Sunday, May 24, 2009

Small things can make a big different..

Baru-baru ni aku terima coklat daripada student MMU yang buat praktikal kat opis aku. Memang tak diduga langsung sebab aku taklah rapat mana dan dia orang bukan buat praktikal bawah department aku. Kebetulan aku ada kawan yang sama-sama 1 department dengan mereka. Agaknya itu adalah sebab aku boleh baik dengan dia orang. Anyway, thank you so much. I love the chocolate so much! Mungkin bagi orang lain it's nothing tapi bagi aku ini adalah 1 penghargaan yang sangat besar. Benarlah apa yang dikata "small things can make a big different".

I love chocolate..macamana dia orang boleh tau ye? Terima kasih. Kalau boleh, berilah lagi..

Aku masih simpan lagi surat yang dikirim oleh kawan baik aku. Bila baca balik surat lama tu, teringat kenangan lama dulu. Terus terang aku lebih suka tulis surat daripada hantar emel. Biarlah penat nak tulis sampai berhelai-helai kertas tapi aku rasa itu semua berbaloi. I feel more sincere..tulus dari hati. Alamak jiwang lak aku kali ni. Yeaah I know tu semua old fashion. Aku tak juga menafikan teknologi sekarang memang bagus. Somehow semua tu ada personal touch. Mana yang buat sakit hati dan sakit dipandang, cepat aje buang dalam tong sampah. Hehehe...

p/s: nak bagi hadiah besar pun boleh..TV LCD 42" boleh??

Thursday, May 21, 2009

The conference

Alhamdulillah..conference yang kita orang uruskan berjaya akhirnya. Peserta pun ramai yang datang. Daripada 230 yang hantar RSVP, lebih kurang 170 orang yang datang. Not bad at all! Yang mengkagumkan, ramai yang stay sampai habis.

Ada nampak nama yang anda kenal? Hmmm..Atai pun ada

Auditorium full house!
Sempat bergambar dengan Paul Moss..hehehe




Rata-rata berpuas hati dengan conference berpandukan dengan feedback form daripada peserta. Sempat lagi aku jumpa kawan lama..Hazimin, kawan 1 sekolah dulu. Lama dah tak jumpa, tak sangka boleh jumpa masa conference. Thanks Hazimin for coming. :)


Ada 1 speaker daripada Myspace telah buatkan aku jatuh cinta sama dia. Perrghh Handsome gila! Aku tak sempat nak bergambar dengan dia. Sekali pandang macam pelakon hindustan. Aku siap minta dia add aku dalam Facebook dia. Muka tak malu aku ni...





Handsome kan??



Boss?? Hampeh betul. Langsung tak beri apa-apa sumbangan kat conference. The best part, hari esoknya 5 orang daripada department aku tak datang. Amik kau! Ikutkan hati, aku nak amik EL tapi aku dah apply cuti hari Jumaat. So macam tak best lah kalau aku nak ambil EL sekali. (baik konon...tapi itu semua hanya lakonan. hahaha)


Anyway, our Senior Director appreciate our job. Ini adalah sebahagian daripada emel dia hantar. (terpaksa potong atas sebab-sebab tertentu)




I like to thanks all of you for the greatly successful conference. The attendance is also encouraging and lively Q+A all adds to the value and experience of the conference.
Thanks


Sekurang-kurangnya usaha kami berbaloi. Good job ladies! (department aku tak ada lelaki)

p/s: next conference??



Monday, May 18, 2009

Antara kawan dan duit

Cerita pasal duit dan kawan..dua perkara yang tak boleh disatukan. Walaupun ada kawan yang sangat rapat, bila ada isu pasal duit boleh menyebabkan huru hara. Ya..aku tau duit boleh cari tapi kawan?? Kawan yang baik mana nak cari sekarang ni.

Aku nak buka isu ini sebab dah banyak kali berlaku dalam hidup aku. Kawan yang baik pinjam duit aku tapi sekarang tak bayar-bayar lagi. Tak perlulah aku nak sebut berapa jumlahnya tapi cukuplah aku cakapkan, cukuplah aku nak belanja 1 bulan. Apa yang boleh aku lakukan..semua dah berlaku. Aku pun tak tau di mana kawan aku tu sekarang. Kalau aku jumpa balik kawan aku tu, nak aje aku sound.."wooi mana duit aku? aku nak balik duit aku. aku tak kira, kau ingat aku ni cop duit?"

Aku masih ingat lagi, masa nak dapatkan duit punyalah merayu tapi bila dah dapat, terus hilang. Geramnya!!!! Kalau ikutkan hati, aku nak je bunuh dia tapi tak perlulah. Buang karan je.

Daripada perkara ni tak akan berulang lagi, aku rasa tak perlu aku buat kerja kebajikan bagi pinjam duit. Susah!! Kepada kawan-kawan aku, bukannya aku tak nak tolong cuma aku nak berhati-hati.

p/s: duit bukanlah jawapan segala masalah

Sunday, May 17, 2009

Selamat pengantin baru

Aku tertarik dengan ayat yang ada dalam kad jemputan kahwin ini. Kad jemputan kahwin siapa tu, aku terpaksa rahsiakan dulu. Hehehe..

Tak perlu mencari teman secantik Balqis, andai diri tak sehebat Sulaiman. Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof jika kasih tak setulus Zulaikha. Tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim andai diri tak sekuat Siti Hajar dan mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah kalau diri tak sempurna Rasulullah SAW. Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangannya itu sebagai keunikan. Carilah kebaikan pada dirinya dan bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya. Tetaplah berdoa kepada Allah agar dia akan terus menjadi milikmu...

Dipendekkan cerita, terimalah pasangan kita seadanya. Kepada pasangan Dayang Aidah dan Anas, semoga berbahagia selalu.


Pengantin baru Dayang Aidah dan Anas







Sempat bergambar dengan pengantin...masing-masing ambil berkat.









Suka tengok lengan baju Dayang..lawa




p/s: lepas ni siapa pula bakal menjadi pengantin baru???

Saturday, May 16, 2009

Selamat hari guru

Selamat hari guru kepada guru-guru di seluruh Malaysia. Aku tau aku bukan anak murid yang baik tapi segala jasa kalian tak mungkin aku lupakan. Aku tau jadi guru bukan senang lebih-lebih lagi pada zaman sekarang. Budak-budak dah makin maju. Beza sangat pada zaman aku dulu. Zaman aku dulu manalah ada internet. Segala sumber adalah daripada buku dan pengalaman sendiri atau orang lain. Tu pasal peranan guru sekarang sungguh mencabar sekarang. Anyway, aku salute kepada guru. Walaupun aku tak ada tokoh nak jadi guru, aku tau tugas sebagai seorang guru memang susah.

p/s: ucapan ni khas untuk Cikgu Junaidah..aku tak sangka cikgu boleh ingat nama penuh aku

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails