Tuesday, February 19, 2013

Family trip to Singapore

Kebelakangan ini kerja di opis semakin banyak dengan nak kejar timeline siapkan report, nak buat event lah, presentation dan macam-macam. Kat opis ni, masa sibuk, memang sibuklah tapi masa free, memang free gila. Mampus kalau boss aku tahu pasal ni. Hahaha!

Ok, tak perlu aku nak cerita panjang pasal opis ni. 

InsyaAllah bulan depan ada trip ke Singapura dengan adik-adik sempena meraikan kejayaan aku dapat MBA baru-baru ini. Aku dah janji, kalau aku dapat MBA aku nak belanja adik-adik aku. Mulanya ayah aku nak join ke Singapura tapi entah kenapa saat-saat akhir tak jadi pula. Aku dah beli tiket flight tapi nak buat macamana, burn je lah. Korang rasa, ada peluang tak aku dapat duit aku balik? 

Selama berada di Singapura 3 hari 2 malam, perjalanan ke Singapura bermula dengan menaiki keretapi dari Kajang terus ke Woodland. Balik ke Bangi nanti  naik flight Jetstar sebab aku tak pernah naik Jetstar. Mana best berbanding naik Air Asia? Ada sesiapa pernah naik Jetstar?

Tujuan utama ke Singapura ialah nak ke Universal Studio Singapore (USS) sebab tahun lepas aku tak sempat nak pergi. Pasti lagi meriah dengan ada kehadiran Sara, Hadi dengan Harith. Ye lah..Awong belanja nanti ok. Konon nak jadi best makcik lah tu. 

Itinerary ke Singapura belum siap lagi tapi yang pasti 1 hari akan berada di USS. Yang lain-lain tengok kepada keadaan dan kedudukan kewangan. Ikutkan hati memang nak explore 1 Singapura. (takut je aku yang pancit nanti)

Aku dah booked hotel awal-awal sebab takut tak ada bilik nanti. Ya lah, kali ini bukan sedikit yang nak pergi. Ada 6 dewasa dan 3 kanak-kanak dan pasti memerlukan bilik banyak. Oh ya, aku pilih hotel sekitar Joo Chiat Road. Di antara sebab aku pilih situ sebab senang nak cari makan dan shopping. Itu tips daripada Makcik aku yang tinggal di Singapura. 

p/s: yang penting sekali, aku dapat cuti daripada boss. kalau tak, mahu aku menangis nanti. uwaaaa!!!

4 comments:

  1. Pujuk le ayah kak long ikut...rugi lerrr camtuh atoknya takmo join... rasenye mmg takkan dpt balik le duit tiket yg burn kecuali ada org nak beli (tiket ketapi ngan flight ke?)...

    ReplyDelete
  2. baru beli tiket flight, tiket keretapi belum beli lagi. nak buat macamana, ayah tak nak ikut. burn je la tiket tu. :(

    ReplyDelete
  3. saya nak tanya. Pergi naik train tu kena bawak passport semua ya..kena buat visa dulu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kena bawa passport.
      tak perlu nak buat visa.
      hanya isi borang yang disediakan masa sampai di Woodland nanti.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails