Sunday, February 15, 2015

Love from Melbourne - part 1

Assalamualaikum semua.

Lama dah tak update blog ni kan? Alhamdulillah aku selamat kembali bercuti ke Melbourne baru-baru ini. Melbourne memang cantik dan bersih tapi sayang sekejap sangat berada di sana. Aku berada di sana cuma 5 hari sahaja dan banyak tempat yang tak sempat nak terokai. Aku ke sana bertiga dengan ayah dan adik. Aku dengan adik naik kapalterbang sama manakala ayah pula naik kapalterbang lain. Apa-apa pun, kami akan jumpa semula di lapangan terbang nanti. 

Perjalanan ke Melbourne yang mengambil masa selama 8 jam. Lama memang lama tapi nasib baik ambil penerbangan malam. Sepanjang perjalanan memang tidurlah kerja aku. Lebih kurang pukul 10.30 pagi sampailah aku ke Melbourne.

Sampai sahaja di lapangan terbang, punyalah panjang orang beratur untuk melepasi imigresen. Aku rasa mahu 2 jam aku beratur. Boleh pula masa beratur ada budak muntah depan aku. Aduhai..kenapalah ini boleh berlaku? Nasib baik tak kena kat aku. 

Tengok..punyalah orang ramai beratur.

Muka boring beratur panjang. 

Sebelum aku terlupa, ada borang perlu diisi dan dalam borang itu perlu diberitahu sekiranya kita ada membawa ubat, makanan dan sebagainya. Kalau kita tak beritahu dan dibuatnya dia orang jumpa barang-barang tersebut, siap sedialah untuk bayar denda yang mahal. Nasib baik aku tak bawa apa-apa, jadi tak perlulah nak beritahu. Bukan apa, kalau kita bawa apa-apa nanti kena periksa pula. Pasti mengambil masa lama lagi. Tak kuasa akak tau. 

Lepas sahaja urusan imigresen dan beg, cari ayah dulu sebab ayah sampai lebih awal daripada aku. Untuk ke hotel, aku tanya dulu orang di kaunter pertanyaan cara mana lagi mudah dan senang. Ada 2 cara sebenarnya sama ada ambil teksi atau Skybus. Memandangkan aku bertiga dan beg yang banyak, dinasihatkan untuk ambil teksi. Lagipun harganya pun tak jauh beza. Tambang teksi dari airport ke hotel dalam $56. Kalau aku seorang je, pasti aku ambil Skybus. Perjalanan dari lapangan terbang ke hotel mengambil masa sekitar 20-30 minit. 

Sepanjang aku berada di Melbourne, aku telah memilih untuk tinggal di Arrow on Swanston Street. Ada sebab aku pilih hotel ini antaranya ada dapur nak masak dan dekat dengan Queen Victoria Market. Harga untuk 4 malam di sana dalam RM2,000. Nak tengok biliknya? 

Ruang tamu yang kecil. 


Dapur untuk masak. 

Bilik tidur. 

Sampai sahaja di bilik, rehatkan diri sekejap dan tukar baju. Perut terasa lapar pula sebab tak makan lagi. Jam pun dah pukul 2 lebih, memang patutlah nak kena isi. Nak buat macamana aku memang tak bawa bekalan makanan. Ingat nak tanya dulu receptionist di mana nak cari kedai makanan yang halal. 

Masa kami ambil lif, terserempak pula dengan orang Malaysia yang kebetulan tinggal sama 1 hotel dengan kami. Kebetulan pula mereka memang nak keluar cari makan. Apa lagi, kami bertiga pun ikutlah mereka ke Melbourne Central Shopping Centre. Tak jauh pun jaraknya ada dalam 20 minit jalan kaki. Sepanjang perjalanan, tak sempat nak berkenalan lebih sebab mereka pun nampaknya nak cepat. Yang aku dapat tahu, anak dia belajar di sana dan asal dari Negeri Sembilan. Apa-apa pun terima kasih sebab tunjukkan jalan di sana. 

Di Melbourne Central Shopping Centre, jumpa juga kedai makanan halal yang menjual makanan Thai. Makanan pertama kami di Melbourne adalah nasi campur. Dah nama anak melayu, nak juga cari makan nasi. Hehehe...

Makanan tengahari harga $33. 

Selesai makan, singgah di Coles yang berada di tingkat bawah untuk membeli barang dapur. Waah best betul tengok buah-buahan yang segar seperti pic, nectarine, strawberi dan banyak lagi. Macam nak beli semua rasanya. 

Hasil tangkapan di Coles. 

Ke mana pula selepas ini? Kita sambung dulu ya. 

p/s: sudah jatuh cinta dengan Melbourne. 

6 comments:

  1. oh..pergi bertiga...wah sporting nye ayah follow sekali...RM2K for 4 night..kira kategori apartment ke Mazu..

    sudah jatuh cinta sama Melbourne katanya..pernah gak dgr ada org cakap antara Perth, Sydney, Gold Coast dan Melbourne..Melbourne is the best...huhuhu...bila agaknya JM ada peluang ke sana kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah bertiga dengan adik & ayah. sebenarnya trip ke Melbourne adalah idea ayah. kami cuma ikut je. hehehe..

      hotel ni ada macam apartment. boleh nak stay lama, sesuai untuk penginapan student. kat situ banyak universiti yang berdekatan.

      ini kali pertama ke Australia. saya tak tau tempat lain macamana tapi tak menyesal punya ke Melbourne.

      Delete
  2. Kalau stay di Ibis Budget.. dekat dengan semua kemudahan... cuma tak bleh masak2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. hotel ibis memang dekat dengan kemudahan (queen victoria market memang dekat!)
      bila boleh masak ni, jimat duit sikit. :)

      Delete
  3. 2K tu kira murah ke mahal ? CT pun tak tahu tak pernah sampai ehehehe..
    kalau mmg dari awal target nak masak mmg okay la kot.. ada tempat lepak semua dalam blik.. selesa..

    ramai nyaaaa bratuq.. peeergh.. lambat benar proses imigresennya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa ok dengan harga RM2k tu untuk 4 malam. bilik pun bersih & ada tempat masak.
      memang ramai gila org beratur. mau ketar lutut berdiri lama-lama.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails