Saturday, January 18, 2014

Sebelum umur 40 tahun

Ada beberapa perkara aku nak buat sebelum umur aku 40 tahun. Tinggal beberapa bulan je lagi ni. Kalau tak sempat nak buat semua, tak apa. Sekurang-kurangnya aku mencuba. 


1. Cuba langsaikan hutang-hutang (free debt)

2. Teroka lebih banyak tempat, tak kira di Malaysia atau luar negara

3. Kurangkan berat badan dan stay healthy (rasa-rasa boleh buat ke?)

4. Menghargai masa bersama-sama keluarga dan kawan-kawan

5. Kuatkan semangat dan terus berusaha

6. Belajar bahasa asing

7. Belajar balik bawa kereta gear manual

8. Belajar menjahit baju

Sebenarnya aku nak cukupkan 10 perkara tapi tak dapat fikir sekarang. Mungkin senarai ini akan bertambah lagi pada masa akan datang. Jadi, kena tunggu manalah tahu tiba-tiba idea datang. 

p/s: yang penting sebenarnya nak kena cari Abang Long dulu. hahaha...

Monday, January 13, 2014

Alasan beli baru

Tak biasa nak update blog kat handphone. Skrin kecil sangat. Tak syok nak tengok. Dahlah jari-jari aku ni ambam belaka. Terkial-kial bila tekan huruf. Apa taknya, sekali tekan, 2 huruf yang keluar. 

Bilalah agaknya nak laptop aku nak baik semula? Atau mungkin kena beli baru? Hehehe...

p/s: alasan kukuh untuk beli baru.

Friday, January 10, 2014

Nasib badan

Lepas kereta Myvi aku kena langgar minggu lepas, laptop aku pula buat hal. Apalah nasib badan. Baru masuk tahun 2014, macam-macam berlaku. Sabar je lah kan. 

Semenjak kereta aku tak ada, terasa macam kaki patah. Tak boleh nak ke mana-mana. Kereta yang ada semua manual. Aku manalah tahu nak bawa manual. Kalau nak ke mana-mana, tunggu je lah sesiapa yang sudi bawa. Macam lagu Bawalah Daku Pergi yang dinyanyikan oleh Anita Sarawak. Memang sesuai dengan keadaan aku sekarang ini. Hehehe.. Pergi kerja pun sekarang, ayah yang hantar hari-hari. Kasihan pula aku tengok.

Ini namanya dugaan dan cabaran yang perlu aku hadapi. Betul tak? 

p/s: semoga aku dapat menempuhi semuanya.  

Wednesday, January 8, 2014

Dulu dan sekarang


p/s:  bawa gadget di mana-mana sahaja sekarang

Saturday, January 4, 2014

Oh my Myvi

Hari ini dah masuk hari ketiga 2014 dan baru tadi berlaku peristiwa yang tak mungkin aku lupa sampai bila-bila. Nak tahu? Kereta Myvi tersayang aku kena langgar. Adduuhh!! Baru je masuk bonus, nampak gaya tak sempat aku nak merasa. Terasa macam duit tu akan melayang-layang.

Ceritanya bermula masa aku dalam perjalanan balik ke rumah petang tadi. Kebetulan hujan turun agak lebat dan keadaan jalan licin. Aku tengah beratur nak masuk simpang kanan dan tiba-tiba sahaja kereta Kancil langgar kereta aku dari belakang dan terus kereta aku langgar kereta Grand Livina yang ada di hadapan. Jadinya, kereta Myvi aku dah terkapit. Depan belakang kena langgar. 

Aduhai, aku tak tahu nak cakap apa-apa. Speechless. Pemandu kereta Kancil, entah berapa kali minta maaf dan beritahu aku yang brek kereta tak berfungsi. Aku nak marah macamana, benda dah berlaku. Nasib baik aku tak panik. Kalau tak, aku tak tahu apa nak jadi. 

Inilah rupa kerete Myvi tersayang aku tu. Aku rasa keadaan kereta Kancil lagi teruk sebab tak boleh jalan langsung. Nasib baik kereta aku boleh jalan lagi walaupun dah kena langgar. Yang kereta Grand Livina setakat kena bumper je dan bagi aku taklah serius mana. 


Oh my Myvi. 

Aku bersama-sama pemandu Kancil dan pemandu Grand Livina bincang elok-elok untuk selesaikan masalah ini. Keputusannya kami sama-sama pergi balai polis Kajang buat laporan kemalangan. Selesai buat laporan, kereta Myvi aku dihantar ke bengkel kereta dan dibaiki. Aku tak tahulah berapa lama kereta aku kena tahan. Aku terfikir macamana aku nak pergi kerja nanti. Dahlah kereta yang ada di rumah semuanya manual. Aku manalah tahu bawa manual. Ayoyo!!

Bila kejadian ini berlaku, rasa macam nak ambil kereta baru je. Jahat kan? Aku tahu kereta Myvi aku dah banyak berjasa dan berkhidmat hampir 9 tahun. Sudah pasti, aku sayang. Dahlah ini kereta pertama aku. Banyak kenangan indah bersama-sama. Cewaah!

Aku baru je plan nak pergi kenduri kahwin esok di Seremban. Nampak gaya macam tak jadi je. Sorrylah ya. 

p/s: nasib baik semuanya selamat. Alhamdulillah. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails