Sunday, June 19, 2011

Tiada lagi

Lama dah aku tak layan lagu. Baru-baru ini aku terdengar lagu Tiada Lagi. Lagu ini ada 2 version, 1 daripada Amy Search dan 1 lagi daripada Mayang Sari. Personally aku suka version Amy Search lagi. 

Selamat layan ya. 

Version Mayang Sari


Version Amy Search

p/s: suka layan masa jiwang. hehehe...

Wednesday, June 15, 2011

Dah jumpa akhirnya

Setelah sekian lama aku mencari kamera yang sesuai, akhirnya aku berjaya mendapatkannya hari ini. Adik aku dah bising..mana kamera barunya? Berapa lama lagi nak beli? 

Masa lunch tadi, aku tekad. Nak tahu kamera jenis apa aku beli? Ok..kamera ini bukanlah di dalam senarai kamera yang aku cari. Setelah diberi penerangan oleh jurujual kamera dan sambil-sambil aku google mencari maklumat, aku telah bersetuju untuk membeli kamera Canon G12. 


Pandangan depan. 

Pandangan belakang. 

Boleh ambil gambar dari depan. 

Harganya boleh tahan juga nak bayar. Nasib baik ada bayaran ansuran 0% faedah..jadinya tiap-tiap bulan bayar dalam RM180++ selama 12 bulan. Gulp..kena ikat perut nampak gayanya. 

Tadi dah cuba ambil gambar dengan kamera baru ini dan so far so good. Hehehe...Ada plan nak ke jalan-jalan makan angin dalam masa terdekat.  Bolehlah aku cuba ambil gambar nanti. 

Ke mana aku nak pergi? Hmmm...nanti aku akan update blog aku. Tak rancang sebenarnya nak ke sana tapi setakat ini semua berjalan dengan lancar. Jalan-jalan dekat sini je. Trip ke Kota Kinabalu masih diteruskan lagi dan masih belum ada apa-apa perubahan. 

p/s: mana tau lain kali boleh beli SLR kan?

Thursday, June 9, 2011

Ahli keluarga baru

Pagi tadi adik aku call beritahu yang isterinya selamat bersalin anak lelaki. Alhamdulillah. Makin bertambah ahli keluarga aku dan sekarang aku dah ada 3 anak saudara. 

 
Beberapa jam dilahirkan. 

Petang tadi lepas kerja aku singgah PPUM untuk melihat sendiri anak saudara baru. Berat baby adalah 3.19kg dan panjang 49cm. Geramnya...rasa nak cubit je pipi dia. 

Macam muka siapa ya??

Nama baby belum tahu lagi. Tunggu je..sekarang aku panggil je baby. Nanti baby bolehlah kawan dengan Sara dengan Hadi kan? 

p/s: sediakan duit raya lebih nanti.

Sunday, June 5, 2011

Kod rahsia

Untuk tidak mahu semua orang tahu, kod rahsia digunakan di antara aku dengan beberapa orang kawan. Cuma kami sahaja yang tahu kepada siapa yang ditujukan.

Senarai kod rahsia ini akan bertambah sedikit demi sedikit mengikut keadaan. Ada sebab kenapa kod rahsia tersebut digunakan dan selalunya ia memang berhubung-kait dengan orang itu. Bila sebut sahaja kod rahsia tu, dah tahu siapa yang dimaksudkan. Hehehe...

Kat opis aku ni ramai sangat yang suka jaga tepi kain orang sampaikan aku naik rimas dibuatnya. Aku tak sibuk pun nak tahu pasal kau tapi kenapa kau sibuk nak tahu pasal aku? Eiii akak tak sukalah! Lainlah kalau aku ni artis, kan? 

p/s: kod rahsia aku adalah....

Friday, June 3, 2011

Last day Mira

Tak sangka dah 2 bulan Mira praktikal kat department aku. Sepanjang Mira ada di department aku, aku banyak buli dia. Sorry Mira, aku cuma nak uji ketahanan Mira je. Nak tahu sama ada Mira ni ok ke tak. Setakat ini, Mira ok. 

Agak terkilan sebab Mira buat praktikal sekejap sangat. Tak sempat nak kenal lebih dekat. Insya-Allah, ada rezeki nanti kita akan jumpa lagi. 

Gambar ramai-ramai. Boss dan Jun pun ada sekali.


Ole-ole daripada Mira.


p/s: all the best to you, Mira. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails