Tarik nafas panjang-panjang dulu. Bila agaknya nak habis cerita aku ni? Sabar ya, dah tinggal sikit je ni. Hehehe...
Selepas makan pagi di bilik, terus bergerak mencari metro untuk ke Window of World (WOW). Katanya dari hotel nak ke metro, (panggilan keretapi di Shenzhen) taklah jauh tapi sebenarnya jauh juga aku jalan. Aku rasa mahu dekat 15-20 minit jalan kaki ke stesen metro Hubei. Masa aku nak tahu arah jalan metro, timbul pula masalah komunikasi sebab dia orang tak fasih English. Nasib baik aku ada download English-Mandarin translation. Kalau nak tahu metro terdekat, aku tunjuk je telefon aku.
Dari stesen metro Hubei terus ke stesen metro Shijiezhichuang yang terletaknya WOW. Di WOW terdapat replika bangunan masyhur di seluruh dunia. Ada Eiffel Tower, Piramid, air terjun Niagara dan banyak lagi. Cuma 1 yang aku terkilan, aku tak nampak pun bangunan yang mewakili Malaysia. Negara-negara lain seperti Singapura, Indonesia dan Thailand ada pula.
Tiket untuk masuk WOW ialah RMB160/seorang tapi untuk menaiki tram, skuter atau apa-apa yang ada, ada bayaran lain pula dikenakan. Aktiviti pertama aku buat semasa aku masuk WOW ialah main cop-cop pasport dengan bayaran RMB20. Yang bestnya kita dapat cop imigresen dari 46 negara. Bangga dapat sebanyak tu walaupun secara realitinya aku belum lagi sampai ke 46 buah negara tu.
Tekun betul kawan aku cop pasport. Rasa-rasa boleh kerja dengan imigresen tak?
Kemudian naik tram dengan bayaran RMB20 untuk mengelilingi WOW. Sempatlah berhenti sekejap di beberapa kawasan untuk mengambil gambar.
Tak lama lepas turun dari tram, hujan turun dengan lebatnya selama 1 jam. Nasib baik tak hujan masa naik tram. Lega. Sementara tunggu hujan reda, aku duduk sambil makan roti.
Sempat lagi bergurau dengan baby ni.
Bila aku tengok hujan dah reda, ambil metro untuk pergi ke Luoho shopping mall. Ada macam-macam jual daripada baju, iPhone casing, beg, kasut dan banyak lagi. Dahlah murah, cantik pula tu. Aku boleh jadi hilang akal! Kawan aku siap borong iPhone casing sampai 1 tahap tu aku nak tukar kepada iPhone sekarang tapi aku taklah sampai tahap kritikal macam tu.
Aku sempat beli lagi baju untuk anak saudara aku sampai habis duit RMB. Cari-cari dalam beg, jumpa $HK dan nasib baik mereka boleh terima lagi baki $HK aku.
Ini sebahagian hasil tangkapan aku. Tshirt budak boleh dapat 3 helai dengan harga RMB100.
Selesai shopping, ambil teksi dan pulang ke hotel. Aku sempat mencuba makanan di hotel untuk makan malam. Bolehlah tahan rasanya tapi yang paling aku tak boleh lupa makan sate kambing. Sedap sangat. Sayang, aku dapat makan 2 cucuk sahaja. Maaf aku tak sempat ambil gambar sebab aku lupa bawa kamera. Lepas makan, masing-masing dah jadi ular yang kekenyangan. Balik bilik, apa lagi aktiviti seterusnya. Jawapannya tidurlah!
p/s: tinggal 1 hari sahaja.
No comments:
Post a Comment