Minggu lepas aku join baking class lagi. Kali ini belajar buat Victoria Sandwich Cake, salah satu kek kegemaran aku. Dah lama aku nak belajar buat kek ni dan bila dapat peluang, aku terus ambil.
Bayaran dikenakan sebanyak RM80 seorang termasuk nota resepi, makanan dan bahan untuk membuat kek. Sepanjang kelas, Cikgu Azura akan memberi tunjuk ajar dan tips cara nak buat kek dari mula sampai akhir. Banyak tips yang dikongsi bersama-sama untuk memastikan kek yang dibuat akan menjadi.
Tak sangka pula, siap dapat extra resepi buat Congo Bar. Wah! Rezeki kami betul sebab masa kelas ini dibuka hanya ajar 1 resepi sahaja. Sayang betul Cikgu Azura dengan kami. Hehehe...terima kasih ya.
Inilah hasil baking class aku. Rasanya sudah pasti sedap. Yummy!

Victoria Sandwich Cake
Congo Bar. Dapat belajar extra resepi.
Kawan-kawan sama belajar baking. Cikgu Azura yang pakai tudung kotak-kotak. Abaikan anak murid yang kiri sekali tu. Bab gambar dia memang over betul.
Tak sabar rasanya aku nak join baking class lagi pada bulan depan. Nak tahu apa resepinya, kenalah tunggu. Aku hanya belajar apa yang aku suka sahaja. Manalah tahu ada rezeki boleh buat jana pendapatan kan? Ada sesiapa nak order kek tak dengan aku nanti?
Tak lama lepas tu, aku cuba buat Victoria Sandwich Cake. Nak tahu hasilnya? Cuba bandingkan kek yang aku buat dengan Cikgu Azura ya.
Ini yang Cikgu Azura buat.
↓
↓
↓
Ini yang aku buat.
Ok tak? Buah strawberry punyalah banyak dan besar. Kalau buat jual, tak tahulah berapa aku nak caj.
Alhamdulillah kek aku menjadi. Rasa macam apa yang aku belajar dengan Cikgu Azura. Bab hias kek tu kena belajar lagi. Apa-apa pun rasanya sedap. Puji diri sendiri nampak.
p/s: nak kena ambil mood baking baru menjadi keknya.
Wahhh seronok arr baking2 nii. Kalau ada org baking then aku mkn lagi best kan 😁😁😁
ReplyDeleteBetul sangat. Aku sokong!
Deletedouble tinggi kek mazu...tahniah !
ReplyDeleteTerlebih icing sebab tu nampak tinggi. Hehehe
Deletewahhh.. sedpnya.. teringin nak belajar jugak :)
ReplyDeleteJomla join. Dapat belajar dan makan sekali.
DeleteDah boleh open order ni 😬
ReplyDelete