

p/s: tak kenal maka tak cinta

Tuesday, March 1, 2011

Mencari lipstik merah


Cantiknya lipstik merah dia. Tiba-tiba sahaja aku menjadi obses untuk mencari lipstik merah selepas aku tengok video youtube Michelle Phan. Siapa nak tengok video youtube Michelle Phan, boleh tengok kat sini

Dalam video tu, ada diajar lipstik warna apa yang sesuai dengan warna kulit kita. Jadi tak bolehlah main tonyoh lipstik kat bibir ya kawan-kawan. Hehehe..

Ada beberapa orang artis Malaysia yang suka pakai lipstik merah dan di antaranya ialah Fasha Sandha Nampak kena je dengan muka dia. 


Suka tengok warna lipstik Fasha Sandha. 

Koleksi lipstik aku ada dalam 6-8 jenis tapi tak ada 1 pun warna merah yang aku nak. Ada alasan untuk beli baru. Boleh kan? Nanti bolehlah akak buat pose ala ala Fasha Sandha tapi bukan aksi pakai bikini ya. 

p/s: ini kira terapi juga la kan? 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails