Friday, September 9, 2011

Pengalaman naik ETS

Baru-baru ini buat kali pertama aku naik Electric Train Services (ETS) dari Ipoh ke Kuala Lumpur. Biasalah tu, kali pertama naik rasa gayat dan excited terlebih sikit.

Perjalanan dari Ipoh ke Lumpur cuma mengambil masa 2 jam sahaja dengan kelajuan sampai 148km/jam! Laju gila.  Bertolak pukul 8.30 pagi sampai Kuala Lumpur Central dalam pukul 10.30 pagi.

Manakala tambangnya pula adalah RM45 seorang untuk perjalanan sehala. Nasib baik ayah aku sponsor tambang. Terima kasih ayah. 

Yang bestnya dalam ETS ada pramugari. Dahlah tu, siap bagi makanan dan minuman. Macam naik kapal terbang pula. Hehehe..

o
Tak ramai orang, banyak tempat duduk yang kosong. 

Stesen keretapi Ipoh.

Jumpa kawan baru yang duduk depan aku. Comel!

Aku tidur sahaja sepanjang perjalanan. Sedar-sedar dah sampai Kuala Lumpur.  Tak sempat nak ambil gambar pemandangan kat luar lagipun masa tu bateri kamera dah habis. Sorrylah ye! 

p/s: tak rugi naik ETS. cubalah! 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails