Ok..I'm back. Ini pun berusaha dapatkan semangat nak update blog hari ni. Tak ada apa-apa yang menarik berlaku sejak ini. Alhamdulillah, rezeki aku bertambah sikit sejak ramai orang order kek carrot. Boleh katakan dah beberapa malam stay up untuk bakar kek carrot (rasanya bil elektrik bulan ni mahu naik mencanak-canak!). Terima kasih semua yang telah order kek carrot aku. Semoga semuanya berpuas hati. Jangan malu-malu untuk order lagi ya.
Pagi tadi aku ke Kajang dan berjaya dapatkan jam retro yang aku inginkan sangat tu. Yeaaah! Sepanjang aku drive balik ke Bangi, senyum je. Senyum sampai ke telinga. Sekejap-kejap tengok jam walaupun dalam kereta aku dah ada jam. Apa taknya, dah dapat apa yang diinginkan!
Aku tak plan pun nak beli tadi tapi sambil-sambil aku usha kat kedai jam, jumpa pula jam yang aku nak. Tanya dulu harga berapa. Bila dapat harga memuaskan, tanpa fikir panjang, aku terus beli dengan harga RM165 dan terus pakai jam tu. Tak payah nak susah bungkus jam tu. Hehehe..
Akak suka jam ni!
Oh ya. Aku dah dapat tarikh konvo MBA di UUM iaitu pada 7 Oktober sidang pagi. Alhamdulillah semua classmate aku dapat konvo sama-sama termasuk yang baru sahaja selesai fnal exam pada bulan Ogos. Tahniah semuanya! Aku sebenarnya tak sabar nak jumpa Mr. X. Aku pasti mesti dia handsome sangat dengan pakai jubah nanti. (aku boleh cair masa tu).
Semakin nak hujung bulan Syawal ni, semakin banyak pula jemputan rumah terbuka. Hari ini bukan sahaja jemputan rumah terbuka, jemputan kenduri kahwin pun ada. Adduuhh lari diet aku! Esok pun ada lagi ni. Memang rakyat Malaysia mewah makan dan kita patut bersyukur. Ingat, makan tu berpada-pada jangan sampai membazir ya.
p/s: selamat bercuti panjang. selamat menyambut Hari Malaysia!
No comments:
Post a Comment