Wednesday, October 12, 2011

Gumby


Siapa pernah tengok kartun Gumby? Masa sekolah dulu suka tengok cerita Gumby ni. Hari ini kalau sesiapa buka website google ada ditunjukkan kartun Gumby dan rakan-rakan. Selamat klik!

p/s: antara watak kartun yang digemari. 


Tuesday, October 11, 2011

Counting days

Wahai ahli rombongan Cik Kiah ke Kota Kinabalu, tinggal lagi 4 hari ni. Semua dah siap sedia ke? Jangan lupa bawa kad pengenalan. Kalau tak, tak lepas kita nak masuk imigresen kat sana. 

Nanti kita jumpa terus kat LCCT ya. 

p/s: badan kat sini, hati dah sampai Kota Kinabalu. 

Saturday, October 8, 2011

Konvokesyen UNIKL 2011

Pagi-pagi lagi aku bersiap sedia untuk meraikan adik bongsu aku dalam majlis Konvokesyen UNIKL di PICC, Putrajaya. Tahniah! Akhirnya dapat juga segulung ijazah setelah berpenat lelah menghadapi dugaan dan cabaran sepanjang tempoh pengajian. 

Aku sebenarnya teruja juga sebab tak pernah masuk Dewan Plenary iaitu dewan paling besar dalam PICC yang selalu digunakan dalam majlis rasmi seperti Pertandingan Musabaqah Al-Quran dan lain-lain. 

Bila masuk Dewan Plenary, rasa memang kagum! Cuba tengok kat bawah ni.


 
Touch up mana yang patut. 

Para tetamu baru nak masuk dewan. 

Perarakan masuk para graduan.

Gambar adik aku kat skrin. Cak!

Orang yang aku tunggu, Tengku Mahkota Pahang.

Tengku Mahkota Pahang menyampaikan ucapan.

Giliran para graduan mendapatkan ijazah. 

Gambar adik aku sekali lagi. Yeaah!

InsyaAllah pada tahun hadapan giliran aku pula di UUM. Rasa tak sabar pula aku nak naik atas pentas sekali lagi untuk dapatkan ijazah. Doakan aku ya! 

p/s: lama dah tak naik pentas. ketaq lutut aku nanti. 

Friday, October 7, 2011

Kita kawan sahaja ok

Baru-baru ini ada kawan lama tegur aku kat FB. Mula-mula aku agak ragu-ragu sebab tiba-tiba sahaja mamat ni nak tegur aku. Ok fine..aku layan je lah sebab dia adalah kawan lama aku. Oh ya..dulu masa sekolah pernah jadi scandal.  Konon-konon aku nak mengimbas kembali kenangan lama, masa muda-muda dulu. Hahaha!

Tengah seronok layan mamat ni, mulalah keluar ayat yang aku tak suka dengar. Bukan ayat-ayat cinta tapi ayat-ayat yang berbau unsur-unsur mengajak aku buat bisnes.

Damn!! Aku dah agak! Aku dah banyak kali kena. Konon nak tolong orang..nak majukan bangsa. Bukan aku tak nak tolong orang tapi aku tak suka sesuatu persahabatan dicampur aduk dengan agenda sendiri umpama ada udang di sebalik mee. Kenapa tak boleh kita cuma kawan sahaja? Susah sangat ke?

Ini adalah perbualan antara aku dengan mamat tu:

Aku: saya bersyukur dengan apa yang ada. 
(kadang-kadang juga ada masa kering dan terpaksa tunggu gaji baru masuk)

Mamat ni masih tak puas hati dengan jawapan aku.

Mamat: betul cakap awak tapi kalau awak ada peluang nak tolong orang dengan lebih banyak, apa salah nya kan?

Ish mamat ni, geram pula aku dibuatnya.

Aku: yang penting kita ikhlas. tak kiralah berapa banyak kita nak tolong. 

Mamat tu mula bebel macam-macam dan aku mula malas nak layan. Apa lagi, aku terus keluar daripada FB. Rasakan! 

Sorrylah ya mamat. Aku memang malas nak layan orang yang ajak masuk apa-apa bisnes. Aku tahu niat kau baik tapi lebih baik kau cari orang lain. Jangan habiskan masa kau untuk pujuk aku. 

p/s: i'm happy with my life. ok?

Thursday, October 6, 2011

9 hari lagi!

9 hari lagi trip rombongan Cik Kiah ke Kota Kinabalu. Rasa kejap je masa berlalu. Ingat lagi masa nak beli tiket ke Kota Kinabalu pada tahun lepas, rasa lama sangat masa berlalu. Hari-hari dok kira, bilalah dapat ke Kota Kinabalu. 

Setakat ini, semua persiapan dah sedia. Harap cuaca masa tu ok. Tadi tengok ramalan cuaca minggu depan, nampaknya mendung sahaja. 

p/s: tak sabar dah ke Kota Kinabalu!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails