Saturday, November 28, 2009

Sabar itu indah

Sebelum aku mulakan entry kali ini, aku nak mengambil kesempatan untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Pagi tadi kat surau selamat korban 17 ekor lembu. Rasanya tiap-tiap tahun angka korban akan meningkat dan seperti tahun-tahun sebelum ini, ayah aku ditugaskan tukang potong daging. Aku?? Tak ke mana pun..dok rumah je lah. Apa lagi? Hehehe..

Baru-baru ini aku dapat berita baik daripada opis aku. Pengumuman kepada staf yang sedang sambung belajar atau baru sahaja tamat belajar. Ada peruntukan khas untuk membayar semula pebelanjaan semasa belajar tapi dengan syarat kena habis belajar dulu.

Pembayaran balik bergantung kepada keputusan akhir dan pencapaian prestasi kerja. Kalau bagus, boleh dapat 100%!! Lepas tu syarat seterusnya kena ikat kerja dengan opis lah bergantung kepada jumlah yuran. Lagi banyak, lagi lama kena ikat. Aku dah kira jumlah yuran aku lebih kurang dalam RM20K++ so kena ikat dalam 1 tahun. Hmm..tak lah lama kena ikat.

Ini yang buatkan aku semangat nak belajar sungguh-sungguh. Biar maintain CGPA 3.00 sampai habis. Kepada Mr. X, aku nak challenge kau. Kita tengok siapa lagi hebat.

Sekarang ni, sibuk isi borang achievment sama ada pencapaian kerja kita bagus atau tak. Perkara yang paling lemah bila nak mengadap muka boss sebab dialah yang akan tentukan nasib kita sama ada kita akan dapat bonus 2 bulan..1 bulan..setengah bulan atau tak ada langsung.

Ini adalah kali pertama aku dapat bonus kat opis sebab sebelum ini aku cuma staf kontrak. Jadinya aku tak berhak dapat bonus atau increament. Lama juga aku jadi staf kontrak..ada dekat 2 tahun rasanya. Alhamdulillah berkat sabar, aku dapat jadi staf tetap. Kalau nak cerita lebih lanjut bagaimana susahnya nak jadi staf tetap, memang panjang jawabnya. InsyaAllah kalau ada masa, aku akan cerita semuanya.

Kalau kita sabar, insyaAllah hasilnya lumayan. Memang boss tu ada angin tapi nak buat macamana kita cuma staf..hanya menurut perintah. Ada juga terlintas nak mengamuk dan bakar opis tapi kena sabar beb! Silap-silap glamer 1 Malaysia. Tak kuasa akak..

p/s: sabar itu separuh daripada iman

Sunday, November 22, 2009

Hujan oo hujan


Selalunya kalau tiba hujung tahun ni memang hujan je. Sekarang ni boleh katakan tiap-tiap hari mesti hujan. Tak kiralah pagi ke petang ke malam. Aku ni memang pantang sikit kalau hujan ni. Apa taknya mesti rasa nak tidur je. Lagi best kalau dapat selimut gebu dan bantal yang empuk. Perrgghh!! Memang tak ingat dunialah jawabnya. Sekali tidur, memang liatlah nak bangun. Hehehe..

Kalau dalam cerita hindustan, aksi masa hujan adalah aksi wajib. Masa inilah kita dapat saksikan adegan berlari-lari masa hujan (masa tak hujan, tak nak pulak lari). Yang si heroin sure masa ni sangatlah seksi. Segala susuk tubuh badan jelas kelihatan. Masa inilah penonton tak berganjak dan mata memang terbeliak tengok.  

Masa aku kecil dulu, arwah mak aku memang marah kalau keluar main masa hujan. Ada sekali aku main dengan kawan-kawan masa hujan renyai-renyai (bukannya hujan lebat). Bila arwah mak aku dapat tau aku pergi keluar main, marahlah apa lagi. Sebagai balasan, siaplah kena rotan. Biasalah budak degil memang patut kena rotan.

Cerita pasal hujan ni, ada orang cakap. Kalau rasa suara tak sedap jangan nyanyi kuat-kuat nanti hujan. Katak pun tak boleh nak cari makan sebab selama ni memang pun tugas katak panggil hujan. Masih tak percaya? Cuba ingat balik lagu "Bangau oh Bangau". Part yang last sekali bila orang tanya kenapa katak panggil hujan. Sebab ular nak makan dia. Betul tak?

p/s: suka tidur kat kampung masa hujan. leka dengar bunyi hujan jatuh kat atap zink..tip tap tip tp


Friday, November 20, 2009

Layan jiwang


Tak boleh jadi ni...kalau malam-malam ni dok layan lagu jiwang. Ish ish...kalau dok layan je ni susah nak tidur lah jawabnya. Esok pagi masuk kerja sure mengantuk. Dahlah bos dah sound aku beberapa kali, kalau nak tidur pun cover lah sikit. Nampak dek boss besar..apa pula dia cakap kan?

Aku jiwang? Hahaha macam tak percaya pula. Ok ok...sshhh jangan bagitau sesiapa ya. Aku memang jiwang sebenarnya. Aku ni nampak je kasar dari luaran tapi deep down in my heart, akulah juara jiwang! Malunya aku..sambil tutup muka. Muka dah blushing weh.

Siapa tau lagu Tommy Page- A shoulder to cry on. Perrgghh boleh bikin aku cair. Ada sekali stesen radio pasang lagu ni. Tak keruan aku dibuatnya. Apa lagi aku nyanyilah kuat-kuat. Nasib baik tak ada siapa yang dengar. Kalau tak, sure kena teeeettt!!

Jangan tak tau, masa aku sekolah dulu aku sanggup simpan duit semata-mata nak beli kaset Tommy Page kat Kajang. Aku tak pasti berapa lama aku simpan duit tapi rasanya lama.

Sanggup tu pergi jauh-jauh nak beli kaset. Dulu kat Bangi ni tak ada apa-apa. Kalau nak beli barang, beli kat Kajang naik bas lagi tu. Dahlah dari rumah ke perhentian bas jauh tapi Tommy Page punya pasal, korban apa sahaja.

Rasanya aku simpan lagi kaset Tommy Page tu. Hmm kena cari balik lepas ni. Sekarang dah maju. Download je sure dapat. Untuk pengetahuan semua, aku dah download lagu tu. Yeaaahh!! Sekarang aku boleh dengar selalu.

p/s: I love Tommy Page

Thursday, November 19, 2009

Kenangan di ITM

Pada 16 dan 17 November aku dapat arahan untuk pergi ke Seminar Antarabangsa Komunikasi dan Budaya di Rantau Asia Tenggara: Evolusi Perkembangan dan Cabaran di UiTM Shah Alam. Damn! Dahlah aku seorang wakil department aku. Sure mati kutu aku kat sana nanti. Aku bukannya reti nak buat networking dengan orang luar. Aku kan pemalu orangnya. Hahaha...

Sampai di UiTM (masa batch aku panggil ITM), kagum gila! Bayangkan aku dah lama tak ke sana. Last time aku ke UiTM pada tahun 2003 masa kawan aku, Hanim konvo. Banyak bangunan baru dan aku hampir-hampir tak kenal.

Aku masih nampak School of Business, tempat aku belajar. Kolej Cempaka, tempat aku tinggal dulu. Waah semua tu kenangan lama yang tak mungkin aku boleh lupakan. Sungguh banyak kenangan manis masa aku study kat UiTM. Kalau lah aku boleh patah balik masa aku study kat UiTM, alangkah bagusnya.

Antara kenangan yang tak mungkin aku boleh lupa sepanjang kat UiTM masa kes Orang Minyak. Semua orang takut tidur seorang kat bilik termasuklah aku. Setiap hari ada sahaja orang perhati sebarang perubahan kat kolej. Manalah tau ada cop pangkah kat pintu, ada kesan tapak tangan dan banyak lagi. Aku ingat lagi, ada kakak tu nampak ada kesan tapak tangan kat bilik dia. Terus kakak tu tak nak stay kat bilik dia. Sanggup tidur kat bilik kawan sampai habis semester. Takut punya pasal. Kelakar je bila ingat balik. Apalah yang aku tau dulu..main ikut je. Orang kata betul, aku jawab betul. Bila kata salah, aku jawab salah. I am so naive!!! Sekarang? Nakal sikit je. Boleh kan??

p/s: apa cerita kawan ITM aku ya??

Monday, November 16, 2009

Jangan lupa hantar assignment

Kepada kawan-kawan MBA aku, aku ingin ucapkan selamat maju jaya untuk siapkan assignment MIS yang diberikan oleh Prof. Azizi. Boleh dikatakan setiap minggu ada assignment nak kena siapkan.


Selalunya hari terakhir nak submit, janganlah kacau. Contohnya aku, baru je tadi aku submit assignment. Hari terakhir untuk submit assignment minggu ini adalah 15 Disember. Tadi aku sempat submit pada pukul 11.59pm! Memang kerja gila. Itu pun aku copy assignment kawan aku. Kalau tak, sure tak sempat. Ok..minggu ni je aku copy lepas ni aku buat sendirilah.


Biasalah..kalau dah nama pun student memang suka buat kerja last minit. Aku pun antara salah seorang daripadanya. Bukan sahaja hal-hal assignment tapi kadang-kadang kerja pun suka buat last minit.


Ingat lagi masa aku kursus Franklin Covey tahun lepas. Kalau nak buat apa-apa adalah lebih baik kita beri keutamaan mana yang penting dan mana yang tak penting. Rancang kerja terlebih dahulu supaya kita tak terburu-buru. Hmm..sekarang dah kena kat aku. Padan muka!!


Tapi kan...sebenarnya syok juga buat kerja last minit ni. Baru ada rasa thrill. Baru rasa mencabar keupayaan diri. Hehehe


p/s: kalau dah degil...buat juga lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails