Tik tok tik tok...Ada kurang 10 hari lagi trip ke Shenzhen-Macau-Hong Kong.
Setakat ini segala persiapan hampir siap. Hari Selasa baru-baru ni aku ambil cuti sebab nak uruskan visa China. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan hari Isnin nanti (sehari selepas pilihanraya), aku boleh ambil pasport dan visa sekali. Yeaaah!
Sebelum aku terlupa, pesanan aku untuk buat visa China. Sediakan dokumen terlebih dahulu untuk memudahkan proses permohonan:
1. pasport yang sah sekurang-kurangnya 6 bulan
2. salinan tiket penerbangan ke China
3. pengesahan booking hotel di China
4. isi borang visa dan sekeping gambar pasport.
Rasa itu sahaja. Pembayaran dibuat semasa nak ambil visa. Memandangkan aku ambil double entry, kena bayar RM78/seorang.
Apa lagi ya? Tunggu je lah update aku nanti ya.
p/s: punyalah lama tunggu trip ni. minggu depan nak pergi dah.
Amboii kak Long, baru lepas pi singapore...pi china plakkk.... jeles ai!! hehehe....
ReplyDeleteplan dah lama sejak tahun lepas lagi. kebetulan tarikh trip dekat.
Delete