Sunday, March 11, 2012

The making of Red Velvet

Aku sebenarnya dah lama nak buat kek red velvet (baldu merah??) tapi asyik bertangguh sahaja. Lagipun semenjak akhir-akhir ni kek red velvet ni memang menjadi sebutan sebab keenakannya. Aku tengok cerita DC Cupcakes kat TV, ramai yang beli kek red velvet ni. Sedap sangat ke? Aku tak pernah rasa jadi aku tak dapat nak bayangkan. 

Kebetulan hari ini aku tak tahu nak buat apa. Apa lagi, mari kita buat percubaan kek red velvet! Bahan-bahan untuk buat semua dah ada dan caranya pun memang mudah. Tanpa buang masa, aku pun cubalah. 


Inilah rupanya kek velvet yang baru masak. 

Kek red velvet sebelum letak frosting cream cheese.

Kek red velvet selepas letak frosting cream cheese. 

Apa keputusannya? Teksturnya lembut dan gebu. Ada sedikit rasa masam, manis dan sekali rasa macam kuih apam pun ada. Nak cuba? Marilah ke rumah aku. Apa-apa pun, aku lebih suka kek carrot lagi. Itu pendapat aku. Tak tahulah apa kata orang lain. 

Kalau sesiapa cuba nak buat kek red velvet ni, boleh pergi ke link ini. 

p/s: suka tengok warna merah dalam kek red velvet. 

2 comments:

  1. Assalammualaikum.

    Nampak sangat den ni ketinggalan. Tak tahu pula ada kek "red Velvet". Macam tuu gayanyer.

    Bagi rizal kek berperisa cokelat dengan cebisan kacang2, memang laju ajer pulun.

    Selamat Hari Selasa yang baik : )

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam,

    saya pun baru tahu kewujudan kek ni. rasanya not badlah. kalau nak rasa, insyaallah saya boleh buatkan. cewaah!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails