Aku sengaja pilih hari minggu untuk ke Bangkok sebab nak ke Chatuchak Weekend Market yang buka pada hari Sabtu dan Ahad. Kawasan dia sangat besar sampaikan aku boleh sesat nak cari jalan keluar. Untuk ke Chatuchak Weekend Market memang senang. Dari BTS Asok terus ke BTS Mo Chit dengan tambang 40 baht dan keluar je BTS Mo Chit jalan terus 100 meter dah boleh nampak kawasan Chatuchak Weekend Market.
Bila sampai di Chatuchak Weekend Market dalam pukul 9am lebih, rupa-rupanya banyak lagi kedai yang tak buka. Sambil nak menunggu kedai buka, kita makan dulu. Untuk cari kedai makan halal, tak jadi masalah sebab kat situ ada beberapa gerai yang mejual makanan halal. InsyaAllah bila nampak tanda halal, kita boleh makan.
Banyak kedai yang tak buka lagi.
Kedai jual kebab. Sedap.
Kedai makan halal.
Lama juga aku pusing-pusing sekitar Chatuchak Weekend Market. Macam-macam ada jual di sana. Sebut apa sahaja, semua ada daripada baju, makanan, hiasan rumah, binatang peliharaan dan banyak lagi. Pukul 1pm kami keluar tapi sebelum sampai ke hotel, nak cari kedai makan. Aku ada baca blog, di kawasan Ratchathewi banyak kedai makan halal. Aku ingat nak cuba makan terutamanya tomyam. Tak sah kalau sampai di Bangkok tak makan tomyam kan?
BTS Mo Chit.
Untuk sampai ke Ratchathewi, ambil BTS Mo Chit ke BTS Ratchathewi dengan tambang 25baht. Keluar sahaja BTS Ratchathewi, jalan sekitar 10-15 minit dah jumpa kedai makan Mak Yah. Memang famous kedai ni sebab dah keluar beberapa kali kat TV dan surat khabar.
Bersama-sama tuan punya kedai Mak Yah.
Kedai kecil tapi selesa.
Depan kedai Mak Yah.
Aku order tomyam seafood dengan phad thai (kuew tiow goreng siam). Ya Allah pedasnya makanan dia sampai aku tak habis makan. Aku rasa makanaan dia overated sebab bagi aku biasa-biasa je. Lepas makan, terus balik hotel dan tidur. Panas sangat kat Chatuchak Weekend Market sampai aku tak larat nak jalan lagi. Ikutkan plan asal pada hari kedua nak ke Grand Palace tapi tak jadi. Nampaknya Grand Palace kat bilik je lah jawabnya. Hehehe..
Hasil tangkapan di Chatuchak Weekend Market.
Pukul 6pm, jalan-jalan di Terminal 21 Mall yang terletak dekat dengan hotel. Cuma jalan kaki seberang jalan 15 minit dah sampai. Aku dapat tahu Terminal 21 Mall ni baru buka. Yang best kat sini, setiap tingkat ada tema sendiri contohnya tema Istanbul, Tokyo, San Francisco dan banyak lagi.
Istanbul.
London.
San Francisco.
Di tingkat 5 ada food court yang menghidangkan pelbagai jenis makanan dan Alhamdulillah ada 1 kedai makanan halal. Harganya boleh tahan dan sedap.
Nasi kuning rasa macam nasi beriani dengan ayam goreng harga 30baht.
Air jus buah campur harga 35baht.
Suasana food court.
Perut dah kenyang, mata dah mengantuk..balik hotel dan tidur. Esok sambung perjalanan lagi. Ke mana? Tunggu!!
p/s: sambung hari ketiga.
Mur mur betul brg dan mknan d sana ek tempat2 ni jm akan masukkan dlm ite :-)
ReplyDeleteokla boleh tahan harganya
Deleterasa pun sedap juga
Asalamualaikum... nak tanya.. selamat ke perempuan2 je jln2 kat bangkok? Sya nak kena p business trip,,
ReplyDeletewaalaikumsalam. setakat yg pernah saya ke bangkok, insyaAllah selamat semuanya. jangan risau.
Delete