Friday, November 12, 2010

Ke mana kita??

Air Asia ada promosi zero fare baru-baru ini. Apa lagi..cepat-cepat aku book tiket untuk melancong. 


So..ke mana kita lepas ini???


Kota Kinabalu, Sabah!!!!!


Trip ke Kota Kinabalu lambat lagi...aku book tiket 15-18 Oktober 2011. Harga tiket untuk 4 dewasa dan 2 kanak-kanak cuma RM672 semuanya. Bajet seorang dalam RM112. Rasa oklah tu kan? Masih ada banyak masa lagi plan ke sana. Ada idea kat mana nak pergi tempat yang menarik di sana? Aku dah aim nak ke Pasar Filipina borong mutiara. Hehehe...

Nanti aku sambung lagi apa plan aku ke Kota Kinabalu ya. 

p/s: kota kinabalu...here i come! 

Monday, November 8, 2010

Mari-mari semua

Mari sini kawan-kawan. Akak nak cerita sikit. Macam best je kan aku nak cerita. Hehehe..Nak tahu ke?

Siang tadi aku dah dapat result exam. Alhamdulillah semuanya pass. Syukur sangat-sangat sebab result kali ini memberansangkan dan ini adalah result exam yang terbaik untuk setakat ini. Aku ada check dengan kawan-kawan aku yang lain, dia orang pun berpuas hati dengan result exam. Tak lupa juga aku sempat sms Mr. X tanyakan pasal result exam.

Aku: dah dapat result?

Mr. X: dah check dengan ATC. u?

Aku: dah. amacam result? 

Mr. X: oklah

Aku: 4 flat lah tu. hehehehe

Alahai...dia tak nak beritahu tapi kan..aku rasa sure dia dapat straight A's. Orang macam dia tentulah excellent.

Oh ya result result exam aku? Ok..ok aku beritahu. Jangan takut.

Decision Analysis: A

Introduction to Entrepreneurship: A-

GPA: 3.83

CGPA: 3.34

Untuk semester depan, aku kena ambil sabjek Accounting Management dengan Strategic Management. Dengar macam gempak je kan? Aku bab accounting tak berapa pandai sangat. Masa SPM dulu pun dapat C4 je. Tengok je nombor, mulalah berpinar mata aku dibuatnya. Hehehe..

p/s: tak sabar nak jumpa balik classmate hari sabtu ini especially Mr. X. 

Sunday, November 7, 2010

Idea ooo idea

Aku dah update blog tadi tapi tiba-tiba rasa tak best pula. Terus aku delete. Abaikan sahaja apa yang aku tulis tadi. Tiba-tiba datang pula angin berangan. Hmmm..mulalah aku berangan tak tentu pasal. Hahaha..malu beb! 

Ok..sila lupakan apa aku tulis tadi ya. Aku sebenarnya nak cerita lain tapi dah dekat 1 jam aku mengadap laptop, idea tak datang juga. Layan kejap lagu kakak kesayangan aku, Francissca Peter. Hmm..tak datang juga idea. 

Idea ini tak boleh paksa sangat sebab kadang-kadang idea boleh datang sendiri. Bila idea dah datang, laju je nak tulis. Kalau ada masalah nak cari idea, selalunya aku cari mood dulu. Layan lagu, layan Facebook kejap atau lompat-lompat baca blog orang lain. 

Kagumlah siapa yang boleh update blog tiap-tiap hari. Siap boleh menjana pendapatan tu! Rasa-rasanya kalau aku buat fulltime tulis blog, boleh kaya tak? Aku tengok akaun Nuffnang aku tak berubah pun. Cuma RM2.50 dari dulu lagi. Aku taklah nak mengharap dapat duit lebih daripada Nuffnang sebab aku tahu tak ramai yang tahu kewujudan blog aku ini. Follower pun baru 7 orang. Hehehe..

Ada kawan aku cakap buatlah blog pasal kek carrot aku. Boleh jual dan dapat duit lebih. Bagi aku, aku buat kek cuma suka-suka sahaja. Kalau ada orang nak, aku buatlah. Untung pun aku tak ambil banyak. Cukuplah lepas duit belanja modal. InsyaAllah..rezeki ada di mana-mana sahaja kalau kita berusaha. 

p/s: kalaulah aku kaya  tapi sekarang bahayalah. silap-silap kena bunuh.

Friday, November 5, 2010

Air Asia Zero Fare?


Apa agaknya promosi Air Asia kali ini? Adakah zero fare lagi sekali? Sama-sama kita tunggu 9 November nanti. 

p/s: nak ke mana lagi ya?

Aktiviti cuti-cuti

Aku perasan sejak kebelakangan ini, post aku semakin ringkas. Aku tak tahu nak cerita apa yang berlaku dalam hidup aku sekarang ini. Ambil cuti 3 dan 4 November, ingatkan bolehlah datang idea nak tulis kat blog. Haraaamm..idea tak datang langsung. 

Aku ambil cuti pun bukannya buat apa-apa. Stay kat rumah dan semalam tiba-tiba nak buat pizza. Konon nak tunjuk skill sebab dah lama tak buat. Alamak aku lupa nak ambil gambar pizza semalam. Tak sempat beb..selamat masuk perut. Hahaha. Sesiapa nak resepi pizza, boleh refer kat entry blog aku sebelum ini. Cubalah dulu. InsyaAllah jadi. 

Hari ini pula cuti Hari Deepavali. Ajak adik-adik aku main bowling kat Alamanda Bowling. Ya aku mengaku aku tak pandai main tapi entah kenapa rasa nak main bowling pula. Agaknya masih tak puas hati dengan main bowling hari tu. Asyik masuk longkang sahaja. 

So, kita orang main 3 game (Sara dan Hadi pun main sekali) dan aku taklah score banyak. Malulah aku nak beritahu berapa score aku..nak tahu juga ke? Oklah..aku berjaya score bawah 50 untuk 1 game. Malunya bila tengok orang sebelah asyik strike sahaja. Jangan tak tahu, masa last game aku boleh buat strike. Rasa bangga gila. 

Dapat juga aku buat strike masa nak hujung-hujung game. Lambat betul seru datang. Hehehe..

Esok tak pasti lagi nak buat apa. Kalau tak ada apa-apa, rasa stay je kat rumah. Ada idea nak pergi mana-mana yang tak perlukan kos yang banyak? Alamak, minggu depan dah mula kelas MBA.  Result exam sure tak lama lagi nak keluar. 

p/s: taaakkkkuuuutttttnya!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails