Tempat Penginapan
Untuk penginapan di Jeju, aku telah memilih menginap di You&I Guesthouse. Recommended sangat sebab semuanya best. Pekerja banyak membantu memberi maklumat berkaitan Jeju. Biliknya bersih dan perkhidmatan disediakan bagus. Aku jarang nak puji tapi sekali aku puji, memang betul maksudnya.
Untuk penginapan di Jeju, aku telah memilih menginap di You&I Guesthouse. Recommended sangat sebab semuanya best. Pekerja banyak membantu memberi maklumat berkaitan Jeju. Biliknya bersih dan perkhidmatan disediakan bagus. Aku jarang nak puji tapi sekali aku puji, memang betul maksudnya.
Ruang tamu yang luas dan bersih.
Ada dapur yang menyediakan barang-barang kegunaan tetamu muslim.
Pengangkutan
Untuk jalan-jalan sekitar Jeju, aku telah memilih untuk sewa teksi. Bayaran dikenakan adalah 150,000won untuk 1 hari (8jam). Beritahu ke mana kita nak pergi nanti pemandu akan bawa.
Walau bagaimanapun pemandu akan beri cadangan sama ada sesuai atau tak. Sebagai contoh kalau tempat nak pergi tu berada di selatan Jeju, dia akan bawa tempat yang berdekatan situ sahaja. Jadi rancang tempat sebaik-baiknya, ok?
1 lagi kalau boleh pilihlah pemandu teksi yang boleh bercakap English, senang nak berkomunikasi nanti.
Sebenarnya boleh juga kalau kita nak memandu kereta sewa tapi untuk memandu di sana kena ada lesen memandu antarabangsa. Aku pula memang tak buat lesen memandu antarabangsa dan ditambah pula aku tak berani nak memandu sana. Lebih baik aku sewa teksi, sediakanlah duitnya. Senang je.
Makanan Halal
Mencari makanan halal, tak menjadi masalah. Usahalah sedikit untuk mencari maklumat makanan halal. Hari pertama di Jeju, aku telah menikmati shabu-shabu buffet di Cheonhaecheon Restaurant. Memang banyak pilihannya sampai tak tahu nak pilih apa. Harga yang dikenakan adalah 34,000won seorang. Makanlah sepuas-puas hati!
Tempat seterusnya, aku telah dibawa ke restoran makan laut. Maaf aku tak pasti namanya tapi dekat dengan kawasan Seongsan Ilchulbang Peak.
Jangan lupa untuk mencuba shrimp burger dan broccoli soup di Innisfree. Memang terbaik!
Buah-buahan di Jeju memang manis terutamanya buah strawberry dan limau. Cuba tau bila di Jeju nanti.
Tak salah rasanya kita mencuba street food di sana. Kalau ada kesempatan, cubalah.
Ini namanya hotteok. Rasanya macam roti boom tapi manis. Gara-gara pengaruh tengok cerita Youn's Kitchen di TV.
Cerita selanjutnya aku akan kongsikan tempat menarik untuk dilawati di Jeju. Tak banyak tempat yang sempat aku kunjungi memandangkan cuaca tak mengizinkan. Hujan sepanjang hari semasa di Jeju.
p/s: macam nak repeat je ke Jeju.
😥😥😥😥 Aku cemburu
ReplyDeleteJomla makcik. Aku mmg ada plan nak repeat trip.
DeleteYea, kita harus ke sini aku ak pepeling kt drama korea 😂😂😂
DeleteBoleh je. Nanti kita set masa.
Deletesyoknya.
ReplyDeleteJanji Kita
Memang syok
Deletewoaaah kak da mula tulis pasal Jeju cheq belum mula lagi. hehe nak kena kejar ni hehe
ReplyDeleteApa lagi? Update cepat.
Deletewahhh.. bestnyer kat sana/
ReplyDeleteBest sangat. Rasa nak repeat trip je.
DeleteThis is a great post, thanks for sharing it
ReplyDelete