Sunday, September 18, 2011

Hari jadi Hadi

Pada suatu petang...


"Awong, nak kek ultraman!", permintaan daripada Hadi untuk bakal hadiah hari jadi. 

Alamak! Apa yang harus aku lakukan? 


Hadi punya pasal, aku buatlah walaupun taklah hebat mana pun. Beli sahaja gambar ultraman dan tampal je atas kek. Itu pun nak cari gambar ultraman, sampai 3 buah kedai aku cari. 

Nampak tak kek ultraman yang Hadi nak tu?

Birthday boy.

Tak sabar nak potong kek.

Biar mami yang tolong potong ya. 

Siapa sangka, Hadi dah umur 5 tahun. Happy Birthday Hadi Thalith. Dah besar panjang anak saudara aku ni.  Awong nak pesan tau, "Hadi dah besar, tak boleh lagi nak berkepit dengan mami je."

Sambutan hari jadi Hadi buat secara kecil-kecilan. Yang datang pun cuma adik beradik dan jiran sebelah rumah adik aku. Sepatutnya nak sambut pada 4 September tapi masa tu masih sibuk dengan sambutan raya dan aku pula masa  tu tak ada kat rumah. Kenalah tangguh pada minggu berikutnya. 

p/s: next birthday siapa pula?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails