Thursday, December 14, 2017

9 tahun sudah?


Eh dah 9 tahun rupanya umur blog aku ni. Cepatnya masa berlalu. Aku ingat lagi masa mula-mula berkecimpung dengan dunia blog ni, bukan main rajin update. Beza betul dengan sekarang, dah jarang sangat aku update. Kadang-kadang sampai 1 bulan tak update. 

Sempat juga tadi aku baca entry lama terutama sekali bila cerita pasal boss lama aku, Mr X, Junaidah Ali Bashah dan banyak lagi. Siapa yang ikut cerita aku, mesti kenal watak-watak aku sebut tadi. Rasanya semua benda aku nak kongsi  dalam blog. 

As time goes by, cerita peribadi aku dah jarang kongsi dalam blog. Kalau aku sambung cerita  macam dulu-dulu, ada ke nak baca? Malu laaahhh!!! 

Sekarang aku lebih banyak cerita pengalaman destinasi dan tempat aku pergi. Manalah tahu boleh jadi rujukan untuk teroka nanti. 

Semenjak ada IG, aku lebih senang kongsi pengalaman di sana. Lagi senang sebab tak perlu nak cerita panjang-panjang. Letak gambar lepas tu tambah ayat sikit. (dasar pemalas betul!) 

Untuk tahun 2017, apa yang capai setakat ini? Yang penting aku dah sampai ke New Zealand. Negara yang aku impikan dari dulu lagi. Yang lain-lain tu aku rasa dah jarang nak sentap-sentap ni. Tak kuasa aku nak sentap. Umur makin meningkat, aku lebih cool down. Cewaah!  Lebih-lebih lagi umur dah masuk 4 series kan...uhuk uhuk. (jangan nak perasan muda)

Ok mari kita ceriakan diri, jangan nak sedih-sedih. Tak perlu nak kejar bilangan tempat nak pergi tapi kejar bilangan pengalaman yang kita perolehi. Pengalaman yang tak akan hilang sampai bila-bila. 

p/s: terasa skema ayat aku ni. hahaha!! 

4 comments:

  1. biasa la Mazu..mula2 berblog semua org berapi2 . sekarang semua berasap..huhu

    ReplyDelete
  2. woaaah dah 9 tahun ? hehehe entri2 lama CT semua jadi draft. tak sanggop nak baca hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya dah 9 tahun. entri lama tu boleh mengimbas kenangan lama.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails