Sempena tahun baru 2018, kita buat aktiviti lain daripada biasa. Selain daripada jalan-jalan dan makan-makan, kita buat aktiviti masuk kelas membakar kek. Memang lama aku nak ikut kelas ini tapi ada sahaja penghalangnya.
Kebetulan nampak ada buat kelas membakar kek dekat kawasan rumah yang dikelolakan oleh Sugar Bytes, (cuba tengok IG sugar_bytes). Apa lagi, aku cepat-cepat ambil peluang ikut.
Bayaran dikenakan sebanyak RM300 seorang dan boleh belajar 5 jenis kek. Makan pagi dan tengahari disediakan kepada pelajar. Bawa badan sahaja untuk belajar.
Pelajar yang ikut sama pun tak ramai, dalam 7 orang. Kalau ramai sangat, tak dapat nak tumpu perhatian. Ada yang datang dari Johor, Melaka, dan Negeri Sembilan sanggup datang belajar sama-sama. Kagum aku.
Kek yang diajar adalah:
1. Red Velvet Nutella Cake
2. Pandan Gula Melaka Cake
3. Carrot Walnut Cake
4. Lemon Coconut Cake
5. Congo Bars
Boleh katakan semua kek yang diajar, sedap-sedap rasanya. Bila dah belajar buat kek, tak tahu pula nak buat sendiri. Itu yang menjadi masalahnya sekarang. Masa belajar bukan main semangat tapi bila dah balik rumah, terus hilang semangat tu.
Red velvet nutella cake dengan carrot walnut cake sebelum dibakar.
Congo bar dah siap bakar.
Ini cara pegang piping bag ya. Cikgu tengah tunjuk ni.
Carrot walnut cake siap dihias.
Red velvet nutella cake.
Pandan gula melaka cake.
Lemon coconut cake.
Inilah hasil kelas membakar kek di Sugar Bytes.
Bersama-sama pelajar lain dan cikgu. Yang depan tu over sangat posing lah.
Lepas ni boleh buat bisnes jual kek untuk tambah rezeki. Ada sesiapa nak order tak? Hehehe...
p/s: buat kek untuk makan sendiri pun dah ok.
Wah seronok nya. Aku pun slalu tringin nak join tp msh blm berkesempatan
ReplyDeleteseronok sangat makcik. jomla kita join sama-sama nanti.
Deleteya Allah ya rabbi !! sedapnyaaaaa kak oi.. kalo rajin buat hulur2 sket kat kampung bahagia ni ngeh2..
ReplyDeletememang sedap kek tu. rasa nak makan semua.
Deletewah...kalau ada dekat sini..saya pun rasa macam nak masuk kelas kek...best pula tengok kek semua sedap2
ReplyDeletebest masuk kelas, macam-macam tips kita dapat. cuma nak buat sendiri tak tau bila nak mula.
DeleteCantik dn nampk sedap
ReplyDeletebetul kak. rasa nak makan semua
Delete