Sunday, January 15, 2012

Patah seribu

Kebelakangan ini aku selalu dengar lagu Patah Seribu yang dinyanyikan oleh Shila Amzah. Sekali dengar, aku terus jatuh cinta tapi masa tu tak tahu siapa yang nyanyi. So aku layan je lagu ni. Bila dapat tahu yang nyanyi lagu adalah Shila Amzah (anak ND Lala), aku berpendapat dia memang berbakat. 

Lama-lama dengar, best lagu ni. Rasa jiwang pun ada juga. Hehehe.. Kali ini aku nak kongsi sama lagu ini bersama-sama korang. 


Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku

Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

Oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah…

p/s: aku memang suka shila amzah dari dulu lagi

Friday, January 13, 2012

Siapa pernah buat?

Siapa pernah buat masa kecil-kecil dulu? Haaa...baik mengaku cepat!

1. Buka kipas meja, cakap depan kipas konon nak dengar suara bertukar

2. Naik kereta, tengok bulan dan ingat bulan ikut kita

3. Naik basikal lepas tu boleh lepas tangan dari handle. Rasa hebat sangat

4. Masa sekolah dulu, bila van milo datang dan lepas ambil sekali, menyamar  jadi orang lain dan beratur ambil air milo lagi

5. Lukis burung dengan menggunakan huruf M

6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan di antara bukit

7. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni -- 


8. Tutup peti sejuk dengan perlahan sebab nak tengok bila lampu akan padam


9. Kalau tak siap kerja rumah, sengaja tinggalkan buku latihan di rumah


10. Korang akan gelak bila baca semua di atas ni kan?



p/s: mengaku pernah buat semua ni dulu. hehehe

Sunday, January 8, 2012

Ulang tahun kelima

Aku bangun lambat masa hari pertama masuk kerja untuk tahun 2012. Sedar-sedar pukul 7.04 pagi. Apa lagi, terus melompat dari katil dan mulalah terkial-kial cari baju nak pakai. Hmm..not a good start I guess. Keluar dari rumah pukul 8 pagi walaupun aku tahu aku sebenarnya masuk kerja pukul 8 pagi. Hahaha..datang lambat macamlah aku ni boss besar! 

Lepas tu baru aku perasan, 3 Januari adalah ulang tahun kelima aku kerja kat opis aku sekarang ni. Lama juga aku bertahan ya. Tak salah aku, antara banyak tempat kerja sebelum ini, opis sekaranglah yang paling lama aku pernah kerja. Belum ada perancangan lain nak cari kerja lain walaupun ada juga curi-curi intai kat Jobstreet. Kalau tahu dek boss aku, pasti dia akan panik. 

Aku rasa biarlah aku stay lagi 2-3 tahun. Kita tengok dulu..kalau ada rezeki lebih kat tempat lain, tak salah kan kalau aku cuba. Sebenarnya, kat opis sekarang pun dah ok. Kawan-kawan ok, benefits ok, dekat dari rumah dan tak perlu nak bayar tol. Apa lagi aku nak? Ayah aku pun dah pesan, "tak payah nak cari kerja kain. stay je kat situ." 

Pendek kata, jangan tamak! Aku dah pernah kena dulu. Gara-gara nak dapat gaji lebih, terus aku tak dapat apa-apa. Bayangkan..last minit company yang bakal nak masuk beritahu aku yang mereka tak jadi nak ambil aku kerja. Memang aku marah sebab aku dah hantar surat resign dan aku officially tak kerja masa tu. Mana aku nak cekau duit?? 

Aku redha, aku percaya mungkin ada hikmah sebaliknya. Alhamdulillah, aku diberi peluang untuk sambung belajar. Kalau tak, agaknya sampai sekarang aku cuma ada diploma sahaja yang keputusan yang ala-ala ciput. 

Harapnya pada tahun 2012 akan memberi aku lebih peluang untuk aku teroka dan menjadi lebih baik daripada tahun 2011. 

p/s: siap sedia dengan cabaran yang bakal tiba. 

Monday, January 2, 2012

A thousand years

Aku memang dah cari lagu ni dan hari ini aku berjaya. Yeaah! Sempena tahun baru 2012, aku ingin kongsi lagu khas untuk semua. Layan je lah ye..

Heartbeats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I’m afraid to fall
But watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow
One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I love you for a thousand more

Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What’s standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this
One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I love you for a thousand more

One step closer
One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I love you for a thousand more

p/s: berangan nak jadi bella kejap. hehehe...

Sunday, January 1, 2012

Selamat tahun baru 2012

Selamat tahun baru 2012. Semoga memberi semangat untuk bekerja dan lebih produktif!

p/s: moga bertambah ceria pada tahun 2012. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails