Sunday, February 19, 2012

Crown gigi

Siapa takut jumpa dentist, sila angkat tangan! 

Aku memang takut nak jumpa dentist sejak kecil lagi. Aku sendiri tak tahu kenapa. Bukannya dia orang ada buat salah dengan aku. Di antara adik-beradik aku, akulah yang paling kerap jumpa dentist. Padan muka..suka sangat makan gula sampai rosak gigi aku dibuatnya.  

Petang tadi aku ada appointment dengan dentist pasal nak pasang crown gigi. Memang dah lama nak jumpa tapi asyik bertangguh sahaja dari tahun lepas lagi. Banyak perkara yang berlaku dan pada masa sama, aku memang takut! Hehehe..

Mari aku kongsi serba sikit mengenai crown gigi ni. Kebiasaannya dilakukuan apabila tampalan gigi terlalu besar dan berkemungkinan pecah dalam jangka panjang. Ia dilakukan pada gigi yang mendapat rawatan saraf memandangkan gigi yang sudah mati mudah pecah terutamanya kepada gigi geraham. 

Proses crown gigi. 

Dipendekkan cerita macam nak buat sarung gigi. Ia bermula apabila gigi geraham aku pecah pada tahun lepas (sedar-sedar gigi aku pecah bila makan kuih raya) dan dentist mencadangkan untuk buat crown. Alasannya gigi aku tak dapat nak diselamatkan dengan tampalan biasa sebab lubang gigi besar sangat. Nasib baik boleh claim kat opis. Fuuh! 

Proses buat crown gigi, mula-mula dentist akan potong sedikit gigi (kelihatan pendek sedikit daripada gigi yang lain). Masa ni aku tak rasa apa-apa sebab dentist dah letak bius sampai lidah dan pipi aku rasa kebas. Lama juga prosesnya, lebih kurang 1 jam lebih baru siap semuanya. 

Sebelum tu, dentist terlebih dahulu ambil acuan gigi untuk membuat crown gigi kekal. Sementara untuk dapatkan crown gigi kekal, dentist telah buatkan crown gigi sementara. Lebih kurang 1 minggu baru crown gigi kekal akan siap dan dentist dah pesan jangan makan makanan yang keras takut nanti crown gigi sementara akan pecah. Ok noted boss! 

Sekarang ni aku hanya tunggu sampai crown gigi kekal siap tapi aku rasa tak selesalah. Rasa ada benda asing dalam mulut aku ni. Nak makan pun, kena sopan santun. Kepada maruku, kacang dan seangkatan dengannya terpaksa dilupakan buat sementara waktu. 

p/s: sayangilah gigi anda. 

Thursday, February 16, 2012

Mixer idaman hati

Tengok offer groupon macam menarik. Tak salah aku, tahun lepas ada offer macam ni tapi aku tak beli pun. Kalau ikutkan bajet, memang dalam bajet aku tapi aku tak pasti dari segi kualtinya. Nak bandingkan dengan harga mixer kenwood, memanglah jauh bezanya tapi dari segi kualitinya terjamin. 

Ada sesiapa pernah cuba mixer ni? Silalah beri komen tentang mixer ni. Aku pun nak tahu juga. 

Cerita pasal mixer kenwood. Baru-baru ini aku singgah Harvey Norman, Mid Valley. Konon-konon nak tengok harga mixer kenwood. Mak oooi!!! Mahalnya. Yang aku berkenan tu memang bestlah. Siap disertakan dengan blender, food processor, bowl yang besar dan banyak lagi. Nak tahu harga? Tak salah aku, dalam RM7k++. Mana aku nak cekau duit??


Kenwood KMM 760. Bila agaknya dapat menjadi milikku?

Kalau ikutkan hati yang tak sabar, aku nak je main swipe kad kredit. Sabar-sabar dulu. Kalau nak sangat beli pun, ikut kemampuan. Betul tak? Tak dapat yang saiz besar, dapat saiz kecil pun ok. Tapi kan..kalau nak berangan-angan dulu, tak salah kan? Hehehe...

p/s: tak dapat beli pun tak apa. asalkan dapat sentuh pun ok. 

Thursday, February 9, 2012

Seni menconteng

Hari ini aku mengadiri Seminar Akta Perlindungan Data Peribadi di Hotel Royale Chulan. Aku sebenarnya malas nak pergi tapi semalam dapat arahan daripada boss, terpaksalah aku pergi. Ditambah pula aku lemah betul kalau nak ke Kuala Lumpur dengan mengadap jem gila. Eeeeiii akak tak suka ok. 

Masa dalam seminar, mula-mula tu bersemangatlah nak dengar tapi bila dah sampai petang, rasa malas pula. Otak dah fikir nak balik je. Apa yang speaker tu cakap, dah tak dengar apa-apa lagi. 


Dah tak dengar apa yang speaker cakap. 

Tangan dah mula gatal nak menconteng. Tiba-tiba nampak ada kertas dan pensel, memang cantiklah. Apa lagi, aku main lukis apa yang aku nampak depan mata. Ada chandelier, beg longchamp kawan aku dan banyak lagi. Hehehe...


Ini namanya seni conteng!

Rasanya kalau aku stay lama lagi, mahu banyak kertas aku akan conteng. Bagaimana? Ok tak lukisan aku? 

Oh ya! Masa tengok berita di TV1 tadi, keluar muka aku kat tv. Hmmm..bulatnya aku. 

p/s: suka tengok chandelier kat Hotel Royale Chulan

Wednesday, February 8, 2012

Saturday, February 4, 2012

Pengunjung 15,000 - updated

Sampai hari ini aku belum dapat lagi sebarang maklum balas daripada pengunjung ke 15,000 yang bertuah itu. Apa kata aku naikkan kepada pengunjung ke 20,000? Ok tak?

Kepada pengunjung 20,000 nanti, jangan lupa emel kepada aku dan sertakan nama dan alamat. Ini terbuka kepada semua di mana anda berada! Jangan lupa tuliskan tajuk: Pengunjung 20,000!

Ada lagi 4,673 pengunjung untuk sampai 20,000. 

p/s: hadiah istimewa pasti menunggu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails