Ada orang tanya berapa belanja aku sepanjang berada di Singapura. Bolehlah tahan banyaknya sebab yang pergi ini agak ramai iaitu 6 dewasa dan 3 kanak-kanak. Ok ini senarai perbelanjaan aku:
Hotel 81 Sakura untuk 3 bilik (3H2M): $614 (RM1,541.14)
Universal Studio Singapore: $63 dewasa, $46 kanak-kanak (RM1,811.50)
Flight Jetstar Singapore - KLIA: RM1,389.59
Keretapi Kajang - Woodland: RM207
3 day pass: $240 (RM602.40)
Jumlah keseluruhan perbelanjaan: RM5,551.63
Di sini aku juga ingin berkongsi panduan melancong di Singapura:
1. Beli tiket USS online sebab lagi murah beli di kaunter dan pada masa yang sama dapat mengelak tiket habis. Kebetulan masa aku beli ada promosi untuk pemegang kad kredit mastercard. Jadi aku dapat beli dengan harga $63 (dewasa) dan $46 (kanak-kanak). Kalau tak harga normal ialah $74 (dewasa) dan $54 (kanak-kanak). Tengok, beza banyak tu. Jangan lupa beli express pass sekali harga $30/seorang untuk mengelak beratur panjang untuk main game.
2. Tukar duit Singapura terlebih dahulu di sini sebab kalau tukar di Singapura, kadar nilai tukar wang lagi murah. Nanti dapat duit Singapura sikit. Masa aku tukar hari tu dapat $1=RM2.51.
3. Jangan sekali bandingkan harga dengan RM semasa membayar. Percayalah kalau kita asyik bandingkan dengan RM, nanti kita tak beli apa-apa. Silap-silap nanti, kita tak nak makan langsung. Bahaya tu.
4. Untuk bergerak di sekitar Singapura, digalakkan ambil Tourist Pass. Ada 1 hari, 2 hari dan 3 hari bergantung berapa lama kita tinggal. Dengan Tourist Pass, boleh naik semua pengangkutan awam kecuali teksi bila-bila masa sahaja. Jangan lupa kembalikan Tourist Pass untuk dapatkan deposit $10.
5. Untuk hotel yang ada banyak pilihan makanan dan shopping, pilihlah di kawasan Geylang. Biasanya ramai orang Malaysia dan Brunei pilih hotel kawasan Geylang.
Aku rasa cukup panduan ke Singapura. Kalau ada tips lagi, nanti aku beritahu.
p/s: lepas ni bolehlah merancang ke Singapura lagi kan?

Yeahh...TQ for sharing! :-)
ReplyDeleteapa lagi? boleh dah plan ke singapura nanti.
DeleteHohoo.... ini taon sudah ada plan. kene plan lain taon... tapi tapiii... tinggi la kosnya... 6 kepala nihh... hu huuu
ReplyDeletekumpul duit sikit-sikit lama-lama jadi banyak. lepas tu boleh jalan ke singapore!
Delete