Thursday, April 16, 2015

Not again Bubu

Bubu kesayanganku kena langgar lagi. Kasihan Bubu. Dahlah tahun lepas kena langgar. Kalau nak dibandingkan yang tahun lepas, kali ini lagi teruk. 

Ayah aku siap beritahu yang sebenarnya aku nak tukar kereta baru. Oppss! Bocor rahsia. 

Ceritanya begini. 

Aku sebenarnya baru balik dari kerja dan dalam perjalanan nak ambil kawan aku di stesen ERL Putrajaya. Kebetulan masa tu baru sahaja lepas hujan dan keadaan jalan yang agak licin. Entah macamana masa aku masuk simpang ke Putrajaya, stereng kereta lock dan kereta aku berpusing. Aku boleh rasakan kereta berpusing dalam 3-4 kali dan sedar-sedar sahaja kereta aku langgar penghadang jalan. 

Inilah rupa kereta aku kena langgar penghadang jalan. 




Alhamdulillah aku tak cedera apa-apa dan kebetulan masa tu kereta tak ada. Nasib baik ada 2 orang pemuda tolong aku uruskan hal kereta. Kalau dibuatnya aku cedera, mahu aku menangis. Menangis bukan pasal kereta tapi menangis sebab aku tak dapat pergi ke Ho Chi Minh pada hari esoknya. Apa tak nya aku dan kawan aku dah lama buat booking. 

Lepas urusan laporan polis dan hantar kereta ke bengkel, baru lega hati aku. Bolehlah aku berjalan ke Ho Chi Minh dengan tenang. 

Nanti aku update trip ke Ho Chi Minh ok? Cerita trip di Melbourne ada sikit lagi. Tunggu ya. 

p/s: misi mencari kain raya. 

2 comments:

  1. Ya Allah..yg penting Mazu selamat..kereta teruk tak pe..kalau dah 3-4 klai pusing tu..ishh...mmg luruh jantunglah waktu...

    stereng lock? kena tiba2 jadi camtu eh...tgh drive pastu stereng tak berfungsi ke mcm mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak tahu kenapa tiba-tiba jadi macam tu.
      yg penting saya selamat.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails