Friday, June 9, 2017

Projek Kad Raya 2017

Dah menjadi kebiasaan setiap tahun aku akan beri kad raya kepada semua. Rasa tak sempurna kalau tak dapat buat kali ini. Cewaah! Aku tak buat sebarang peruntukan jumlah kad raya. Kalau kali ini sambutan menggalakkan, banyaklah kad raya akan diberi. Apa lagi, janganlah malu-malu tau. 

Senang je nak dapatkan kad raya ni. Emel kepada mazuriah@gmail.com dengan berikan nama dan alamat. Ini terbuka kepada semua tak kira di mana korang berada. Malaysia? Jepun? Australia? InsyaAllah aku akan hantar kad raya aku tu. 

p/s: siapa dah tengok kad raya yang jual di pejabat pos? best kan? 




Monday, June 5, 2017

Selamat berpuasa

Dah masuk bulan Jun rupanya. Cepat betul masa berlalu. Nampak sangat aku dah jarang sangat nak update blog kan? Hati memang membuak-buak nak tulis tapi bila dah ada depan komputer, terus hilang idea. 


Krik krik..........


Alhamdulillah kita berpuasa masuk hari kesepuluh. Masih berlum terlambat aku nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua. Bersabarlah menempuh cubaan dan dugaan. Semoga kita diberikan kekuatan dan Ramadhan kali ini adalah lebih baik daripada sebelum ini. 

Tiba-tiba teringat pula kenangan di Perth. Ada satu makanan yang tak mungkin aku lupa sampai bila-bila. Apa lagi kalau bukan apple strudel. Memang terbaiklah. Kalau ada sesiapa berpeluang ke sana, jangan lupa beli tau!

Beli apple strudel di Corica Pastries.  

Inilah rupanya apple strudel pujaan hati. Tengok je boleh buat air liur meleleh. 

p/s: kuatkan semangat untuk update blog. 

Friday, May 19, 2017

Sesi shellout dengan Comot2

Selalu tak kalau orang tanya nak makan mana, kita akan cakap tak tahu. Apa kata kita makan ala ala shellout. Baru-baru ini kawan aku cadang untuk mengambil perkhidmatan makan shellout daripada Comot2. 

Yang best tu, perkhidmatan makan shellout tu boleh buat penghantaran ke mana-mana sahaja sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Bayaran penghantaran mengikut jarak jauh dan untuk ke opis aku, bayaran sebanyak RM35 dikenakan. 

Lagi satu yang aku suka tu, kita tak perlu susah-susah untuk hidangkan makanan tersebut. Pekerja daripada Comot2 akan buatkan segala-galanya bermula daripada mengalas meja, hidang dan hiaskan makanan. Aku? Aku cuma bawa perut dan makan. Memang dasar pelahap kan? Hahaha!!!  

Jenis lauk-lauk boleh dipilih mengikut kehendak kita. Macam aku, aku pilih 1 set family dan ditambah dengan sotong goreng dan sambal udang petai. Memang puas hatilah. Makan sampai kenyang! 

Nak tengok makanan yang dihidangkan? 

Nampak tak sambal udang petai? Udangnya besar-besar.  

Set family memang banyak lauknya.  

Nasi disusun dan diletak atas daun pisang.  

Ada ketam, udang, pepahat, kupang, scallops dan sayur-sayuran. 

Jangan tengok sahaja. Ambil sahaja mana yang suka. 

Hasilnya? Licin semuanya. Lazat sehingga menjilat jari. 

Sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut, boleh hubungi:
Awin (010-2570797) 
Weda (014-6388865)

p/s: sendawa bau petai. 

Tuesday, March 28, 2017

Kuching, Sarawak - tempat menarik

Sebenarnya kalau nak diikutkan memang banyak tempat menarik di Kuching. Terutamanya bila dapat pandu sendiri, lagi bebas ke mana-mana. 

Salah satu tempat yang sempat dilawati adalah Serikin. Nak tahu apa yang istimewa di Serikin? Ada pasar yang menjual pelbagai barangan tempatan dan untuk pengetahuan semua, pasar Serikin dibuka pada hari Sabtu dan Ahad. Jadi kalau ada rancangan ke sana, pastikan sampai pada hari tersebut.

Tak sempurna kalau tak beli kain. 

Biskut Gery yang viral. Aku beli dengan harga RM44 sekotak yang ada 20 bungkus. Rasanya sini lagi mahal kan? 

Dalam perjalanan balik ke Kuching sempat singgah ke Wind Cave dan Fairy Cave. Singgah sekejap sahaja sebab hujan. Sempatlah ambil gambar buat syarat dah sampai. 

Wind Cave.



Fairy Cave. 

Di Kota Samarahan, aku sempat jalan-jalan masuk UNIMAS. Perasan nak jadi pelajar balik. Nasib baik tak kena tahan. Hehehe..


Ada rupa pelajar UNIMAS tak? 

Yeaah UNIMAS. Here I come. 

Terdapat jeti feri di Kota Samarahan dan pengangkutan feri masih lagi berfungsi untuk sampai ke sebarang sungai. 





Bila tiba di Bandar Kuching, jangan lupa untuk mencari replika kucing. Aku dapat jumpa 3 replika kucing yang terletak berdekatan antara 1 sama lain. Seronok aku bila dapat jumpa replika kucing ni. 

Dekat Jalan Chan Chin Ann. 

Berhadapan Hotel Grand Magherita. 

Dekat Waterfront. (jauh sebab ambil gambar dalam kereta) 

Selain daripada itu, bolehlah cuba untuk menaiki cruise yang mengelilingi Sungai Sarawak. Tiket untuk menaiki cruise adalah RM130 seorang tapi aku dapat diskaun bayar RM125 sebab beli awal. Cruise hanya berjalan sekali sehari pada pukul 5.30pm. 


 Kapal cruise


Tingkat atas kapal cruise. Dinasihatkan datang awal untuk dapatkan tempat yang menarik. 

Disajikan dengan kek lapis dan air oren sepanjang perjalanan. 


Masjid Negeri Sarawak.  

 Astana. 


Dewan Undangan Negeri Sarawak. 


Kapal-kapal nelayan. 

Bersama-sama penari membuat persembahan tarian tradisional Sarawak. 

Jangan lupa untuk membeli ole-ole dari Sarawak. Apa lagi kalau bukan kek lapis dan ikan terubuk masin. Memang berbaloi beli sebab murah dan sedap. Nasib baik masa beli tak lebih muatan. Kalau tak, berpeluh ketiak nak bayar nanti. Fuuuh lega! 

Adik manis jual kek lapis. 

Itu sahaja cerita trip di Kuching. Trip main redah je tanpa ada apa-apa itinerary. Bila penat jalan, balik hotel bantai tidur. Sempoi habis trip kali ini. Yang penting aku gembira di Kuching. Lepas ni boleh buat lagi kan? 

p/s: bulan depan dah tunggu 1 trip. ke mana? tunggu! 

Monday, March 27, 2017

Kuching, Sarawak - syurga makanan

Untuk tahun 2017 dimulakan dengan trip ke Kuching selama 4 hari 3 malam. Trip dalam Malaysia dulu bagi warm up sebelum melangkah lebih jauh. Dahlah trip ke Kuching adalah trip last minit yang dirancang kurang daripada 1 bulan. Tak seperti trip sebelum ini yang mengambil masa berbulan-bulan. 

Trip ke Kuching kali ini lebih kepada jalan-jalan santai sambil menikmati makanan tempatan. Sepanjang aku berada di Kuching, aku menginap di Hotel Grand Magherita. 

Bilik di Hotel Grand Magherita. 

Pandangan daripada bilik. Boleh nampak Sungai Sarawak. 

Untuk explore Kuching, aku telah mengambil kereta sewa dan pandu sendiri. Sesiapa yang ada rancangan ke Kuching nanti, boleh hubungi Cikgu Halid (012-8871250). Servis memang baik dan yang best dapat kereta Axia baru. Harga pun boleh tahan, bayaran dikenakan adalah RM300 untuk 4 hari 3 malam. 

Kali ini aku rasa tak perlulah aku cerita terlalu terperinci sebab ini adalah trip ulangan dan kalau tak salah aku ini adalah trip kali ketiga. Aku cuma highlight yang penting sahaja dan manalah tahu boleh jadi rujukan kepada yang berminat ke Kuching nanti. Ok tak? Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh sahaja emel kepada aku. 

Kuching memang tempat terbaik untuk makan makanan laut. Boleh katakan tiap-tiap malam aku akan ke Top Spot untuk makan makanan laut. Kebetulan pula, malam sebelum aku sampai rupa-rupanya PM Dato' Sri Najib dah datang. Lokasi Top Spot tak jauh pun dari hotel. Kalau jalan kaki, dalam 10-15 minit dah sampai. 

Sayur pucuk midin goreng belacan. Wajib cuba. 

Udang masak butter. 

Umai obor-obor dengan umai udang. 

Oyster pancake. 

Jangan lupa juga untuk mencuba makanan tempatan di Kuching.

Laksa Sarawak. 

Aiskrim gula apong. 

Teh 3 lapis. 

Cerita selanjutnya, aku akan kongsikan ke mana aku pergi sepanjang berada di Kuching. Sempat lagi aku menyamar jadi pelajar Unimas. Perasan muda lagi tapi tak sedar diri umur dah tua. Hahaha! 

p/s: makanan laut dahlah sedap, murah pula. terbaiklah! 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails