Monday, July 23, 2012

Puasa hari ketiga

Jadual bekerja di opis aku sepanjang bulan Ramadhan ada 3 iaitu:

1. 7.30am - 4.30pm

2. 8.00am - 5.00pm

3. 8.30am - 5.30pm

Aku pilih jadual bekerja no. 1 sebab aku nak kejar balik rumah untuk masak juadah berbuka puasa. Selalunya waktu balik 4.30 kereta tak berapa sesak sangat di jalanraya. Lebih kurang pukul 5 petang, aku dah ada kat rumah.

Selalunya untuk juadah berbuka puasa, aku masak yang simple sahaja. Kalau sempat, aku singgah ke bazar Ramadhan untuk beli lauk atau kuih mana yang berkenan. Untuk hari ini, aku masak sup ayam dan rebus telur masin. Ayah siap beli lauk pajeri nenas dengan gulai kawah daging. Adik bongsu aku pula buatkan sambal belimbing istimewa. (aku siap tambah nasi)


Sup ayam. 

Gulai kawah daging. 

Pajeri nenas.

Telur masin. 

Aku tak sempat nak ambil gambar sambal belimbing istimewa sebab dah dekat waktu berbuka. Hehehe.. Kalau ada buat sambal belimbing lagi, aku akan ambil gambar dulu ya. 

Lepas berbuka, terus pergi solat terawih tapi kali ini aku pakat dengan ayah cari surau yang baca surah pendek-pendek. (jahatnya aku) Sebelum ini, aku pernah pergi surau dekat rumah memang baca ayat panjang-panjang sampai naik lenguh lutut aku dibuatnya. Macamana nak dapat berkat bulan Ramadhan ni? 

p/s: banyakkan amal dan ibadah pada bulan Ramadhan. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails