Friday, June 7, 2013

Day 7: Shenzhen

Memandangkan ini adalah hari terakhir perjalanan Shenzhen-Macau-Hong Kong, tak perlulah nak tergesa-gesa nak check out. Bangun je terus makan pagi di bilik sekenyang-kenyangnya dan kemas baju, barang dan beg untuk dibawa pulang. Pukul 11.30am keluar dari bilik dan uruskan urusan check out. Selesai sahaja semuanya, tahan teksi dan bawa beg ke Luoho shopping mall. Sampai sahaja ke Luoho shopping mall, simpan beg dulu dan mulalah shopping untuk kali kedua. Hehehe..

Aku tak plan nak beli apa-apa tapi adik aku pesan tolong carikan hadiah hari guru anak saudara aku. Hmmm..beli apa ya? Sudahnya aku beli purse comel untuk hadiah hari guru dan beberapa beg kecil untuk aku dan adik-adik aku. 

Oh ya lupa pula aku nak beritahu. Di Luoho shopping mall, ramai penjual di sana pandai berbahasa melayu. Nampak sahaja aku yang bertudung, siap panggil lagi "Kakak mari-mari. Murah-murah sahaja" dengan slang cinanya. Ini memudahkan aku untuk membeli. Tips lain yang boleh aku beri, semasa tawar harga, tawarlah sehingga separuh harga sebab selalunya penjual ni memang sengaja letak harga tinggi. 

Lebih kurang pukul 4pm, kami beredar dari Luoho shopping mall dan ambil metro terus ke lapangan terbang. Memandangkan metro memang ada dalam kawasan Luoho shopping mall, memudahkan lagi perjalanan aku ke lapangan terbang. Perjalanan menaiki metro ke lapangan terbang mengambil masa hampir 1 jam sebab stesennya dari hujung ke hujung (Luoho ke lapangan terbang). Aku sempat lagi tidur sementara sampai ke destinasi. 

Sampai sahaja ke stesen mestro lapangan terbang, kena jalan sikit sebab lapangan terbang antarabangsa terletak di bangunan sebelah. Di sini bangunan lapangan terbang antarabangsa dan domestik diasingkan jadi taklah nampak sesak sangat. Kalau nak dibandingkan, lapangan terbang antarabangsa taklah sebesar yang domestik sebab penerbangan antarabangsa tak banyak. 

Masa nak check in, aku dah mula risau sebab aku cuma ambil beg dengan muatan 20kg sahaja tapi bila timbang, nak tahu berapa? Cuma 19.6kg sahaja. Fuuuuhh! Lega. Sikit lagi nak lebih muatan. Pandai tak aku agak? 

Kecil sahaja lapangan terbangnya. 

Sepatutnya flight aku pukul 8.50pm tapi sampai lambat. Tak salah aku flight bertolak dalam pukul 9.30pm dan sepanjang aku dalam kapalterbang, aku tidur sehingga aku sedar dah nak sampai ke LCCT dekat pukul 1.00am. 

Selesailah sudah perjalanan 7 hari aku ke Shenzhen-Macau-Hong Kong. Ini adalah perjalanan yang paling lama, menacabar dan hebat sebab ia merangkumi 3 negara. Aku tak tahulah lain kali ada lagi perjalanan yang macam ni atau tidak. Apa-apa pun, persiapan secukupnya amat penting dari segi kewangan, fizikal, mental dan lain-lain.

p/s: ada berani nak buat lagi?

4 comments:

  1. Salam Maizuriah,

    Tiket ke Siam Niramit Show dan Siam Ocean World tu beli kat sana jer bole ke?
    Sbb StreetDeal tu dh takde offer lagik.
    Akk sekeluarga bercadang nk g ke Thailand mggu pertama raya ni, Insyaallah. Terima kasih byk2 atas info2 dlm blog Mai nie, sgt2 berguna utk akk sekeluarga nnti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je beli kat sana tapi harganya mahal sikitlah.
      waah! sambut raya kat sana ya. have fun!

      Delete
  2. Saya akan travel ke Shenzhen awal march 2015 dari K Kinabalu. 2 malam di Shenzen then take a train ke Xi'an. Dari Xi'an akan fly ke KL then ke K Kinabalu. Cadang nak duduk Muslim Hotel kat Shenzhen, tapi bila baca your experience di hotel ni, mcm tak jadi pulak. This will be 8 days trip... Anyway..bnyk good info & tips in your blog...keep it up

    ReplyDelete
    Replies
    1. you're most welcome.
      anyway enjoy your holiday & have a safe journey.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails