Semenjak musabaqah Al-Quran bermula semalam kat TV1, big boss a.k.a wan (mak kepada ayah) mula control TV. Memang big boss selalu ikut musabaqah Al-Quran dari dulu lagi. Tak salah aku, sejak aku sekolah lagi. Lama tak? Dulu masa dia kuat lagi, sanggup ke PWTC dari Temerloh semata-mata nak tengok sendiri. Sekarang ni, setakat tengok kat TV je lah. Satu lagi, masa musabaqah Al-Quran, janganlah menggatal nak tukar atau tengok channel AXN, Starwold dan seangkatan dengannya.
Ya..aku akur.
Walaupun big boss jarang tengok TV, kalau dia dah control aku dah tak boleh buat apa. Bagilah peluang big boss tengok lagipun bukannya selalu. Daripada aku layan perkara tak berfaedah, baik aku dengar orang mengaji. Pahala pun dapat tau.
p/s: insaf kejap...
yeeehaaaa.. bis boss rocks!!!!
ReplyDeletewan ada nak ambik sorg cucu angkat x? kalo ada nak volunter ni...hihi....assalamualaikum wan :)
ReplyDelete