Friday, June 3, 2011

Tak marahlah

Perasan atau tak, semenjak kebelakangan ini aku asyik marah je. Aku bukan marah cuma hendak meluahkan rasa tak puas hati. Ok..lepas ini aku cuba tak nak marah-marah lagi ya. Kalau nak ikutkan, aku ni susah nak marah orang tapi kalau sekali marah memang susah nak reda. 

Mari tarik nafas panjang-panjang.

Ya..aku tahu ada beberapa orang kat opis yang aku dah labelkan big X. Maksudnya orang tu dah dimasukkan senarai orang yang patut dijauhi. Dengan sebab itu, dinasihatkan supaya tidak berjumpa dan tidak melakukan sebarang perhubungan dengan orang itu. Kalau tak, rasa nak lempang-lempang je muka dia. Eeeiiiii!!

Ok cukup..tak mahu marah-marah lagi. Nanti jadi macam cerita 3 Abdul..kalau marah, nanti kena jual. Auuw akak tak rela..tapi kalau dapat laki yang kaya, handsome dan baik hati, aku rela je. Hehehe..

p/s: marah-marah nanti, semua orang lari

Wednesday, June 1, 2011

Ini bukan kaunter pertanyaan

Pagi tadi ada mamat tegur aku dan tanyakan pasal kawan aku. Ya..aku tahu kawan aku ni dulu pernah jadi girlfriend dia masa sekolah dulu. Aku ingatkan panggil aku sebab nak tanya pasal aku tapi rupa-rupanya tak. 

Kalau tanya sikit-sikit tu, aku bolehlah jawab tapi kalau dah tanya macam-macam..apa hal? 

Mamat: xxxx tu dah ada anak berapa?

Aku: kalau tak salah 3 orang.

Mamat: yang tua tu dah berapa tahun?

Aku: form 3 kot? dia kahwin awal. 

Mamat: dia buat apa ya sekarang?

Aku: dia tak kerja rasanya. (ish banyak pula tanya mamat ni)

Mamat: bukan dia selalu tolong kawan dia seorang lagi tu ke? 

Aku: rasanya lah kot (aku dah mula malas nak layan)

Mamat: suami dia orang ternama ya? 

Aku: a'ah...jodoh dia. 

Lepas tu aku tak ingat apa dah sebab aku memang betul-betul nak larikan diri daripada dia. Aku rasa makin lama aku dok situ, makin banyak pula dia tanya. 

Aku pun tak tahulah mamat tu. Kalau kau nak tahu pasal girlfriend lama kau, pergilah tanya sendiri. Aku bukannya kaunter pertanyaan ok. 

Kau nak apa lagi aa??


Sebenarnya, kalau boleh aku memang tak nak bertembung dengan mamat tu sebab pasti nanti dia akan tanya pasal kawan aku. Aku pun baru tahu yang selama ini mamat tu rupa-rupanya ialah senior masa sekolah dulu. Nasib baiklah dia tak 1 department dengan aku. Fuuh lega. 


p/s: pusing-pusing..jumpa balik 

Monday, May 30, 2011

Hati mula goyang

Adddduuhh..dalam dilemma sebenarnya. Tadi aku sempat survey kamera. Hati dah mula goyang-goyang nak beli atau tak sebab kamera yang ada sekarang dah tak boleh pakai lagi. 
Tawaran 1: 


Canon S95 
Ada offer dengan harga RM1,399 dapat memory card 4GB dan casing. The best part adalah boleh bayaran ansuran RM116 tanpa faedah untuk 12 bulan. 


Tawaran 2: 

Nikon D3100 
Ada kawan nak jual 2nd hand baru pakai 5 bulan dengan harga RM1,700 sekali lense. Kalau beli baru dalam harga RM2,199. 


Bantuan diperlukan. Sesiapa ada cadangan untuk beli kamera? Aku sebenarnya nak beli kamera yang senang dibawa dan boleh ambil gambar cantik tapi nak juga cuba pakai kamera SLR. Hmm....macamana ya?

p/s: bajet pun penting juga 

Sunday, May 29, 2011

Monday again?


Malasnya nak kerja esok. Kenapa mesti esok hari Isnin? Arrrrgghh!!

p/s: liat betul nak masuk kerja balik. 

Thursday, May 26, 2011

Selesai semuanya

Alhamdulillah. Selesai sudah acara majlis pelancaran Siri Pembangunan Industri yang berlangsung 24-25 Mei. Memang penat tapi hasilnya sangat berbaloi. Sebenarnya acara ni sepatutnya berlangsung pada tahun lepas tapi asyik bertangguh sahaja sampaikan aku pun tak ingat dah kali ke berapa agaknya. 

Terima kasih banyak-banyak kepada ahli kumpulan kerja yang sama-sama menjayakan acara ini bertungkus lumus tanpa mengira siang dan malam. 

Sedikit terkilan sebab masa acara ini dilancarkan, boss aku tak ada pula. Tiba-tiba boleh pula dia MC masa tu. Tak apalah...yang penting acara aku berjaya. Rasa-rasa boleh dapat bonus sekurang-kurangnya 5 bulan? Hehehe..

Mari kita saksikan serba sedikit acara pelancaran majlis tersebut.

YBM sedang melawat pameran.

YBM sedang berucap.

Majlis pelancaran.

Terimalah tanda cenderahati daripada kami. Nampak tak buku tu? Aku yang beli kat MPH Alamanda. Last minit beli. 

sumber gambar daripada KPKK. 

p/s: lain kali beri peluang kepada orang lain uruskan acara ya. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails