Aku bangun lambat masa hari pertama masuk kerja untuk tahun 2012. Sedar-sedar pukul 7.04 pagi. Apa lagi, terus melompat dari katil dan mulalah terkial-kial cari baju nak pakai. Hmm..not a good start I guess. Keluar dari rumah pukul 8 pagi walaupun aku tahu aku sebenarnya masuk kerja pukul 8 pagi. Hahaha..datang lambat macamlah aku ni boss besar!
Lepas tu baru aku perasan, 3 Januari adalah ulang tahun kelima aku kerja kat opis aku sekarang ni. Lama juga aku bertahan ya. Tak salah aku, antara banyak tempat kerja sebelum ini, opis sekaranglah yang paling lama aku pernah kerja. Belum ada perancangan lain nak cari kerja lain walaupun ada juga curi-curi intai kat Jobstreet. Kalau tahu dek boss aku, pasti dia akan panik.
Aku rasa biarlah aku stay lagi 2-3 tahun. Kita tengok dulu..kalau ada rezeki lebih kat tempat lain, tak salah kan kalau aku cuba. Sebenarnya, kat opis sekarang pun dah ok. Kawan-kawan ok, benefits ok, dekat dari rumah dan tak perlu nak bayar tol. Apa lagi aku nak? Ayah aku pun dah pesan, "tak payah nak cari kerja kain. stay je kat situ."
Pendek kata, jangan tamak! Aku dah pernah kena dulu. Gara-gara nak dapat gaji lebih, terus aku tak dapat apa-apa. Bayangkan..last minit company yang bakal nak masuk beritahu aku yang mereka tak jadi nak ambil aku kerja. Memang aku marah sebab aku dah hantar surat resign dan aku officially tak kerja masa tu. Mana aku nak cekau duit??
Aku redha, aku percaya mungkin ada hikmah sebaliknya. Alhamdulillah, aku diberi peluang untuk sambung belajar. Kalau tak, agaknya sampai sekarang aku cuma ada diploma sahaja yang keputusan yang ala-ala ciput.
Harapnya pada tahun 2012 akan memberi aku lebih peluang untuk aku teroka dan menjadi lebih baik daripada tahun 2011.
p/s: siap sedia dengan cabaran yang bakal tiba.
Assalammualaikum.
ReplyDeleteLama sungguh tak melawat blog ni. Rasanya sudah dekat 2-3 tahun. Apa apa pun semoga tahun 2012 ini lebih baik dan dipermudahkan segalanya. InsyaALLAH.
terima kasih rizal kerana sudi melawat blog saya. jangan malu singgah blog saya lagi. :)
ReplyDelete