Sunday, November 14, 2010

Rombongan Cik Kiah

Yeaah aku dah letak ticker ke Kota Kinabalu. Cuba tengok..ada lagi 11 bulan ya. Masih ada banyak masa lagi nak plan. 

Mari aku bercerita serba sedikit Rombongan Cik Kiah kali ini. Hehehe.. Ada 9 orang (6 dewasa dan 3 kanak-kanak) dalam kumpulan kami. Kami akan ke sana 4 hari 3 malam dan rasanya tak perlu nak cuti lama-lama kan? Banyak perkara kena fikir, nak minta cuti, belanja di sana dan banyak lagi. Jadi aku dah rancang corak perjalanan dan perjalanan akan datang adalah lebih santai dan tak perlu banyak aktiviti sangat. 

Ini adalah rancangan yang terlintas sekarang tapi kalau ada sesiapa nak bagi cadangan lain, sila beritahu ya!

1. Pergi Pasar Tamu di Jalan Gaya
2. Shopping di Pasar Filipina
3. Island Hopping
4. Ranau Hot Spring (kalau sempat) 

Asalnya memang lama dah nak ke Kota Kinabalu. Boleh katakan aku dengan adik aku memang selalu jalan sama-sama contohnya ke Langkawi dan Kuching pada tahun lepas. Tahun 2010 tak sempat nak ke mana-mana. Jadi bawa ke tahun 2011. Kebetulan baru-baru ini ada promosi Air Asia, apa lagi? Aku pun dengan segera usha manalah tahu dapat harga murah pada tarikh yang kita nak. Alhamdulillah dapat! Tiba-tiba kawan adik aku pun nak join sekali. Oklah..aku pun book tiket untuk mereka. Dapat masa yang sama tapi ada sedikit mahal. Alaaa..tak banyak beza pun. So..Jadilah Rombongan Cik Kiah ke Kota Kinabalu. 

Aku pun dah lama tak ke Kota Kinabalu. Kali terakhir aku ke sana dalam tahun 1999, masa aku bekajar kat UKM dulu. Lama dah..11 tahun punya cerita. Bila aku baca blog orang lain pasal trip ke Kota Kinabalu, banyaknya perubahan. Dah makin cantik! Tak sabar rasanya aku nak ke sana. 

Untuk tempat tinggal, aku rasa adalah lebih baik aku ambil apartment daripada ambil bilik hotel. Berkat usaha mencari, dapat jumpa apartment yang sesuai untuk Rombongan Cik Kiah kali ini. InsyaAllah nak stay kat Marina Court Kota Kinabalu. Tengok bilik pun cantik dan paling penting kedudukan yang amat strategik di tengah-tengah bandar Kota Kinabalu! Harga pun boleh tahan..aku check dalam harga RM350-400 untuk semalam. Oklah tu untuk menampung Rombongan Cik Kiah. Siap ada dapur, peti sejuk dan lengkap dengan perabot. 


Marina Court Kota Kinabalu

Ada juga aku survey pasal Marina Court ni..ada kata ok dan kata tak. Bagi aku, dapat tempat tidur dan mandi dah cukup. Nak selesa sangat pun, bukannya kita sepanjang masa dalam bilik. Betul tak? 

Harap semua berjalan dengan lancar. 


Nota tambahan untuk melancong Kota Kinabalu boleh tengok kat sini 

p/s: sabah bah

2 comments:

  1. kak Long, alang2 pi KK tu, pi le gak kinabalu park.. tak panjat gunung tu pun at least amik feel dia dan angin gunung...cun ooo... lagi satu... kalo dah ke kinabalu park, teruskan perjalanan ke kundasang plak...byk buah2n segar, cenderahati etc... hehehe...

    ReplyDelete
  2. memang ada plan ke situ nanti. tengok je dulu keadaan masa ke sana. thanks for the suggestion.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails